RAKYAT KELANTAN TENTANG MALAYAN UNION [Mengutip Daun Sejarah 2]
>> Friday, February 28, 2014
KELOHAN DARA - WAN SALMAN
RAKYAT KELANTAN MENENTANG MALAYAN UNION
[Mengutip Daun Sejarah 2]
Dato' Nik Ahmad Kamil
Dalam Kongres Melayu Malaya Pertama yang diadakan pada 1 April, 1946 itu para perwakilan daripada pertubuhan itu telah mengeluarkan pendapat masing-masing dengan terus terang dan berani, termasuklah wawkil-wakil dari Negeri Kelantan yang terdiri daripada Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan [PPMK] dan Persatuan Melayu Kelantan [PMK].
Pada hari kedua kongres itu, Dato’ Nik Ahmad Kamil wakil PMK telah
mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan
melaksanakan nanti segala keputusan yang dibuat oleh kongres itu.
Di samping itu beliau juga telah membuat beberapa cadangan lain lagi, salah satu daripadanya membuat rang undang-undang tubuh Persatuan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Cadangan beliau itu disokong oleh Haji Abdul Wahab bin Tok Muda Abdul Aziz [Panglima Bukit Gantang] dan dipersetujui oleh ramai.
Di samping itu beliau juga telah membuat beberapa cadangan lain lagi, salah satu daripadanya membuat rang undang-undang tubuh Persatuan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Cadangan beliau itu disokong oleh Haji Abdul Wahab bin Tok Muda Abdul Aziz [Panglima Bukit Gantang] dan dipersetujui oleh ramai.
Dato’ Nik Ahmad Kamil telah dilantik menjadi salah seorang daripada lima
orang ahli jawatankuasa untuk menggubal undang-undang
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [UMNO]. Empat orang lagi terdiri
daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang, Perak, Dato’ Orang Kaya Selangor, Zainal
Abidin bin Ahmad [ZAABA] dan Dato’ Onn
bin Jaafar.
Selepas selesai membincang tentang penubuhan UMNO, kongres itu meneruskan pula perbincangan mengenai rancangan Malaya Union yang dikutuk oleh umat Melayu itu. Wakil-wakil pertubuhan dalam kongres itu mengutarakan pendapat masing-masing, termasuklah juga wakil-wakil dri PMK.
Wakil PPMK, antara lain menegaskan, “Umat Melayu Kelantan pada hari Sir Harold Mac menjejak kaki di atas bumi Kelantan pada ketika itu juga umat Melayu Kelantan telah berkumpul dan mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan meminta supaya jangan membuat apa-apa, maka jawab Duli Yang Maha Mulia Sultan itu kehendak rakyat akan ditimbangkan apa telah jadi Sultan telah sains juga, maka nampaklah sembah rakyat itu disia-siakan”.
Sementara wakil PMK pula menyuarakan bantahannya terhadap Malayan Union dan mencadangkan supaya bantahan-bantahan segera dihantar kepada Kerajaan British.
Antara lain katanya, berkenaan Malayan Union ia berkata tidak bersetuju dan tidak terima, di dalam perkara ini ia mengesyurkan supaya bantahan-bantahan kita itu dihantar dengan seberapa segera, satu daripada jalannya ialah mengirim telegram hantar kepada pihak berkuasa dan kemudian itu bolehlah diadakan jawatankuasa memeriksa memorandum itu..
Kongres itu berakhir dengan membuat tiga keputusan penting, iaitu:
-menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [UMNO]
-menolak Malayan Union
-mengadakan Derma Pelajaran yang disusulkan oleh Dato’ Nik Ahmad Kamil dari cadangan Tengku Mahmud Mahyuddin.
[Dato'] Ishak Lutfi
Senbilan hari selepas Kongres itu berlangsung, maka 13 April 1946, PPMK telah mempersembahkan surat kepada KDMM Al-Sultan Kelantan, antara lain menggesa baginda supaya tidak mengiktiraf Malayan Union.
Pada 11 Mei, 1946 Kongres Melayu Ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bharu di mana piagamnya telah ditandatangani oleh 29 buah pertubuhan yang hadir, dan tujuh buah pertubuhan lagi menandatangani piagam itu pada 29 Jun 1946 dalam persidangan UMNO yang didakan di Ipoh.
PPMK tidak dapat hadir ke Kongres itu , tapi memberi mandat kepada Haji Abdul Wahab bin To Muda Abdul Abdul Aziz {Panglima Bukit Gantang] wakil Perikatan Perak yang menyertai Kongres itju untuk menurunkan tanda tangan bagi pihak PPMK. Dengan itu lahirlah UMNO secara rasmi.
Walaupun seluruh umat Melayu bangkit menentang Malayan Union dengan hebatnya, tapi pada 22 Januari 1946, wakil British, Sir Harold Mac Michael dengan tipu helahnya telah berjaya mengambil tanda tangan Raja-Raja Melayu. Kemudiannya kerajaan pentadbir Tentera British [BMA] di Tanah Melayu secara rasmi telah mengistiyarkan kertas putih mengandungi Perlembagaan Malayan Union untuk Tanah Melayu.
Pada 1 April, 1946 pula, Malayan Union diistiharkan oleh British, di mana
Gabenor dan Penasihat-penasihatnya telah dilantik secara resmi pada hari
tersebut. Sir Edward Gent telah dilantik menjadi Gabenor Malayan Union yang pertama dan terakhir.
Hanya seorang sahaja yang hadir menyaksi upacara angkat sumpah, iaitu seorang
pegawai dalam Pasukan Askar Melayu.
Sebelum itu, UMNO telah mendesak Raja-Raja Melayu supaya memulaukan majlis tersebut, dan mengancam jika mereka hadir juga, rakyat Melayu tidak akan mengakui mereka sebagai raja lagi. Demikian juga orang-orang Melayu yang dijemput hadir untuk dilantik sebagai anggota Majlis Undangan dengan nama Majlis Penasihat Malayan Union [Malayan Union Advisery Council] memulau majlis tersebut atas desakan UMNO, walaupun mereka pada mulanya telah setuju untuk hadir.
Perarakan Rakyat Kelantan
Mereka telah menulis surat menarik diri, antara lain kandungnannya berbunyi, “Kami tidaklah sanggup hadir dalam istiadat yang dijalankan untuk mengkuburkan hak kami sebagai putera bumi negeri ini, juga kemerdekaan tanah kecintaan kami”.
Perarakan
UMNO juga telah menetapkan bahawa semua orang-orang Melayu mestilah berkabung selama seminggu untuk melahirkan rasa dukacita dengan kelahiran Malayan Union itu yang telah menumpas kedaulatan bangsa Melayu.
Beberapa hari kemudian,Kerajaan British telah melantik dua orang wakilnya berkunjung ke Tanah Melayu untuk meninjau lebih dekat lagi pandangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Wakil-wakil Kerajaan British itu terdiri dari Kapten L. D. Gumans dari Parti Konservatif dan Lt. Kol. D. R. Rees Willion dari Parti Buruh dan mereka sampai ke Tanah Melayu pada bulan Mei 1946.
Bila Kapten L. D. Gaman dan Lt. Kol. Rees Willion tiba di Kota Bharu pada pertengahan bulan Mei
1946, orang-orang Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan perarakan
besar-besaran menunjukkan penentangan mereka terhadap Malayan Union. Ribuan
orang menyertai perarakan itu yang dianjurkan oleh Persekutuan Persetiaan
Melayu Kelantan [PPMK].
Akhirnya hasil daripada kerjasama dan perpaduan yang kental seluruh umat
Melayu pada masa itu, maka penjajah British terpaksa tunduk dan Malayan Union
terpaksa dibubarkan pada 1 Febuari, 1948 dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu [Federation of Malaya].