MENCARI KETENANGAN DI KEHENINGAN ALAM
>> Monday, September 29, 2014
MENCARI
KETENANGAN DI KEHENINGAN ALAM
Hening
adalah suasana yang tenang, biasanya dirujuk kepada suasana alam yang damai,
seperti dikatakan malam yang hening bening, suasana desa di waktu pagi yang
hening, dan sebagainya.
Pada hari ini tidak begitu mudah lagi kepada sebahagian dari kita untuk mencari suasana alam yang hening, kerana keheningan itu telah dimusnahkan oleh aneka herok pekok suasana yang dicipta oleh manusia sendiri dalam mengejar kejayaan dan kemajuan.
Bunyi
kenderaan, kereta. Pekikan kereta api, ngauman bas, lori dan jeritan motosikal,
bunyi-bunyi jentera, seperti kilang-kilang, bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh
kerja-kerja pembinaan rumah telah lama merosakkan keheningan alam. Inilah salah
satu harga yang mahal yang terpakasa dibayar oleh manusia untuk meraih
kemajuan.
Kawasan-kawasan perumahan tempat kediaman manusia hari ini, yang sewajarnya berada dalam suasana keheningan terutama di waktu malam, tapi sudah tidak ada lagi, kerana kawasan-kawasan perumahan itru dibina berhampiran dengan kawasan perbandaran yang sibuk. Hanya orang-orang yang berada sahaja mampu tinggal di rumah-rumah kediaman di kawasan sunyi yang jauh daripada sumber bunyi di luar kawasan perbandaran.
Justeru
itu kian hari suasana kesunyian itu memang terasa kian diperlukan untuk
melengkapkan kehidupan manusia dalam aman tenteram, lahir dan batinnya.
Keheningan
alam semula jadi merupakan penawar yang mujrab untuk mententeramkan hati yang
resah gelisah, terutama kerana akibat aneka tekanan hidup moden yang telah
begitu jauh menyelinap masuk ke sudut-sudut hati dan jiwa manusia lalu menimpakan begitu banyak kerosakan kepada
manusia moden hari ini.
Oleh
sebab itulah, tempat-tempat peranginan yang indah dan memiliki keheningan
suasana sentiasa menarik perhatian orang-orang yang rindukan keheningan alam
semula jadi, di mana akan meletakkan mereka dalam suasana yang aman tenteram.
Oleh itu
kepada kita yang ingin mencari kehenignan alam semula jadi, andainya kita masih
ada keluarga dan masih ada kampung halaman baliklah ke kampung, terutama di
desa-desa yang jauh terpencil dari keriuhan bandar atau kota.
Kampung-kampung
yang terletak di pinggiran sungai-sungai yang mengalir tenang, di tepi-tepi
tasik, di tepi-tepi sawah yang luas terbentang, terutama di musim padi
menghijau dan berbuah, atau di kaki-kaki bukit dan gunung yang sejuk dengan
hutan dan belukar-belukarnya.
Anda
mungkin berkesempatan melihat mata hari naik di ufuk timur di waktu pagi, dan
melihat mata hari terbenam di ufuk langit petang yang menebarkan warna-warni yang akan
mengusik hati anda.
Anda mungkin berdiri di pinggir sungai di senja berlabuh serta merasa dan melihat suasana alam hening yang menggetarkan jiwa dengan bayu petang sepoi-sepoi bahasa membelai-belain sekujur badan anda.
Atau
anda berdiri di tepi tasik, merenung air tasik yang tenang dan luas terbentang,
sesayup mata memandang. Dan bila anda mendongak ke langit maka kelihatan
burung-burung petang berterbangan dipayungi awan gemawan untuk pulang selepas
sehari suntuk menjelajah mencari makanan.
Atau
kalau anda bernasib baik, anda boleh menaiki sampan atau perahu kecil, dan menysuri tasik
atau sungai yang tenang, menikmati segala keindahannya dengan lebih dekat.
Renungi air di sekeliling anda, pandanglah suasana-suasana keliling yang dipenuh
dengan pokok-pokok yang menghijau.
Atau
anda keluar waktu malam, berdiri di pinggir kampung, di tepi sawah, di tebing
sungai, anda melihat bulan sedang mengembang dilangit yang bertaburan dengan
bintang-bintang yang berkelip-kelipan yang menyampai bisikan-bisikan rahsia
alam. Angin berhembus nyaman.
Ataupun
malam itu belum tidak berbulan, tapi langit cerah dengan jutaan bintang-bintang
bergayutan di dada langit memantulkan kelipan-kelipan gemmerlapan. Suasana
keliling sepi, dan yang terdengar hanya desus angin sejuk yang membelai sekujur
badan anda. Malam telah hening.
Anda
lama berdiri di situ, terpukau dengan keheningan malam yang telah lama anda tidak
berkesempatan menikmatinya, kerana lampu-lampu yang gemerlapan di kota-kota
menutup pandangan anda untuk menikmati semuanya itu.
Anda
mengeluh lega. Keharuan.
Adakah anda tidak merasa terharu?
Apakah anda tidak merasa keheningannya?
Apakah
anda tidak terpukau dengannya?
Adakah tidak merasa lega dan lapang dengan suasana yang begitu hening yang telah lama anda tidak menikmatinya.
Adakah
anda tidak merasa sesuatu di sebalik semua itu?
Apakah
jiwa anda tidak terusik? Tidak merasa ketenangannya.
Dan anda lengkapi nikmat keheningan malam itu dengan bertahajud atau berqiamulai.Maka sempurnalah malamnya.
Usahalah balik ke kampung untuk menikmati suasana hening damai itu, sebagai pengobat hati dan jiwa yang lara.
Siapa
yang mencipta semuaya itu?
Jawapan kepada
pertanyaan itu merupakan penghujung kepada pencarian anda dalam keheningan
alam.
“Tapi alam bikinan Allah ini, sentiasa baru
dan indah, tiap pagi tiap petang tiap mata hari naik, tiap mata hari turun,
tiap malam berganti siang dan siang berganti malam”.
“Tiap-tiap
pagi terbitlah mata hari. Di musim dingin kelihatan beberapa bintang yang
tertentu buat musim dingin, di musim panas kelihatan bintang yang selalu kelihatan
di musim panas. Demikian kehalusan teknik alam, yang tidak dapat ditandingi oleh
kekuasaan teknik manusia”.
“Adakah
manusia pernah jemu dan bosan. Sebab tiap-tiap bulan sentiasa melihat terang
benderang empat belas. Bulan dahulu telah meilhat dan bulan muka akan melihat
pula? Tidak, bahkan tidap-tiap terbit bulan yang baru, kesenangan hati mereka
sama naik dengan penuhnya bilangan bulan. Bila langit cerah dan udara nyaman.
Di malam purnana empat belas itu, keluar mereka dari rumah dengan hati yang
sukacita. Mau rasanya mereka meminta ditetapkan begitu sahaja, jangan
dikisar-kisarkan”.
Apa yang digambarkan olah Bapa’ HAMKA itu hanya satu cebisan keindahan alam ciptaan Allah yang terukir di langit. Bulan dan bintang-bintangnya.
Sedangkan masih banyak lagi keheningan alam yang terdapat di selurh semesta ini. Rasa dan nikmatilah.
Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment