NASI BELAUK DAN NASI BUNGKUS FENOMENA BARU
>> Monday, October 27, 2014
NASI BELAUK DAN NASI BUNGKUS FENOMENA BARU
Sejak kebelakangan ini telah lahir satu fenomena baru dalam masyarakat
Kelantan, iaitu fenomena nasi belauk, nasi bungkus untuk sarapan pagi.
Nasi belauk dikat dengan getah
Orang yang pernah datang ke Kelantan tentu pernah mendengar perkataan “nasi belauk” dan “nasi bungkus”.
Orang yang pernah datang ke Kelantan tentu pernah mendengar perkataan “nasi belauk” dan “nasi bungkus”.
Nasi belauk bermaksud “nasi yang ada lauk” yang dimakan bersama nasi,
seperti ikan, ayam atau daging dan sebagainya yang digulai, digoreng dan
sebagainya.
Tapi bagi orang Kelantan, makna ”nasi belauk” itu lebih jauh sedikit dari
itu. Ia tidak sekadar bermakna nasi yang ada lauk, kerana semua orang pun tahu
setiap nasi yang hendak dimakan pasti ada lauk-lauk tertentu. Tidak ada nasi
kosong tanpa lauk untuk dimakan.
Nasi belauk
Bila disebut nasi belauk ertinya nasi yang tidak mempunyai banyak bahan yang disediakan, sebagaimana hidangan biasa yang mungkin beberapa jenis lauk-pauk, sayur-sayuran dan juga bahan penyicah, seperti sambal atau budu. Tapi nasi belauk tidak mempunyai banyak varitinya dalam hidangannya selain dari lauk. Kalau ada pun mungkin sedikit sayur seperti kacang atau timun yang dimasak dengan lauk-lauk tersebut, ataupun disediakan timun mentah, sehiris dua sebagai ulam dalam satu hidangan nasi belauk.
Justeru bila disebut nasi belauk, bererti ianya tidak dihidang dengan
beberapa buah pinggan, tapi menggunakan sebuah pinggan sahaja yang disikan
dengan nasi, diletak lauk di atasnya, sambal dan sedikit ulam. Itu sahaja.
Oleh itu bila ada orang berkata, dia makan nasi belauk sahaja di rumah,
maka bererti dia makan nasi dengan begitu simpel sekali, tanpa aneka hidangan.
Ia menunjukkan dia makan nasi dengan lauk yang diletak di atas nasi dalam
sebuah pinggan sahaja.
Biasanya pada masa yang lalu bila disebut nasi belauk ertinya ialah nasi
yang dijual oleh peniaga-peniaga nasi
belauk, biasanya kalau di kampung-kampung dijual di gerai-gerai khusus yang di
didrikan di ditepi-tepi jalan, atau di dekat-dekat rumah, mungkin juga di
kedai-kedai kopi kampung atau warung-warung.
Pelanggan di sebuah kedai makan
Tapi hari ini nasi belauk telah di jual di restauran-restauran, atau di kaki-kaki lima restauran, di mana selepas memeblinya mereka boleh makan di dalam resturan yang menyediakan berbagai minuman kesukaan ramai.
Pada masa yang lalu pembungkus nasi belauk ialah daun pisang. Daun pisang yang
digunakan untuk pembungkus nasi belauk ialah daun pisang Benggala. Daun pisang
jenama lain tidak begitu sesuai sebagai pembungkus kerana daunnya keras dan
mudah koyak. Tapi daun pisang Benggala keadaannya lembut dan lebih tahan koyak.
Tapi kemudian daun pisang Benggala pun kian sukar untuk diperolehi, kerana
tidak ramai orang yang gemar menanam pokok pisang Benggala, kerana itu harganya
tinggi. Oleh itu untuk pembungkus nasi
belauk, penjual-penjual menggunakan kertas-kertas akhbar sebagai lapisan kedua
pembugkunsnya yang diletak di lapisan bawah di mana di atasnya diletak daun
pisang untuk diletakkan nasi di atasnya.
Kemudian bila semacam plastik pembungkus
makanan khas direka, maka penjual-penjual nasi belauk menggunakan pembungkus
plastik tersebut untuk membungkus nasi, tanpa menggunakan daun pisang yang
memang mempunyai aromanya yang tersendiri yang tambah membuka selera.
Biasanya sebagai penggemas bungkusan nasi belauk itu pada masa yang lalu
penjual-penjual nasi belauk menggunakan lidi yang dipotong pendek-pendek dan
ditajamkan kiri kanannya kemudian dicucuk pada daun pisang tersebut. Tapi
sejak ke belakangan ini mereka telah menggunakan getah bulat sebagai penggemas
bungkusan nasi, dan juga menggunakan paku untuk menyucuk bahagian atas
bungkusan nasi itu sebagai ganti lidi yang agak sukar untuk diperolehi sejak
kebelakangan ini. Bila hendak makan,
pencucuk lidi atau paku itu akan dicabut dari pembungkus nasi.
Selain itu biasanya hari ini nasi belauk tidak lagi dibungkus, tapi dihidangkan dengan pinggan, atau pembungkus plastik tanpa perlu dibungkus untuk dibawa pergi, kerana pembeli terus memakannya di warung itu juga.
Selain itu biasanya hari ini nasi belauk tidak lagi dibungkus, tapi dihidangkan dengan pinggan, atau pembungkus plastik tanpa perlu dibungkus untuk dibawa pergi, kerana pembeli terus memakannya di warung itu juga.
Ketahanan nasi belauk yang dibungkus itu dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat. Ada
nasi belauk yang tahan lama tidak rosak atau basi, iaitu dari pagi sampai ke
petang tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk; ada juga yang tahan dari pagi
sampai ke tengah hari masih belum basi, tapi ada pula yang cepat basi yang bila
menjelang tengah hari. Ini kerana terpengaruh kepada beberapa faktor, antaranya
kerana keadaan nasi itu sendiri, dan kedua mungkin kerana gulainya dimasak
tidak cukup teliti. Tapi kalau dimasukkan ke dalam peti sejuk ia tahan lebih lama, dan bila hendak makan
hendaklah dipanaskan.
Di Kelantan hari ini, khususnya di bandar Kota Bharu ada beberapa jenama
nasi belauk, dan beberapa kedai menjual nasi belauk yang popular. Kedai-kedai
yang menjual nasi belaku setiap hari ramai dikerumuni oleh pemakan-pemakannnya,
termasuklah para pelancong yang turut meramaikan kedai makan itu.
Ada kedai-kedai nasi belauk yang laris ini
menyediakan nasi yang mereka masak sendiri, tapi ada sebahagian daripadanya
menempah nasi-nasi bungkus yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha lain, dan ada sesetengah gerai yang menjual
nasi belauk bungkus yang disedikan oleh mereka sendiri.
Ada kedai yang
menyediakan aneka jenis nasi bungkus dan kueh-kueh yang dibekalkan oleh
pengusaha-penguasa yang memang telah ternama dan menjadi rebutan pembeli untuk
bersarapan. Kedai-kedai makan seperti ini mengumpulkan berbagai-bagai jenis
bungkusan nasi dan kueh-kueh daripada pengusaha-pengusaha yang ternama untuk
dipasar dan menjadi pilihan pelanggan-pelaggan
mereka.
Pada dua tiga hari yang lepas kami cuba mengunjung
salah sebuah daripada kedai makan yang terkenal itu untuk sarapan, walaupun
hari telah pukul sepuluh pagi lebih. Tapi pelanggan-pelangan masih ramai, kereta
pun sukar untuk diparker dan semua meja telah dipenuhi. Di samping itu masih
ramai lagi orang yang masih rela berdiri menunggu meja kosong. Nampaknya
mereka telah lama menunggu tapi masih boleh bersabar.
Setelah melihat keadaan seperti itu kami terus
beredar dari situ dan menuju ke sebuah kedai lain yang juga ternama
yang letaknya agak jauh dari situ. Tapi bila kami sampai kira-kira pukul
sebelas lebih, semua meja telah pun penuh dan orang-orang yang menunggu giliran
untuk mendapat meja makan masih ramai berdiri.
Nasi tumpang dan teh tarik
Kami tidak lama di situ, dan terus beredar mencari kedai makan yang lain pula. Bila kami sampai di warung tersebut, pelanggan tidak begitu ramai lagi, dan ada dua buah meja yang belum dipenuhi. Cukup untuk kami.
Saya menjadi tertanya-tanya bagaimana kita manusia rela
berkorban menghabiskan waktunya untuk mencari kedai-kedai makan dan bersedia
pula untuk menunggu meja dikosongkan, bukan seminit dua tapi mungkin setengah
jam lebih untuk mendapat meja makan yang akan dikosongkan. Mereka rela berdiri menunggu
dalam keadaan yang tidak selesa sekalipun tanpa berungut.
Masya-Allah!
Alangkah baiknya kalau kita boleh bersikap begitu
lapang dada dengan masjid, sabar dan bersedia menunggu tanpa merasa berat hati
dan tanpa merungut di masjid.
Dan ketika bersedap-sedap dengan makan dan minum
itu, selalulah ingat kerpada peringatan Allah, “Wahai manusia! Makanlah dari
[makanan] yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikut langkah-lagkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu". Al-Baqarah:168
0 comments:
Post a Comment