CINTAILAH DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTAI ORANG LAIN

>> Friday, September 26, 2014




CINTAILAH DIRI SENDIRI, SEBELUM MENCINTAI ORANG LAIN


Sebagai seorang manusia, wameo lelaki atau perempuan, anda perlu mencintai diri anda sendiri, mengasihi diri anda sendiri.

                                     Cintailah diri, dan cintailah orang lain


Mencintai diri sendiri adalah suatu keperluan kepada setiap insan. Anda tidak boleh hidup sempurna, tanpa mencintai diri anda sendiri.


Anda tidak mampu mencintai orang lain dalam erti kta yang sebenarnya, tanpa mencintai diri anda terlebih dahulu.



Dari mencintai diri sendiri inilah cinta boleh berkembang, bercabang-cabang kepada berbagai-bagai jurusan cinta lagi.


Dalam Batas Yang Wajar


Tapi mencintai diri sendiri hendaklah dalam batasnya yang wajar. Cinta yang saksama, tidak melampaui batas-batas kewajarannya. Cinta tidak berlebihan.


Kalau kita mencintai diri lebih dari batas yang sewajarnya, ertinya kita menzalami diri kita sendiri. Ia akan meletak kita dalam keadaan yang tidak baik, dan membinasakan.


Dengan mencintai diri sendiri secara berlebihan kita akan terjerumus ke dalam kemerbahayaan, kerana ia mungkin akan mebentuk kita menjadi manusia yang sombong, angkuh, mementingkan diri sendiri, tamak haloba, dan berbagai-bagai sifat keji lagi yang menyebabkan kita menjadi mangsa kebenciaan orang.


Dalam ilmu psikologi ada istilah narscis yang merujukkan kepada sejenis penyakit jiwa yang dihadapi oleh orang-orang yang terlampau mencintai dirinya sendiri.


Kata-kata ini berpunca dari sebuah dongeng Greek mengenai seorang pemuda yang bernama Narcisssus. Pada suatu hari pemuda ini terpadang bayang-bayang dirinya dalam air dalam sebuah kolam. Dia merasa kagum dengan kehebatan wajahnya.


Orang yang berperibadi seperti ini merasa diri terlalu bangga dengan diri dan wajahnya, dan sentiasa merasa dirinya penting dan perlu disanjung dan puja.


Kerana itu ia merupakan problam dalam pergaulan atau masyarakat.


Justeru itu berhati-hatilah jangan terlampau mencintai diri sendiri sehingga termasuk dalam golongan Narcissim ini.


Cintailah diri sendiri sekadarnya, kerana Allah semata-mata.


Mencintai diri sendiri sekadar yang perlu akan membantu pembentukan diri kita lahir dan batin menjadi manusia yang diredai Allah.


Dari segi batiniah kita akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa menjunjung perintah-perintah Allah, atas kesedaran kita adalah hamba-Nya.


Dengan bertaqwa kita akan mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji, tidak mementingkan diri sendiri, dan juga sedia menjaga kepentingan orang lain.

Kita akan menjadi seorang yang penyabar, kerana kita sedar sabar itu amat besar hikmatnya kepada kita.


Selain itu berbagai-bagai sifat kemuliaan lagi akan kita miliki yang akan melengkapkan kita seorang insan yang dirahmati Allah.


Dari segi lahiriahnya pula, kita akan menjadi manusia yang sentiasa menjaga kebersihan diri, penampilan yang wajar, dan menjauhi perkara-perkaran yang dilarang oleh agama, kerana jika kita mengerjakan kemungkaran bererti kita tidak mencintai diri sendiri, kerana dengan berbuat demikian bererti kita sengaja melemparkan diri kita ke dalam lautan bencana dan petaka di dunia dan akhirat.


Para penzina, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Para penjudi, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Para penagih dadah, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Para perompak dan penyamun, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Para perasuah, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Para penjahat, tidak mencintai dirinya cara wajar.


Kerana mereka, dan golongan seumpamanya, mencintainya dirinya bukan kerana Allah, tapi kerana nafsunya sendiri yang telah diperkuda-kudakan oleh iblis dan syaitan.


Kita suka mngungkapkan kembali sebuah Hadis yang mengandungi perbualan antara Sahabat Sayidina Umar dan Baginda Rasulullah saw yang bermaksud:


“Wahai Pesuruh Allah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segalanya, kecuali pada diriku sendiri”.


Rasulullah saw menjawab, “Hai Umar, tidak sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri”.


Maka Sayidina Umar pun berkata semula, “Demi Zat yang mengutusmu, engkau Pesuruh Allah, lebih aku cintai dripada diriku sendiri”.


Nabi Muhammad saw lalu menegaskan, “Engkau benar, wahai Umar”. HR: Bukhari.


Justeru jangan takut untuk mencintai diri sendiri, asalkan tidak melampau dan melanggar batas-batas ketetuan agama.


Cintailah diri kita dengan penuh takzim.


Cintalah diri kita dengan penuh kerelaan.


Cintailah diri kita dengan sewajar.

Cintailah diri kita kerana Allah.


Sebaliknya jangan sama sekali membenci diri kita. Kalau kita berbuat salah dan kesilapan, cintailah diri kita dengan bersegera memohon kemaafan dan keampunan. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun.


Jika kita tidak memohon keampunana selepas berbuat dosa, ertinya kita tidak mencintai diri kita sendiri, tidak sayangkan diri kita, kerana senghaja membiarkan diri kita dalam menuju kemusanahan yang berpanjangan.


Kembalilah  ke pangkal dengan mencintai diri sendiri kerana Allah semata.




.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP