MAAF DIBERI DILUPA TIDAK?
>> Tuesday, September 2, 2014
Memberi
maaf adalah sifat yang mulia. Dan memohon maaf pula sifat yang terpuji.
Maaf diberi, terus dilupakan
Tapi dalam hakikat hidup seharian kedua-duanya tidaklah mudah untuk dipraktikkan. Memohon maaf dan memberi maaf adalah amalan yang boleh dikatakan sukar. Tapi ia boleh dilakukan kalau kita jujur dan ikhla serta memiliki azam yang kuat. Banyak orang dapat melakukannya.
Ada pula
orang bersedia untuk memberi maaf, tapi tidak bersedia untuk memohon maaf
walaupun dia sepatutnya berbuat demikian. Di samping itu ada pula orang bersedia untuk memberi
maaf, tapi tidak pula bersedia untuk melupakanya.
Mereka
tidak dapat melupakan perbuatan orang yang memohon maaf itu terhadapnya, iaitu orang
dianggap telah melukai hatinya. Mencederakannya. Menyebabkan dia menderita dan
sebagainya. Tapi bila dipohon maaf, katanya dia maafkan, tapi hatinya yang luka
tidak dapat diubati. Malah dia tidak dapat melupakannya.
Sehingga
terbitlah pepatah, “Walaupun luka telah hilang, tapi parut masih masih tinggal”.
Jadi
apakah ertinyas memberi maaf, kalau tidak dapat dilupakan apa yang diberi maaf
itu. Ertinya pemberian maaf itu tidak sampai ke tahap mana. Ia masih bergayut
di perasaan dan masih melumpuri hati.
Menyimpan
ingatan yang tidak dapat dilupakan bererti seperti sebuah bom jangka yang boleh
meletup bila-bila masa sahaja. Bila berlaku sedikit sahaja perkara yang tidak
disukai akibat perbuatan orang yang sama, maka akan meletus lagi kecam-kecaman,
sindiran-sindiran dan ungkitan-ungkitan perkara lama yang kononya telah dimaafkan itu
yang mungkin mencetuskan kembali suasana yang tidak diingini. Luka lama didarahkan
kembali.
Maka
ertinya apa yang dimaafkan itu dari segi jangka panjangnya tidak bermakna
apa-apa sebenarnya. Dalam suasana yang dihangatkan kembali itu, andainya
penerima maaf, tdi tidak dapat bersabar, maka akan meletus pula persengketaan baru yang
mungkin lebih teruk, walaupun perbuatannya kali ini tidaklah begitu memberi
kesan terhadap pemberi maaf, kecuali dari sudut egonya semata.
Memberi
maaf tanpa melupakanya bererti kita tidak jujur dalam pemberiaan maaf itu. Kita
hanya manis di bibir mulut sahaja. Sedangkn hati kita masih diserabuti dengan
nafsu amarah yang sentiasa membakar diri kita, dan akhirnya tanpa disedari akan
memusnahkan diri kita sendiri.
Melupakan
selepas memberi maaf adalah merupakan keikhlasan yang amat berharga. Itulah
erti maaf yang sebenarnya yang terbit dari hati nurani kita yang suci dan
bersih. Ia menjadi lebih penting jika ia berlaku dalam kalangan orang yang
sentiasa berada berhampiran dengan kita, seperti di kalangan para pekerja dan
dalam keluarga, khususnya antara suami dan isteri.
Umpamanya
dalam sebuah rumahtangga sang isteri telah memberi maaf kepada suaminya yang
memang telah terlanjur melakukan kesilapan besar yang sukar untuk dilupakan, yang membawa
mereka ke jurang perpisahan, sedangkan dia perlukan segera melupakan apa yang telah
dilakukan oleh suaminya itu ke atasnya, walaupun lukanya parah, kerana
kalau tidak, keharmonian yang kekal tidak akan diraih, malah sentiasa berada
dalam keadaan keretakan yang mengancam. Kerana si isteri boleh membangkitkannya
perkataan-perakataan yang perit yang boleh menggoriskan hati suami yang ikhlas
memohon maaf, dan telah bertaubat dan ingin memulakan suasana hidup baru
bersama isterinya setelah menginsafi segala perbuatan buruknya yang lalu. Andainya
sang suami tidak dapat bersabar, sudah tentu akan mencetuskan kembali persengketaan
yang parah dalam rumah tangga mereka yang sedang dibina semula itu.
Ingatlah,
orang-orang yang memohon maaf itu, baiki seorang suami atau isteri, kalau dia benar-benar ikhlas dan jujur dalam
permohannan maafnya sudah tentu dia telah merasa bersalah atau berdosa terhadap kita
kerana mereka telah melakukan sesuatu yang memang tidak wajar terhadap
kita. Perasaan berdosa dan bersalah ini akan merupakan beban yang berat yang
harus mereka pikul terhdap dosa-dosa mereka yang lalu. Ini merupakan hukuman
Allah terhadap mereka yang wajar mereka terima, justeru pemberiaan maaf dan
melupakan oleh mangsa amatlah berguna kepada permohonan taubatnya kepada Allah.
Oleh
sebab itu, kita tidak wajar mengungkit-ungkitkannya kembali tentang kesalahannya
yang telah terlanjur dilakukannya di masa lalu, kerana ia telah cukup
menyedarinya dan menyeksa hati nuraninya. Lupakan sahaja apa yang telah
berlaku, setiap hari benamkanlah bersama matahari terbenam di waktu senja dan
bila binalah suasana baru yang lebih ceria dengan ketibaan malam dan menjelang
ketibaan pagi besok sehingga matahari terbenam kembali. Dan seterusnya, melupakannya,
memaaf segala perakara yang telah berlaku di masa lalu lalu yang pernah
meeracun perasasan dan hati kita.
Justeru
pemberian maaf hendaklah disusuli dengan azam untuk melupakanya, malah
sebaik-baiknya terus sahaja melupakannya seperti tidak apa-apa yang pernah
berlaku. Barulah kemaafan itu memberi manfaat. Kalau tidak ianya seperti luka
besar pada fizikal, walaupun luka telah sembuh tapi parut sukar hendak hilang,
malah mungkin terus berkekalan. Jika kita tiedak melupakannya, walaupun parut itu sukar untuk luka kembali, tapi
ia sentiasa menyakiti hati bila terkenang.
Kalau kita memberi maaf, tapi tidak melupakannya, bererti kita tidak memberi keampunan kepada orang yang memohon maaf. Kita hanya menanam tebu di bibir mulut.
Tanyalah
diri kita, adakah kita bersedia memberi maaf, dan berlapang dada untuk
melupakanya, supaya keadaan yang pernah tegang dan mengancam, tidak akan hidup
kembali merasuk hati dan jiwa kita yang telah diperkudakan oleh nafsu ego kita
yang tidak pernah mengenal kepuasaan?
Itulah
sebabbya memberi maaf dan melupakan amat penting demi kesejahteraan diri kita, hati
dan jiwa kita untuk mencapai kedamaian daripada membiarkan api-api kemarahan
yang sentiasa menyala dan membakar yang membentengkan kita daripada memberi
maaf dan tidak melupakannya. Memberi maaf dan melupakannya harus sentiasa bersama, seperti jari jemari kita.
Ingatlah
kepada firman Allah yang menyeru kita menjadi hamba-Nya yang pemaaf.
Friman-Nya:
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”. Al-A’araf: 199.
Dan firman-Nya lagi:
“Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampunan kepada Allah, niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. An-Nisa’:110.
Adakah
kita ingin menjadi lebih hebat dari
Allah dengan keenganan kita menghulurkan maaf kepada orang-orang bersalah
dengan kita, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah memohon
maaf dari kita? Kemudian kita melupakannya?
Marilah kita bersedia memberi maaf dan terus melupakan kepada peristiwa di sebalik tabir yang mewarnai pemberian maaf kita itu dan terus melupaknya.
Jauhkan diri kita daripada sifat memberi maaf, tapi tidak melupakannya!
Semoga kita berjaya menjadi seorang pemaaf dan melupakannya. Amin!
Berkaitan:
Memberi Maaf Dan Memohon Maafhttp://pondokrahmat.blogspot.com/2014/08/memberi-maaf-dan-memohon-maaf.html
0 comments:
Post a Comment