ZAINAB PUTERI RASULULLAH

>> Sunday, August 30, 2020

 

ZAINAB PUTERI RASULULLAH SAW YANG CEKAL



 





ZAINAB adalah puteri Rasulullah SAW bersama dengan isterinya Khadijah binti Khuwailid. Khadijah adalah isteri Rasulullah yang pertama dan amat dincintainya.

 

 



Zainab dilahirkan sebelum ayahandanya dilantik menjadi Rasul Allah mempunyai tujuh orang adik beradik, tiga kelaki dan empat perempuan, enam orang daripadanya berbondakan Khadijah.

 

 



Saudara Zainab yang perempuan berbondakan Khadijah ialah Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah yang bergelar al-Zahra’ yang bererti kembang segar mewangi.

 

 



Sementara saudara lelakinya berbondakan Khadijah pula ialah Qassim meninggal dalam usia dua tahun dan Abdullah, bergelar Tahir, meninggal dalam usia kecil. 

 

 



Sementara seorang lagi bernama Ibrahim berbondakan Mariah al-Qibthiyah  dilahirkan 8 Hijriah di Madinah dan meninggal dalam usia 17 bulan.

 

 



Zainab hidup dengan mendapat perhatian dan kasih sayang ayahanda dan bondanya seperti saudara-saudasranya yang lain juga.

 

 



Zainab mendirikan perkahwinannya dengan sepupu sebelah emak sudaranya Haulah binti Khuwailid, iaitu Abu al-Ash bin al-Rabi, seorang pemuda yang terkenal di Mekah sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya dan berakhlak mulia. Mereka mendirikan perkahwinan sebelum Islam dan Zainab waktu itu berusia 10 tahun.

 

 

 



Rumahtangga mereka aman dan bahagia, kerana kedua-dua suami isteri itu saling memahami  dan cintai mencintai antara satu sama lain.

 

 


Kebahagian mereka bertambah melimpah bila Zainab melahirkan seorang anak sulung, seorang puteri dinamakan Umamah. Puteri ini dilahirkan menjelang  datuknya  Rasulullah SAW menerima perintah dari Allah untuk berdakwah secara terbuka.

 

 


Puteri Zainab, Umamah ini adalah cucu Rasulullah dan Khadijah yang pertama. Dia amat disayangi oleh kedua-dua datuk dan neneknya itu.

 

 



Umamah berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib bila isterinya, puteri Rasulullah, Fatimah al-Zahara’ meninggal dunia. Perkahwinan itu berlangsung atas wasiat Fatimah sebelum dia menghembuaskan nafasnya yang akhir.

 

 



Selepas melahirkan Umamah, Zainab melahirkan seorang putera dinamakan Ali bin Abu al-Ash. Tidak berapa lama selepas kelahiran Ali, bonda Zainab, isteri Rasulullah SAW iatu  Khadijah meninggal dunia.

 

 



Baginda Rasulullah SAW mengambil cucunya Ali tinggal bersama-sama dengannya kerana suami Zainab masih belum lagi mmeluk agama Islam. Pada masa itu pula  masih lagi belum turun perintah wanita Islam tidak boleh bekahwin dengan lelaki bukan Islam.

 

 



Ali adalah juga cucu yang menjadi kesayangan Rasulullah SAW. Tapi Ali  meninggal  dalam usia belasan tahun.

 

 



Zainab adalah salah seorang wanita pertama yang memeluk Islam, tapi tidak suaminya Abu al-Ash, kerana dia merasa bimbang dituduh oleh masyarakat musyrik Mekah bahawa dia memeluk Islam semata-mata kerana Zainab, isteri yang amat dicintainya itu Namun begitu dia tetap menjadi seorang suami yang mencintai isterinya dan tetap setia kepada Zainab.

 

 



Tapi bila Rasulullah SAW berdakwah secara terbuka, suami Zainab Abu al-Ash menerima tekanan haibat daripada musyrikin Quarish. Ketua-ketua mereka menekan dan mendesak Abu al-Ash menceraikan Zainab, dan berjanji akan mencari seorang isteri baru yang lebih rupawan dan kaya siapa sahaja yang menjadi pilihan  Abu al-Ash. Tujuan mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk menyusahkan Rasululllah SAW bila puterinya Zainab diceraikan.

 

 



Tapi desakan itu dengan tegas ditolak oleh suami Zainab Abu al-Ash. Dia bersumpah di atas namaTuhan bahawa dia tidak akan menceraikan isterinya Zainab dan mengatakan tidak ada wanita lain dari kaum Quraisy yang lebih dicintainya daripada Zainab.

 

 



Ketika ayahandanya berhijrah ke Madinah Zainab dan suaminya masih menetap di Mekah. Tapi ketiga-tiga saudara perempuannya, iaitu Ummu Kalthum, Ruqayah dan Fatimah telah beerhijrah ka Madinah bersama-sama dengan umat Islam yang lain. Pada masa itu sedikit benar orang-orang Islam yang masih tinggal di Mekah, iaitu terdiri dari mereka yang menyembunyikan ke Islaman mereka dan juga mereka yang tidak mampu berhijrah.

 

 



Pada tahun kedua Hijriah telah meletus peperangan antara orang-orang Islam Madinah dengan orang-orang musyrikin Mekah yang dikenali dengan nama Perang Badar. Suami Zainab, Abu al-Ash telah dipaksa oleh orang-orang Musyirikin Qurasih supaya ikut ke medan perang. Dalam perang ini kaum Muslimin telah berjaya menumpaskan kaum musyirikin. Abu al-Ash telah berjaya ditawan oleh kaum Muslimin dengan tawannan-tawanan lain dan dibawa ke Madinah.

 

 



Zainab telah mengirim kalung  leher yang dihadiahkan oleh bondanya Khadijah pada hari perkahwinannya sebagai tebusan untuk pembebasan suaminya itu. Kalung itu dicam oleh ayahandanya Rasulullah SAW sebagai kalung asalnya kepunyaan Khadijah  isteri yang dicintainya itu.

 

 



Kemudian para sahabat memulangkan kalung itu kembali kepada Zainab, dan membebaskan suaminya Abu al-Ash.

 

 



Sebelum bertolak balik ke Mekah Abu ql-Ash telah bertemu dengan mertuanya Rasulullah SAW. dan berjanji akan melepaskan isterinya Zainab untuk berhijrah ke Madinah. Pada masa itu telah turun wahyu yang melarang wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir.

 

 



Pada hari yang dijanji itu Rasulullah SAW telah mengutus Zaid bin Harithah dan seorang Ansar untuk pergi ke suatu tempat yang dirahsiakan untuk mengambil Zainab dan membawanya ke Madinah.

 

 



Abu al-Ash memang mengotakan janjinya. Dia melepaskan Zainab berhijrah ke Madinah untuk bersama dengan ayahandanya Rasulullah. Zainab bertolak daripada Mekah dengan menunggnag unta pada waktu siang hari tanpa bersembunyi. Zainab diteman oleh saudara kandung suaminya Kinanah bin Rabi’. Zainab waktu itu sedang mengandung.

 

 



Beberapa orang Quraisy yang ternampak Zainab menunggang untuk meninggalkan Mekah secara terang-terangan menunju ke Madinah. Mereka yang baru sahaja tewas Perang Badar itu merasa tersinggung dan terhina dengan tindakan Zainab itu.

 

 



Sekumpulan lelaki Quraisy telah mengejar mereka untuk membawa Zainab kembali ke Mekah. Mereka berjaya menemui Zainab dan berjaya a mendekati unta yang ditunggangi Zainab itu di Thi Tuwa. Salah seorang daripada mereka, iaitu Habbar bin Al-Arwad telah mencederakan unta itu, menyebabkan unta itu melenting kesakitan. Kejadian ini menyebabkan Zainab yang sedang mengandung dan berada dalam sekedup di atas belakang unta itu kesakitan dan menyebabkan dia keguguran.

 

 



Atas nsihat ketua mereka Abu Sufian yang tiba kemudiannya, Kinanah dan Zainab kembali semula ke Mekah. Mereka dinasihatkan oleh Abu Sufian supaya keluar secara sembunyi-sembunyi nanti bila keadaan telah reda.

 

 



Tidak lama kemudian, bila keadaan telah reda dan Zainab telah selesa daripada keguggurannya itu, mereka keluar semula dari kota Mekah di malam yang sepi secara sembunyi-sembunyi. Puteri Zainab iaitu Ummah juga ikut serta dalam rombongan kecil itu.

 

 



Kemudian Kinanah menyerahkan Zainab dan Ummah kepada Zaid bin Harithah bersama seorang kawannya di Lembah Yajaj, dan dari itu keduanya dibawa ke Madinah dengan selamat.

 

 



Pada tahun ke-6 Hijriah, sebuah kafilah dagang Quraisy dalam perjalaann dari Syam ke Mekah telah serkap oleh pasukan orang-orang Islam Madinah yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah. Pasukan ini telah berjaya memberkas beberapa orang Quraisy dan merampas barang-barang yang dibawa oleh mereka.

 

 



Dalam kafilah kaum Quraisy itu terdapat suami Zainab Abu al-Ash, tapi dia berjaya menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi. Kemudian dia berjaya menyusup masuk ke Madinah dan berjaya menemui isterinya Zainab dan meminta Zainab melindunginya. Maka beliau pun diberi  perlindungan oleh Zainab.

 

 



Kemudian Abu al-Ash kembali semua ke Mekah dan mengistiyarkan dirinya seorang Islam kepada kaum Quraisy. Selepas itu dia balik semula ke Madinah dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasululklah SAW dan para sahabat.

 

 



Dengan itu Zainab dan Abu al-Ash hidup semula sebagai suami isteri yang sah. Mereka hidup bahagia dan saling cintai mencintai antara satu sama lain.

 

 



Namun tidak berapa lama kemudian Zainab jatuh sakit semula yang berpunca dari kegugurannya tempohhari  sehingga membawa kepada kamatiannya pada tahun ke 8 Hijjriah. Dan pada tahun yang sama juga anaknya Ali kembali ke rahmatullah dalam usia 11 tahun. Zainab dikebumikan di Perkuburan Baqi.

 

 



Demikianlah perginya seorang wanita yang hatinya begitu cekal dalam menghrungi percaturan  hidup yang sentiasa berputar ligas sampai dunia kiamat. Demikianlah perginya  puteri kesayangan Baginda Rasulullah SAW.yang melalui dan melihat banyak pengalaman di sepanjang hayatnya.

 

 

 


Pondok Rahmat

 


Ahad: 50 Ogos 2020/

 


11Muharam 1442


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP