10+1 RUKUN KEJAYAAN

>> Saturday, November 22, 2014






10+1 RUKUN KEJAYAAN


SETIAP orang yang waras inginkan kejayaan dalam hidup mereka. Tidak kira apa lapangan yang mereka ceburi, atau apa yang mereka lakukan. Kejayaan itu amat penting, dan merupakan sebahagian daripada peraturan hidup, semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Bersama-sama memberi sumbangan
untuk keharmonian



Tapi malangnya ada sebahagian dari kita tidak tahu apakah ramuan yang mereka perlukan untuk meraihkan kejayaan itu? Mereka tidak sedar apakah persediaan-persediaan yang mereka perlukan untuk memulakan  mendaki anak tangga kejayaan itu? Justeru mereka mara dengan begitu sahaja, menyerahkan diri kepada nasib. Untung sabut timbul, untung batu tgenggelam.


Akhirnya ramai yang gagal, walaupun ramai pula yang berjaya kerana tidak mempunyai ilmu berdaya maju atau ilmu untuk berjaya, sedangkan mereka wajar berjaya dan tidak sewajarnya gagal, kalau mereka melakukannya mengikut cara yang sewajarnya.


Banyak telah dibicara dan ditulis orang tentang kejayaan. Rahsia untuk mendaki tangga-tangga kejayaan, apakah bumbu-bumbunya yang mujrab. Di antara mereka seorang ahli jiwa Charles M. Schwab telah membuat sepuluh rukun kejayaan yang patut mendapat perhatian mereka yang sedang berusaha dan ingin berjaya.


Rukun-rukun itu ialah:


-Bekerja keras.

-Belajar dengan rajin.

-Ada inisiatif atau berdaya usaha.

-Cintai kerja anda.

-Bertindak tepat.

-Mempunyai semangat untuk berjaya.

-Membina peribadi.

-Menolong dan berkongsi dengan orang lain.

-Berlaku adil.

-Buatlah sebaik-baiknya dalam semua perkara yang anda lakukan.

Semua pendapat beliau memang berharga. Tapi saya ingin menambahkan satu ramuan lagi yang tidak termasuk dalam sepuluh rukun beliau itu, menjadikan sebelas atau 10+1.


BERDOALAH


Sebagai hamba Allah kita tidak boleh putus hubungan dengan Allah. Dialah yang menentukan segala-galanya, baik atau buruk atau gagal atau berjaya. Sekuat mana pun kita berusaha, tapi kalau Allah tidak mengizinkan kita tidak akan berjaya.

                                     Menolong orang lain


Teruslah berdoa kepada Allah untuk mendapatkan kejayaan atau keberuntungan. Kalau tidak mendapat apa yang didoakan pun, tapi pahala berdoa itu tetap diperolehi, kerana doa itu sebahagian daripada ibadat juga. Ataupun Allah tangguhkan perkara baik yang didoakan itu untuk dikurniakan di Akhirat nanti. Semuanya menguntungkan.


Lagipun Allah berfirman, “Minta doalah daripada-Ku, nescaya Aku menerima doamu”. Al-Mukmin:60.

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang dibuka pintu doa baginya bererti dibuka baginya segala pintu rahmat, doa yang paling disukai oleh Allah ialah memohon afiat. Doa mendatangkan manfaat terhadap sesuatu yang sudah atau yang belum diturunkan Tuhan, tidak ada sesuatu yang dapat menangkis kada’ Allah kecuali doa. Oleh sebab itu berdoalah”.HR: Timrmizi.

Pasir Tumboh,
Kota Bharu.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP