KEMELUT POLITIK SELANGOR MELAHIRKAN BANYAK WAJAH

>> Friday, September 12, 2014



KEMELUT MB SELANGOR, MENDEDAHKAN BANYAK WAJAH

 
Kemelut politik MB Selangor masih terus berlarutan hingga ke hari ini. Banyak pihak yang terlibat dalam kemelut itu, iaitu mereka yang terlibat secara langsung dan juga mereka yang sengaja melibatkan diri dalam kemelut dengan tujuan tertentu.


Walau apa pun ada beberapa perkara yang menarik dalam kemelut ini untuk diperhatikan, dan diambil iktibar. Antara lain, ia mentafsirkan erti politik dalam realitinya di negara kita, dan kemelut itu juga mendendahkan kewujudan berbagai-bagai wajah yang menarik yang selama ini tidak begitu ketara.


Walau bagaimana pun rakyat murba berharap krisis ini dapat segera diselesaikan dengan sebaik-baiknya, dan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lebih lancar dan memberi manfaat kepada setiap golongan masyarakat yang menjadi hamba rakyat negara ini.


Sudah tentu mereka sedar dengan kewujudan aneka wajah yang lahir dari kemelut politik itu dan diharap dapat meningkatkan lagi kewaspadaan mereka dalam permainan politik yang berperanan menentukan masa hadapan bangsa dan negara.


Antara wajah-wajah buruk yang terdedah dari krisis politik itu ialah:


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG SUKA MENJADI BATU  API/MENGADU DOMBA


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG BERSEDIA MENANGGUK DI AIR KERUH


O LAHIRNYA GOLONGAN TIDAK SETIA


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG MERASA DIRINYA SAHAJA YANG BETUL


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG SUKA MEMPERSALAHKAN PIHAK LAIN


O LAHIRNYA GOLONGAN PENGKHIANAT


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG SUKA MEMBUAT FITNAH DAN MENDEDAHKAN KEBURUKAN GOLONGAN LAIN


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG SUKA MEMBURUK-BURUKKAN ORANG LAIN


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG TIDAK BERSEDIA BERTOLAK ANGSUR


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG BERANI BERKOKOK DI GELANGGANG SENDIRI, TAPI SENYAP KOTEL BILA BERADA DI GELANGGANG SEBENAR


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG TIDAK SUKAKAN PERDAMAIAN


O LAHIRNYA GOLONGAN BERLAGAK PANDAI/BIJAKSANA


O LAHIRNYA GOLONGAN SUKA MEMBALAS DENDAM


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG BERSIKAP “TIDAK ADA MAAF BAGIMU”


O LAHIRNYA GOLONGAN PENGAMPU/PEMBODEK


O LAHIRNYA GOLONGAN KERAS KEPALA


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG PANTANG DITEGUR


O LAHIRNYA GOLONGAN SUKA MENEGAK BENANG BASAH


O LAHIRNYA GOLONGAN YANG SUKA MENCABAR


O LAHIRNYA GOLONGAN SUKA MENGHUKUM


O DAN ANDA SENDIRI DAPAT MENAMBAH LENGKAPKAN LAGI SENARAI INI DENGAN ANEKA WAJAH  DARI BERBAGAI-BAGAI SUDUT PANGAMATAN ANDA.


Walau bagaimanapun seluruh lapisan rakyat mengharap krisis ini dapat diselesai dengan segera dan sebaik-baiknya.


Dan di sebalik kemelut ini ada hikmah-hikmahnya yang tersendiri yang patut menjadi renungan bersama.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP