MAJLIS TAHNIK DAN BERCUKUR

>> Friday, November 28, 2014





MAJLIS TAHNIK DAN BERCUKUR DI PT


Hari ini Jumaat 28 November 2014 [5 Safar 1436]. Pagi tadi kami menghadiri majlis tahnik dan bercukur seorang bayi anak pada jiran kami.
                                                                     


                                     Bayi bertuah sedang menunggu



 
Majlis ini selaras dengan ajaran Islam yang menuntut supaya bayi yang baru dilahirkan dilakukukan tahnik atau “buka mulut”.


Bahan utama yang digunakan untuk tahnik ialah buah kurma yang disuap ke mulut bayi dengan jari telunjuk secara perlahan-lahan.


Upacara pagi itu berjalan dengan lancar. Selepas acara tahnik dilakukan pula upcara bercukur. Biasanya upacara ini diketuai oleh seseorang yang yang dianggap alim di sesebuah kampung.


Bayi didoakan dalam pangkuan ayahandanya



Pada masa-masa lalu, di sesetengah tempat pula upacara itu diketuai oleh mak bidan atau tok bomoh.


Seperti biasa zaman sekarang, rambut bayi tidaklah dibotakkan. Tapi digunting sedikit pada bahagian-bahagian tertentu, oleh seramai sembilan orang jemputan. Dan rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam air, biasanya air zam-zam. Biasanya kepala bayi dibotakkan kemudian.


Dari segi kesihatan, mencukur rambut bayi ini berfaedah untuk membuang selaput kulit kepala, dan dapat membantu ketajamaan deria rasa, mata dan pendengaran seseorang bayi.


Sesudah itu semua yang hadir berdiri dalam bulatan untuk mengkemundangkan Salawat ke Nabi saw. Dengan itu juga bayi akan ditatang dengan kedua belah tangan dan dibawa keliling, dan lalu direstui oleh setiap orang dengan menyapu sedikit kepalanya.


Selesai Salawat semuanya duduk bersila semula. Bayi dibawa semul ke hadapan “syeikh” majlis untuk “dirasmikan” namanya, dan didoakan supaya hidupnya menjadi manusia yang beriman, dan tidak melakukan maksiat di hari depan nanti.




Bayi dicukur sedikit kepalanya

Alhamdulillah, sesudah semuanya selesai, para jemputan dipersilakan untuk menjamu selera yang disediakan oleh tuan rumah.


Dengan demikian selesailah upacara yang begitu bermakna kepada kedua ayah dan bondanya yang membelainya dengan kasih sayang yang akan mewarisi genersainya yang akan datang.  


Ya Allah jadikan bayi ini sebagai penyejuk mata kepada kedua ibu bapanya.





Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP