MANGSA SIHIR KE PASAR TANI

>> Tuesday, September 23, 2014





MANGSA SIHIR KE PASAR TANI


Dua tiga hari lepas ketika berada di Sungai Buloh, saya sempat pergi ke sebuah Pasar Tani. Kami terdiri dari, saya, anak dan menantu. Tujuan saya hanya hendak menjnau-ninjau sahaja, sambil mengikut keluarga mencari barang keperluan selepas sarapan pagi.


                                         Ganbar sekadar hiasan semata


Di khabarkan ada juga sebahgian daripada para peniaga pasar tani itu terdiri dari peniaga-peniaga Kelantan, terutama yang terlibat dalam penjualanan pakaian dan makanan, nasi dan kueh-mueh tradisional Kelantan,


Di salah sebuah gerai makanan itu selain menjual nasi, ada juga menjual kueh “lompat tikam” yang dibungkus dalam plastik kecil di dalamnya mengandungi tepung, sedikit pulut berwarna, santan pekat, dan sebungkus kecil lagi pemanis biasanya diperbuat daripada manisan kelapa atau gula melaka. 

Namun begitu, peniaga yang tidak jujur, boleh main silap mata, jika harga manisan kelapa mahal atau sukar diperolehi, mereka menggunakan gula biasa, dan mecampurnya dengan air kopi atau air nescafee supaya kelihatan seperti gula melaka juga.


Selepas membeli sebungkus lompat tikam yang harganya RM3.00, kami pun terus bergerak masuk arah ke dalam pasar. Mula-mula kami singgah di sebuah gerai menjual bahan-bahan makanan kesihatan yang berteraskan Islam. Antara barang-barang yang dijual di gerai itu ialah madu, jem buah-buahan, dan buah-buah kering, yang semuanya dibawa dari negara Islam.


Penjualnya seorang lelaki yang berusia lebih dari setengah abad, tapi masih bertenaga dan sihat.


Sambil membelek-belek barang-barang jualannya itu, dan bertanya serba sedikit, dia sempat menceritakan secara ringkas pengalaman pahit yang pernah ditempohnya dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran itu.


Katanya sebelum itu, dia pernah bekerja di sebuah sayarikat yang memang juga terkenal, tapi dia berhenti kerja kerana hendak melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa.


Dia menyewa sebuah kedai di MXXX. ”Untuk tujuan itu, saya telah ubahsuai kedai itu untuk menjalankan perniagaan yang saya rancangkan”.


Kemudian dia menyambung lagi dengan suara yang agak lantang dan lancar, tanpa ragu-ragu, “Saya telah membelanjakan sebanyak hampir RM100,000 untuk mengubahsuai kedai itu”.


“Setelah membukanya selama seminggu dengan doa dan harapan semoga mendapat sambutan dari orang ramai, tapi perniagaan amat dingin, tidak ada seorang pelanggan pun yang datang ke kedai itu”.


Dia terus juga bercerita, “Kawan-kawan yang berjumpa saya bertanya bila kedai saya nak buka. Saya beritahu mereka kedai itu telah lama saya buka di tempat yang sama”.


Katanya semua kawan-kawannya dan orang yang mengetahuinya bila berjumpa sering bertnya bila kedainya itu hendak dibuka, dan bila diberitahu kedai itu telah dibuka, mereka memberitahu mereka 
tidak nampak pun.

Setelah tiga bulan berlalu, masih belum seeorang singgah di kedainya itu, dia pun menyedari bahawa dia telah dikhianati. Ada sesuatu yang tidak kena, yang menyebabkan kedainya tidak nampak dipandang orang.


“Kedai saya itu telah disihir. DI MXXX itu memang banyak bomoh-bomoh yang kerjanya macam tu”.


Setelah tidak dapat menyelamatkannya lagi dan untuk mengelak daripada lebih banyak menanggung kerugian, dia pun mengambil keputusan untuk menutup kedai itu. Justeru dia terpakasa menjual segala barang-barang dalam kedai dengan mengalami kerugian yang besar.


“Selepas itulah saya membuka gerai macam ini sekarang. Inilah yang membawa saya setiap minggu ada di Pasar Tani ini”.

“Tak apa rezeki di tangan Allah”. Katanya menyejukkan hatinya sendiri.


Selepas membeli sebotol madu dan sebotol jem buah tin kami pun beredar  dari gerai itu dengan seribu persoalan berlegar di kepala. Alangkah kejamnya manusia ini.


Demikianlah kisah seorang peniaga pasar tani yang telah menjadi mangsa kepada orang yang berhasad dan berdengki yang sanggup menggunakan sihir, walaupun kerja itu dikutuk oleh agama. Beliau adalah salah seorang daripada begitu banyak mangsa sihir yang kesannya menjelma dalam berbagai-bagai bentuk luar biasa yang menyalahi adat kebiasaan.

Mereka yang melakukan sihir adalah orang yang telah dirogol oleh hawa nafsunya sendiri dan sanggup menggunakan jin atau syaitan yang terkutuk untuk membinasakan orang-orang lain yang tidak mereka sukai yang berpunca dari hasad dan dengki, atau dendam kesumat yang telah berjaya membakar batas-batas kewarasan akal dan bisikan hati nurani sehingga sanggup melakukan sesuatu yang dikeji oleh agama.

Didoakan semoga beliau selamat dan berjaya dalam usahanya yang murni itu untuk mencari rezeki secara halal.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP