PETANG YANG BERAHSIA
>> Friday, October 31, 2014
Pada suatu petang
HARI itu hakikatnya waktu atau masa. Satu hari ada dua puluh empat jam. Dan dalam masa tujuh hari kita katakan seminggu. Dan dalam empat minggu kita kata sebulan. Demikianlah seterusya ke tahun. Demikian masa berlalu.
HARI itu hakikatnya waktu atau masa. Satu hari ada dua puluh empat jam. Dan dalam masa tujuh hari kita katakan seminggu. Dan dalam empat minggu kita kata sebulan. Demikianlah seterusya ke tahun. Demikian masa berlalu.
Pada umumnya dalam masa satu hari itu kita bahagikan kepada dua waktu, iaitu siang dan malam. Siang itu cerah, ada mata hari dan malam itu gelap tanpa mata hari yang telah terbenam bila siang melabuhkan kelirnya.
Siang itu pula pada umumnya, kita bahagikan kepada waktu pagi dan petang, walaupun ada waktu tengah hari yang berada di tengah-tengah antara pagi dan petang.
Langit petang
Kita hanya menyebut tengah hari bila kita hendak makan, iaitu “makan tengah hari”, dan kita tidak kata makan petang untuk makan tengah hari itu, tapi yang disebut ialah “lunch” dalam bahasa Inggerisnya.
Dari segi ibadat pula masa dua puluh empat jam itu dibahagikan kepada lima
waktu, Maghrib, Isyak, Subuh, Zuhur dan Asar, di mana menandakan waktu umat
Islam solat wajib lima kali sehari.
Namun begitu, dari segi peribatan juga waktu pagi dikatakan bermula dari
waktu Subuh sampai kepada waktu Zuhur, dan petang pula bermula dari waktu Asar
sampai kepada waktu Isyak. Maka dengan itu barang siapa yang tidak sempat
menunaikan zikir mereka selepas solat Subuh, bolehlah melakukannya sehingga
sebelum waktu Zuhur, demikian juga mereka yang tidak sempat berzikir petang selepas
Asar bolehlah berzikir sehingga kepada waktu Isyak.
Kadang-kadang kita sebut juga “sore” untuk waktu petang atau “evening”.
Kata-kata ini agak kesusasteraan sedikit. Di “ambang sore” maksudnya di ambang
petang.
Di ambang senja
Waktu petang adalah waktu penghujung hari siang, menjelang malam, atau di ambang malam. Malam tiba dengan didului oleh waktu Maghrib. Alam akan mulai diserkup oleh kegelapan malam, di mana bola mata hari mulai terbenam di kaki langit senja yang mulai membentangkan sayapnya.
Ertinya kalau hari ini kita berusia empat puluh hari, maka bererti kita mungkin telah melalui empat puluh petang, atau kalau berusia empat puluh tahun bererti telah empat puluh tahun kita lalui waktu petang. Ia akan terus berlanjutan hingga ke akhir hayat kita.
Waktu petang banyak mempunyai rahsia yang tersendiri. Ramai orang terpesona
dengan suasana waktu petang. Mereka kagum melihat mata hari terbenam di kaki
langit dengan menebarkan warna warni berlakar-lakar di ufuk langit. Lebih-lebih
lagi ketika mereka berada di pinggir sungai, di pesisir laut yang luas terbentang,
di kemuncak gunung atau bukit, atau di pinggir padang yang saujana mata
memandang, di mana mereka dapat melihat
mata hari terbenan di kaki langit senja. Kurniaan Allah yang Maha Bijaksana.
Masya-Allah.
Sebenarnya kian ramai manusia yang terhibur melihat keindahan alam ciptaan
Allah. Hatinya diliputi oleh ketenangan, perasaannya dibaluti keharmonian, dan
jiwanya merasa aman dengan kebesaran Ilahi.
Rumah di tepi sawah waktu petang. Endah dan damai
“Carilah bahagia dalam rimba dan belukar, di lurah dan di bukit-bukit, di kebun-kebun dan di kayu-kayu, di daun-daun yang hijau dan bunga yang mekar, di danau dan sungai yang mengalir. Carilah bahagia pada sang suria, yang terbit pagi dan terbenam petang, pada awan yang sedang berarak dan berkumpul, pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedng terbang, pada bintang-bintang yang berkelap-kelip dan tetap di tempatnya. Carilah bahagia di kebun bunga di dekat rumahmu, di bandarnya yang baru dibikin, di barisan tanamannya yang baru di atur. Carilah di pinggir sungai sambil bermenung, di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah, ke dalam lurah yang dituruni. Carilah ketika mendengar aliran air tengah malam, pada bunyi angin sepoi-sepoi basah, pada persentuhan dayu-dayu kayu ketika hendak lurut, pada cengkerik tengah malam dan bunyi katak di tengah sawah”.
Demikianlah nasihat Bapa’ HAMKA untuk mereka yang ingin mencari kebahagian
yang boleh dinikmati dari segenap penjuru alam ini. Carilah di mata hari
terbenam di ufuk langit, rasa-rasalah getaran-getaran perasaan dan hati anda
ketika disentuh oleh suasana maya yang tidak dapat digambarkan itu.
Tapi sungguh malang hari ini, ketika sudah larut petang, menjelang Maghrib
kita masih sibuk di luar-luar rumah, di pasar-pasar raya untuk membeli belah,
berada di resturan-resturan sedang makan dan minum, di pawagam-pawagam untuk
menonoton filem, di dewan-dewan untuk menonton pesta-pesta hiburan, berada di
padang-padang atau di gelangang-gelanggang ralek dengan aneka permainan, dan
hiburan. Biasanya Maghrib pun entah ke mana berterbangan dengan kelekaan yang dibuai-buai
oleh syaitan.
Anak-anak kita pun kita biarkan mereka berada di luar rumah, leka bermain-main di medan permainan, di halaman-halaman rumah dan sebagainya walaupun senja telah lama bertandang ke alam jagat ini.
Sekiranya berada dalam rumah sekalipun, kita masih berlonggok-longgok di depan kaca TV, menoton tayangan yang sepakat kita sukai, dengan hilai dan ketawa, walaupun azan di kaca tv lama telah hilang, hinggalah sampai waktu Isyak.
Kita sebenarnya bukan mencari kebahagian, tapi kita sedang menggali lubang musibah untuk kita terjun bersama ke dalamnya, tanpa merasa takut dan gentar.
Kita lupa kepada nasihat Rasulullah SAW yang berpesan supaya kanak-kanak kecil berada dalam rumah bila telah tiba waktu petang atau Maghrib, kerana pada waktu itu semua jenis makhluk halus keluar dari sarangnya untuk mencari rezeki dan menjadikan manusia sebagai mangsa gangguan mereka.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila malam menyelubungi, maka
tahanilah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran
ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah
kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan
lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut
nama Allah dan tutuplah bekas-bekas makanan dan sebutlah nama Allah biar pun
bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya”.-H.R.Bukhari.
Beberapa orang pengail ikan, termasuk seorang imam masjid, pernah memberitahu saya
bahawa menjelang waktu Maghrib, biasanya jurang-jurang mereka banyak mengena
ikan, hinggalah sampai waktu Isyak. Ini menyebabkan mereka sentiasa
tertangguh-tangguh untuk pergi solat Maghrib kerana kail mereka mengena,
walaupun sebelumnya tidak ada seekor ikan pun yang menelan mata kailnya.
Sedar-sedar azan Isyak telah berkumandang.
Pak Iman itu mencabar saya supaya mencubanya sendiri kalau saya tidak percaya. Ini semua tipu daya syaitan untuk mengalih ingatan manusia kepada Allah dan terus berada dalam kesesatan.
Pak Iman itu mencabar saya supaya mencubanya sendiri kalau saya tidak percaya. Ini semua tipu daya syaitan untuk mengalih ingatan manusia kepada Allah dan terus berada dalam kesesatan.
Awang senja mulai berkumpul memayungi maya
Demikian juga mengikut pengamatan kami. Bekalan Internet di sekitar kawasan kami ini memang amat tidak memuaskan. Kadang-kadang sehari suntuk tidak ada. Tapi biasanya menjelang waktu Maghrib bekalannya bukan sahaja ada, tapi juga laju pula. Kalau kita tidak hati-hati kita meungkin terperangkap, dan hilang waktu solat Maghrib atau lewat untuk solat kerana untuk merebut bekalan Internet yang agak memuaskan waktu itu. Sebab selepas itu belum pasti keadaannya akan pulih.
Apakah ini semua secara kebetulan?
Justeru, janganlah kita kedekut untuk memohon perlindungan kepada Allah
yang Maha Berkuasa.
“Ya Allah! Sesungguhnya pada petang ini aku mempersaksikan kepada-Mu dan
aku mempersaksikan Malaikat yang memikul Arasy-Mu, Malaikat-malaikat dan semua
makhluk-Mu bahawa sesungguhnya Engkau adalah Tuhan kami. Tidak ada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu dan
sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Mu”.
“Ya Allah! Dengan pertolongan Engkau kami berada di petang ini dan dengan
kekuasaan Engkau kami hidup dan mati, dan kepada-Mu tempat kembali”.
0 comments:
Post a Comment