MATAHARI TIDAK JATUH DI PANTAI BISIKAN BAYU
>> Monday, September 8, 2014
Lakaran langit petang di Pantau Bisikian Bayu
Di ambang sore baru-baru ini kami berada di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh. Semasa kami sampai, pengunjung-pengunjung masih ramai lagi sedang bersantai di pantai yang namanya begitu endah untuk disebut-sebut. Pantai Bisikan Bayu.
Di ambang sore baru-baru ini kami berada di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh. Semasa kami sampai, pengunjung-pengunjung masih ramai lagi sedang bersantai di pantai yang namanya begitu endah untuk disebut-sebut. Pantai Bisikan Bayu.
Pantai
Bisikan Bayu adalah salah sebuah pantai perkelahan yang terkenal di Kelantan.
Ia terletak di Semerak, dalam Jajahan Pasir puteh, sejauh kira-kira enam belas
kilometer dari bandar Pasir Puteh dan kira-kira lima puluh kilometer dari ibu
negeri Kelantan, Kota Bharu, Bandar Raya Islam [BRI].
Waktu
kami sampai petang itu, walaupun hari sudah larut, keramaian pengunjug sedang meningkat,
menambahkan bilangan lelaki dan perempuan, tua muda, serta kanak-kanak sedang
bersantai-santai dengan aneka ragam masing-masing. Sebahagiannya sedang
berdepan dengan laut, melihat jauh kejauhan di sana dan mengikuti ombak-ombak kecil yang menghempas pantai
bersama dengan bisikan angin petang yang nyaman. Yang muda-muda pula asyik
berbual-bual dan bercanda, sementara kanak-kanak asyik bermain-main pasir,
berkejar-kejaran, memungut kulit-kulit kerang dan bermain layang-layang yang
berterbangan di pupuk bayu laut dengan aneka warnanya.
Seperti dulu-dulu juga keadaan pesisirnya, berpasir putih halus yang landai memanjang yang menambahkan keindahannya. Pantai Bisikan Bayu hari ini merupakan salah satu daripada sedikit pantai yang masih untuh tidak ditelan ombak yang melanda pantai-pantai di negeri Kelantan, sedangkan pantai-pantai lainynya telah hanyut ditelan arus laut, dan terpaksa dibenteng dengan batu-batu pejal untuk menahannya dari terus dimamah laut.
Oleh kerana
petang telah begitu lajutnya, kami tidak sempat langsung untuk memanjangkan
langkah meninjau ke hilir atau ke hulu. Kami hanya berdiri di pantai
bertentangan simpang yang bermula dari jalan besar menuju ke Pantai Bisikan
Bayu. Kami memotret gambar-gambar, dan membiarkan cucu kami yang ikut bersama
memungut kulit-kelit kerang di sekitar untuk dibawanya pulang.
Petang itu laut tenang. Bayu berpupuk membawa bisikan yang sendu, mengelus-ngelus badan kami dengan nyamannya. Cuaca baik, membawa pandangan kami sejauh mata memandang. Nun jauh di tengah segara, kelihatan semacam tiga buah kapal besar sedang berlabuh. Namun tidak sebuah kapal atau perahu nelayan yang kelihatan berada di laut.
Petang
terus merangkak turun. Namun begitu, bunyi bisikan enjin motosikal yang
bertempek sejak kami mula-mula sampai lagi mengaeruhkan keharmonian suasana
Pantai Bisikan Bayu. Itulah adalah bunyi bising pekekan motosikal anak-anak kita
yang dikurniakan oleh masyarakat dengan gelaran mat rempit. Mereka beraksi
dengan aneka lagak di jalan pantai yang juga penuh dengan manusia yang
berkunjung.
Kita merasa malu dengan diri sendiri dengan suasana seperti itu. Mereka semuanya nampak masih muda-muda, ada yang seusia persekolahan. Adakah ibu-ibu bapa dan keluarga di rumah mereka tahu di manakah anak-anak mereka berada ketika itu dan apakah yang sedang mereka lakukan? Wallahu’klam.
Lakaran langit petang yang damai
Seorang wanita penjual makanan di situ, ketika ditanya tentang permainan suka berempit itu memberitahu, bahawa mereka tidaklah selalu berempit, kerana pehak berkuasa polis sentiasa berada di sana, tapi pada hari itu kerana tidak ada seorang polis pun bertugas, mereka pun mengambil kesempantan berani untuk berempit-rempit.
Kami
telah lama tidak berkujung ke situ. Namun begitu kami dapat manyedari pantai
yang cantik ini tidak dibaikpulih suasananya dengan sewajarnya oleh pihak yang
berkuasa untuk memberi nafas baru yang segar kepadanya. Ia masih berada ditakuk
lama. Sepatutnya suasana pantai ini didubahsuai supaya menjadikannya lebih
menarik kepada para pelancung dalam dan luar negara untuk datang kembara di
sini.
Ini
tidaklah menghairankan, kerana hampir seluruh tempat yang mempunyai potensi
untuk dimajukan sebagai daerah pelancungan, hanya dibiarkan begitu oleh pihak
berkuasa, terutama kerajaan negeri, termasuklah tempat-tempat bersejarah yang
boleh dijadikan tumpuan pelancung. Nampaknya orang-orang Kelantan ini masih
ketandusan idea dan modal untuk membangun pusat-pusat pelancungan yang menarik
yang dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri seperti yang dilakukan
di tempat-tempat lain, selain daripada dapat membuka ruang mencari makan kepada
anak-anak negeri sendiri.
Bil waktu
Maghrib telah tiba kami pun bergegas meninggalkan tempat itu. Tujuan kami
sebenarnya datang ialah untuk melihat dan menikmati matahari terbenam di kaki
langit dari Pantai Bisikian Bayu atau “Beach of Whispering Breeze” yang juga
terkenal dengan “Pantai Dalam Rhu "dan juga “Pantai Semerak”, mengambil
sempena nama Semerak. Tapi hajat kami tidak sampai, kerana matahari tidak
terbenam di situ, dan ia terbenam di sebelah yang bertentangan. Matahari memang
tidak terbenam di situ, tapi muncul dan terbit pada waktu pagi di kaki langit
sana. Ertinya jika kami ingin melihat matahari terbit, kami kena bermalam di
situ. Lain kali sahajalah. Insya-Allah.
Ombak-ombak yang membungakan inspirasi
Sesungguhnya kami sangat suka melihat matahari terbit di waktu pagi dan matahari terbenam di waktu petang. Ia merupakan panaroma alam yang penuh dengan keajaiban dan keindahan yang tidak dapat digambarkan. Pancaran cahanya langit yang aneka warna, bola matahari yang berangsur-angur menuruni kaki langit, hingga suasana gelap dan sepi meninggalkan jalur-halur merah di kaki langit, di temani oleh bayu petang yang meyegarkan akan membangkitkan satu kenangan endah dan kesayuan yang akan membawa hati dan jiwa hamba-hamba Allah berterbangan di angkasa langit menemui kebesaran Ilahi..........
Saya
terkenang di kampung saya dulu, Kampung Salor, hampir setiap petang, kami
berada di tebing sungai, menikati bayu petang yang membelai-belai sekujur
badan kami sambil melihat matahari terbenam di kaki langit, dengan awan-awan
aneka warna yang berserak-serak di dada langit, dan dengan air Sungai Kelantan
yang gemerlapan ditimpa matahari petang dengan ombak-ombak kecil yang melanda.
Insya-Allah di masa akan datang kami akan sampai ke sana nanti menghidupkan
nostalgia lama yang sentiasa hangat dalam kenangan. Insya-Allah.
Dari
Pantai Bisikan Bayu kami singgah di sebuah kedai ikan bakar, untuk makan dan
juga untuk tumpang solat Maghrib, kerana biasanya semua tempat perniagaan
seperti itu menyediakan tempat solat yang khas untuk para pelanggan. Tapi kami
agak kecewa, kerana walaupun musala memang disediakan, tapi tidak menyelerakan,
tempat solat bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan, tidak ada
tempat ambil wuduk yang khusus di samping kebersihannya tidak begitu terjaga.
Tandas hanya satu untuk lelaki dan perempuan, tempat mengambil wuduk dalam
tandas, atau di luar tandas, iaitu pada sink usang yang terbiar. Oleh itu kami
terpaksa mengurungkan niat kami untuk bersolat di situ lalu berpindah solat di
tempat lain yang agak jauh dari situ, walaupun makanan telah kami order dan
meja pun telah kami pilih,
Dengan
perniangaan yang begitu maju, pada hemat kami, tuan punya kedai tentu mampu
untuk menyediakan sebuah tempat solat yang lebih baik dan selesa untuk para pelanggan
mereka lelaki dan permpuan kebanyakannya Islam yang tidak berpeluang bersolat
sebelum datang ke situ, terutama para pelancung yang datang dari tempat-tempat
yang jauh.
Benih yang baik jatuh ke laut jadi pulau
Walaupun hidangan masakannya istimewa, tapi kebajikan para pengunjung, kebanyakannya umat Islam perlu juga diberikan perhatian yang sewajarnya. Semoga dengan berbuat demikian mendapat faedah di dunia dan akhirat.
Selepas
menjamu selera kami pun terus pulang meninggalkan Pantai Bisikan Bayu yang
terletak tidak begitu jauh dari tempat kami menikmati hidangan makanan itu, di
mana matahari tidak terbenam sebagaimana kami harap-harapkan walaupun senja
telah meninggalkan kami. Namun pantainya masih indah walaupun tidak diberikan
perhatian yang sewajarnya dalam usaha untuk mengindahkannya supaya lebih
menarik perhatian.
Pantai dan laut Bisikan Bayu tetap menyimpan rahsianya yang tersendiri yang hanya dapat diintai oleh mereka yang arif dan bijaksana yang mampu menggarap rahsia Allah yang berfirman, “Dan tidak sama [antara] dua lautan; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari [masing-masing lautan] itu kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, dan di sana kamu melihat kapal-kapal belayar membelah laut agar dapat mencari kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur”.
0 comments:
Post a Comment