BOMOH-BOMOH DI KAMPUNG SALOR
>> Wednesday, October 1, 2014
Allahyarham Pak Chu Leh bersama isteri Allahyarhmah Maimuna Ismai
Hidup, sakit dan mati adalah perkara lumrah dalam kehidupan. Dalam semua kehidupan di dunia ini. Baik manusia, hewan atau tumbuh-tumbuhan tidak terlepas dari dari tiga peraturan tersebut.
Dari
semua penyakitan itu, penyakit di kalangan manusia lebih mendapat perhatian.
Justeru usaha-usaha yang khusus dilakukan untuk menyembuhkan penyakit yang
dihidapi oleh manusia sebelum ajalnya sampai.
Oleh
sebab itu di kalangan umat manusia, dari sejak dulu hingga sekarang, lahirlah
para perawat atau penyembuh penyakit itu. Ada berbagai-bagai nama disandangkan
kepada para perawat itu, seperti pawang, bomoh atau tabib.
Dan bila
kemajuan perubatan terus berkembang, perawat-perawat itu lebih dikenali dengan
nama doktor, sesuai dengan bahan-bahan dan perlatan-peralatan moden yang
digunakannya dalam perawatan penyakit.
Doktor
adalah berasal dari perkaTan Inggeris “Doctor” yang bertugas merawat penyakit.
Sebagaimana
di tempat-tempat lain juga di Kampung Salor, yang terletak dalam Jajahan Kota
Bharu Kelantan telah lahir beberapa orang perawat orang-orang sakit yang dipanggil
dengan nama “Tok Bomoh”.
Kewujudan
bomoh-bomoh ini kian terasa mulai tahun-tahun 1960an bila khidmat mereka kian
rancak diperlukan oleh penduduk-penduduk tempatan, kerana pada masa itu mungkin
hanya ada sebuah hospital di Kota Bharu, dan motorbot-motorbot yang membawa dua
orang kakitangan perubatan datang di waktu-waktu tertentu untuk pemeriksaan
kesihatan penduduk-penduduk yang berada dalam jarak yang terekat.
Pada
sekitar tahun tersebut dan tahun-tahun kemudiannya, di Kampung Salor terdapat
beberapa orang penduduk tempatan yang menjadi bomoh sambilan. Tapi mereka cukup
terkenal.
Seingat-ingat
saya ada beberapa orang bomoh yang terkenal, antaranya Tok Daud tinggal di Kg
Kedai Salor, Mat Said tinggal di Kampung Gertak Lembu, Yahya yang dipanggil Pak
Ya, tinggal di Kg. Masjid Salor, dan Saleh bin Hj. Mamat yang dikenali dengan
paggilan Pak Chu Leh Tok Bomoh, dan ada seorang lagi yang saya lupa namanya
tinggal di Kampung Gertak Lembu..
Secara
tidak rasminya, Mat Said Tok Bomoh dan seorang lagi yang masih belum diingati namanya itu
menjaga keselesaan penduduk di kawasan Kampung Gertak Lembu, Pak Ya mewarisi
perbomohan dari ayahnya, menjaga keselesaan penduduk yang tinggal kawasan
Kampung Masjid Salor. sementara Pak Chu Leh
menjaga keselesaan penduduk kawasan Kampung Kedai Salor.
Oleh itu
penduduk tempatan yang memerlukan khidmat bomoh, biasanya akan menjemput bomoh
di kawasan mereka sahaja, tidak melangar keluar kawasan, kecuali kes-kes yang memerlukan
khidmat khsusus yang tidak dimiliki oleh bomoh tempatan di kawasan mereka.
Selepas
itu lahir pula seorang bomoh lagi yang tinggal dekat Sekolah Kebangsaan Salor,
namanya Muhammad yang terkenal dengan panggilan nama “Abang Mat Motor”, kerana
beliau pada satu ketika pernah membawa motor penambang yang berulang alik dari
Pasir Mas ke Kota Bharu setiap hari menyusuri Sungai Kelantan.
Sebelah kiri Allahyarham Pak Ya sebelah kanan [?]
Bomoh-bomoh ini biasanya menjalankan khidmat tanpa mengenakan apa-apa upah atau bayaran. Khidmat mereka digunakan di masa-masa yang perlu, tidak kira malam atau siang. Mereka sering sekali dikejutkan pada tengah malam jika berlaku kecemasan ke atas penduduk-penduduk kampung.
Biasanya
bomoh-bomoh ini bukan sahaja merawat dengan bacaan jampi-jampi semata, tapi
juga menggunakan ubat-ubat dari jenis pokok-pokok kayu yang biasanya mudah
terdapat di sekitar kampung. Bahan-bahan yang sering digunakan sebagai bahan
perubatan ialah akar, kulit dan daun-daunnya.
Sewaktu
Pak Chu Leh meninggal dunia di Tanah Suci Mekah dahulu dia meninggalkan begitu
banyak bahan-bahan ubat yang terdiri dari akar-akar kayu yang sebahagian daripadanya
dibotolkan dan diberikan label kegunaannya. Tapi oleh sebab tidak ada seorang
pun anak-anaknya yang berminat untuk menjadi bomoh, maka bahan-bahan itu terbiar
dan ditelan masa begitu sahaja.
Beliau
pernah memberitahu saya, sebagai bomoh dia tidak menggunakan hantu atau jin
untuk merawat pesakit. Beliau hanya menggunakan doa-doa tertentu dan akar-akar
kayu yang difikirkan sesuai untuk merawat sesuatu penyakit selepas menjalankan
pemeriksaan.
Menjelang
keberangkatannya ke Mekah, beliau pernah menangis di hadapan saya bila mendapat
tahu ada orang menuduh dia menggunakan hantu dan jin dalam perawatannya. Dia
menafikan sekaras-kerasnya.
Selain dari berbomoh, Pak Chu Leh juga terkenal sebagai tukang urut, termasuklah merawat orang-orang yang patah tulang. Khidmatnya menjangkau jauh, bukan sahaja di Kampung Salor, tapi diundang sampai ke Pahang untuk merawat orang sakit.
Tapi bila bomoh-bomoh yang saya sebut di atas itu meninggal dunia, maka setahu saya tidak ada lagi bomoh-bomoh yang baru muncul di Kampung Salor. Generasi-generasi baru tidak lagi berminat menjadi bomoh, kerana kemudahan perubatan moden telah menjalar jauh sampai ke desa-desa terpencil.
Sedangkan ilmu perubatan lama itu masih lagi penting, terutama dalam penggunaan akar-akar kayu sebagai bahan-bahan perubatan. Apa yang diperlukan ialah memajukan bahan-bahan tersebut, sesuai dan setanding dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah-ubah.
Di
samping itu, pada umumnya penyakit ini ada dua jenis iaitu penyakit lahiriah
dan
penyakit penyakit batiniah. Penyakit lahiriah memerlkukan rawatan penyembuhan secara fizikali, sedangkan penyakit-penyakit batiniah berupa gangguan jin dan syaitan memerlukan rawatan khusus secara kebtinan yang tidak mampu dirawat secara fizikali oleh doktor-doktor perubatan.
penyakit penyakit batiniah. Penyakit lahiriah memerlkukan rawatan penyembuhan secara fizikali, sedangkan penyakit-penyakit batiniah berupa gangguan jin dan syaitan memerlukan rawatan khusus secara kebtinan yang tidak mampu dirawat secara fizikali oleh doktor-doktor perubatan.
Panggilan
doktor atau bomoh tidak penting, asalkan cara rawatannya tidak bercanggah
dengan agama Islam, khususnyas rawatan menggunakan hantu dan syaitan. Pada
suatu ketika, orang-orang Melayu di Selatan Thailand pernah memanggil para
doktor moden sebagai bomoh.
Siapa-siapakah bergambar bersama bomoh-bomoh ini
Pada hari ini di negara Malaysia, kita tidak lagi panggil bomoh, tapi perawat Islam, dan pengubatan Islam untuk membezakannya daripada perkataan bomoh atau pawang yang sering dianggap sesat kerana mennggunakan ilmu-ilmu yang melibatkan hantu dan syaitan. Sedanglan sangkaan itu tidak semuanya betul seratus peratus, kerana ada juga perawat itu hanya menggunakan ubat-ubat dari pokok-pokok dan juga doa-doa dari ayat al-Quran walaupun mereka dipanggil Tok Bomoh oleh orang-orang kampung.
Pada hari ini di negara Malaysia, kita tidak lagi panggil bomoh, tapi perawat Islam, dan pengubatan Islam untuk membezakannya daripada perkataan bomoh atau pawang yang sering dianggap sesat kerana mennggunakan ilmu-ilmu yang melibatkan hantu dan syaitan. Sedanglan sangkaan itu tidak semuanya betul seratus peratus, kerana ada juga perawat itu hanya menggunakan ubat-ubat dari pokok-pokok dan juga doa-doa dari ayat al-Quran walaupun mereka dipanggil Tok Bomoh oleh orang-orang kampung.
Sebenarnya
yang penting bukan namanya bomoh, pawang, tabib atau doktor, tapi ialah
cara-cara rawatan yang diberikan itu berbentuk Islamik atau tidak. Adakah tidak
mungkin ada perawat-perawat yang mendakwa diri mereka perawat Islam
menggunakan aneka penipuan, termasuk juga menggunakan khidmat jin dan syaitan,
demikian juga tidak mungkinkah terdapat dalam mereka yang mendakwa pengamal perubatan
moden hari ini mungkin melakukan aneka penipuan dengan berbagai-bagai cara yang
lebih canggih?
0 comments:
Post a Comment