PANTANG MAKAN
>> Thursday, November 13, 2014
PANTANG MAKAN
Sebagaimana difahami, pantang ialah bererti larangan, atau tegahan berbuat
sesuatu, kerana sebab-sebab yang tertentu pula. Biasanya pantang yang relevan
pada akhir-akhir ini ialah Pantang Makan.
Selamat Makan
Selamat Makan
Pada umumnya kita mempunyai dua jenis pantang. Pertama pantang ghaib, iaitu bersifat keghaiban dan pantang lahiriah, iaitu bersifat kebendaan. Pantang keghaiban bererti dilarang melakukan sesuatu yang bersifat ghaib yang tidak kelihatan oleh mata kasar dan pantang lahiriah pula bererti dilarang berbuat sesuatu yang berasaskan benda-benda yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Antara pantang keghaiban ialah dilarang menyebut nama ular ketika berjalan
di waktu malam di dalam kampung, tapi hendaklah diganti dengan panggilm nama samaran
yang lain, seperti cewer. Dilarang menyebut harimau bila berada dalam hutang
belantara, tapi dipanggil pak belang. Kadang-kadang
pantang-pantang seperti ini sering bercampur-aduk dengan tahyul dan kurafat.
Hari ini pantang lahiriah yang paling relevan ialah pantang makan.
Seseorang berpantang makan kerana sebab-sebab yang tertentu, biasanya kerana penyakit
yang menghidapi badan ataupun untuk mencegah daripada terkena penyakit.
Jangan mudah tergoda dengan makanan
Wanita-wanita yang baru melahirkan anak, dan belum sampai empat puluh hari hidup dalam berpantang. Malah sepanjang masa itu dikenali dengan panggilan “masa pantang’’.
Wanita-wanita yang baru melahirkan anak, dan belum sampai empat puluh hari hidup dalam berpantang. Malah sepanjang masa itu dikenali dengan panggilan “masa pantang’’.
Dalam masa pantang bersalin itu, orang-orang kampung melarang ibu-ibu yang
baru lepas bersalin itu makan bahan-bahan makanan yang bersifat sejuk seperti
labu, nenas, pisang-pisang tertentu, buah betik, buah epal dan sebagainya,
kerana dipercayai boleh menganggu ibu-ibu baru bersalin itu diserang kesejukan
yang boleh menganggu kesihatannya. Sebaliknya mereka disyurkan supaya makan
makanan yang bersifat panas, seperti air-air rebusan akar kayu dan sebagainya.
Sebenarnya banyak pantang larang untuk orang baru bersalin, bersifat
keghaiban dan lahiriah yang diluar dari kontak tulisan singkat ini untuk dititipkan
di sini.
Sudah menjadi kelumrahan orang yang mengidap penyakit-penyakit tertentu
perlu berpantang untuk menjamin kesembuhan yang cepat dan penyakit yang
dikandung tidak bertambah melarat. Antara penyakit tersebut yang sering
mendampingi manusia hari ini ialah penyakit darah tinggi, kencing manis dan
sakit jantung.
Pengidap darah tinggi, pantang makan makanan seperti daging, dan
makanan-makanan yang masin, seperti lauk pauk dan sebagainya. Pengidap kencing
manis pula dipantang memakan bahan-bahan makanan yang manis, baik kueh-mueh dan
sebagainya. Pengidap penyakit jantung pula dipantangkan memakan antaranya
makanan-makanan yang berlemak atau berminyak dan menghisap rokok.
Pengidap-pengidap gastrik pula perlu mengelak daripada memakan makanan
tertentu, antaranya makanan yang masam dan pedas yang akan menganggu kesihatan
badan mereka.
Segala pantang ini perlu dipatuhi demi kesihatan mereka yang sedang
terancam itu, terutama kepada mereka yang telah menerima bahanan teruk daripada
pengidapan mreka, seperti pernah diserang angin ahmar atau strok.
Di samping itu ada pula orang yang berpantang makan atau berdiet yang perlu
untuk mengelak daripada memakan makanan-makanan tertentu, untuk menjaga berat
badan mereka supaya tidak terus memanjat tinggi yang boleh menjadi ancaman kepada
kesihatan mereka.
Alangkah sedapnya, kata selera
Demikianlah pantang itu telah begitu jauh menjalar dalam kehidupan manusia seharian di seluruh dunia.
Tapi berpantang makan ini bukanlah mudah sebenarnya. Ianya membutuhkan
semangat yang waja dan kuat. Keazaman yang kuat untuk berperang dengan hawa nafu
yang menggalakakan manusia membelakangi peraturan dan usaha yang baik. Tanpa
semangat yang waja manusia akan tumpas kepada nafsu makan.
Saya bersimpati dengan mereka yang berazam untuk berpantang, tapi gagal
mematuhi sepenuhnya, malah sesuka hati melaggarinya.
Dalam hal ini pengidap-pengidap darah tinggi, atau kencing manis, akan
lantak menelan apa sahaja makanan yang mereka perolehi tanpa teragak-agak.
Sejurus selepas makan mereka akan mengambil ubat-uabat darah tinggi atau
kencing manis untuk mencegah mereka daripada meneima akibat makanan-makanan
itu.
Atau ada pula anak-anak muda yang kononnya berdiet atau berpantang makan, tapi
melantak apa sahaja makanan, dan selepas makan mereka akan masuk tandas,
menjolok-jolok tengkok mereka sendiri, supaya muntah untuk mengeluarkan segala
makanan yang telah mereka telan sebelumnya.
Selain itu ada pula manusia yang enggan berpantang walaupun mereka
menderita sakit teruk. Mereka nampaknya rela meneima akibatnya.
Mari kita makan brsama
Saya terkenang kepada seorang pemimpin negara dalam satu pertemuan di sebuah majlis makan. Waktu itu beliau baru sahaja keluar dari hospital dan dinasihatkan oleh doktor supaya berpantang makan. Tapi apa katanya, “Saya lebih rela mati dalam keadaan kenyang, daripada mati kelaparan”. Maka dia makan apa yang dihidangkan kepadanya walaupun termasuk makanan yang dipantangkan oleh doktor kepadanya. Kira-kira seminggu dua kemudian, keluar berita, beliau telah meninggal dunia kerana penyakitnya itu.
Kalau kita ingin berpantang, berpantanglah dengan betul sebagaimana
diarahkan oleh doktor. Berlaku jujurlah dengan diri sendiri. Jangan tipu diri
sendiri kalau kita merasa kesihatan itu perlu kepada hidup kita untuk membolehkan kita
menguruskan tanggungjawab dan kewajipan seperti lumrah.
Salah satu motto penting yang perlu diingat ketika hendak makan ialah, “Kita
makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan”.
Allah berfirman:“Makanlah dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan”.
Al-A’raf:31.
Pasi Tumbuh,
Kota Bharu
Pasi Tumbuh,
Kota Bharu
0 comments:
Post a Comment