RUQAYAH PUTERI RASULULLAH SAW

>> Wednesday, September 2, 2020

 


RUQAYAH PUTERI RASULULLAH SAW YANG PENYABAR

 

 




RUQAYAH  adalah salah seorang puteri Rasulullah SAW, seorang wanita yang penyabar dan waja hatinya.



Wajahnya rupawan.



Ruqayah diputerikan oleh bondanya Khadijah kira-kira tujuh tahun sebelum Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul. Waktu itu ayahandanya berusia 33 tahun.



Beliau adalah salah seorang wanita pertama yang memeluk agama Islam bersama dengan bondanya Khadijah.



Sewaktu berusia 6 tahun beliau telah mendirikan perkahwinan dengan anak bapa’ saudara ayahandanya Abu Lahab yang bernama Utbah.



Seperti  adab masyarakat Arab pada waktu itu selepas berkahwin Ruqayah tetap tinggal bersama dengan keluarganya menunggu suaminya datang menjemput dan mengambilnya beberapa tahun kemudian.



Tapi bila Baginda Rasulullah SAW berdakwah secara terbuka menyeru kaum Quraisy memeluk agama Islam Abu Lahab sangat marah dan memaksa anaknya Utbah menceraikan  isterinya Ruqayah. Tujuannya ialah  untuk membebankan Rasulullah SAW. bila Ruqayah diceraikan.



Tapi selepas itu Ruqayah mendapat suami yang lebih baik lagi, iaitu beliau berkahwin dengan Utsman bin Afan seorang pemuda yang mulia akhlaknya.  Beliau juga seorang pemuda kaya, rendah hati dan dermawaan.



Bila tindakan kaum Quraisy terhadap orang Islam bertambah melampau, maka atas cadangan Rasulullah SAW Utsman dan isterinya Ruqayah  dan beberapa orang yang lain lagi berhijrah ke Habsah [Ethiopia]. RajaNegus [Najasi] pada masa itu seorang raja yang adil.



Rombongan hijrah itu terdiri daripada 11 orang lelaki  dan 4 orang perempuan. Selain dari Utsman dan isterinya, ikut serta dalam rombongan hijrah ialah Abu Huzai’ah bin Utbah dan isterinya, Zubair bin Awam dan Abdul Rahman bin Auf.



Penghijrahan ke Habsah ini berlaku pada tahun ke 5 kenabian.

Pada masa itu Ruqayah sedang mengandung anaknya yang sulung.



Dari Mekah ke Habsah terpaksa menaiki kapal mengharung Laut Merah yang memisahkan antara dua negara itu.



Mereka menaiki sebuah kapal dagang ke Habsah. Bila sampai di Habsah, Ruqyah mengalami keguguran anak yang dikandungnya itu. Bonda Ruqayah, iaitu Khadijah meninggal dunia ketika Ruqayah  berada di Habsah.



Namun itu mereka tetap bersyukur kerana selamat sampai ke Habsah dan dapat menunaikan ibadat  dengan bebas dan aman di negara baru itu.



Kemudian mereka mendapat khabar bahawa orang-orang Quraisy telah ramai memeluk agama Islam, dan layanan kaum Quraisy terhadap orang-orang Islam juga bertambah baik. Justeru mereka pun balik semula ke Mekah, tapi malangnya tidak seperti didugakan mereka menerima layanan yang lebih buruk daripada musyrikin Quraisy.



Justeru dengan keizinan Rasulullah, kedua suami itu berhijrah sekali lagi ke Habsah. Kali ini bilangan mereka kian meningkat, iaitu berjumlah seramai 80 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.



Ruqayah dan Utsman dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Abdullah. Tapi anak itu meninggal dunia kerana matanya luka dipatuk oleh bapak ayam. Selepas itu Ruqayah tidak melahirkan anak lagi.



Kemudiannya Ruqatah dan suaminya berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan umat Islam yang lain.Mereka menetap di Madinah dan tinggal di sebuah rumah berhampiran dengan rumah Rasulullah SAW.


Menjelang Perang Badar Ruqayah jatuh sakit, dan penyakitnya itu kian hari kian tenat. Justeru Rasulullah SAW tidak memgizinkan menantunya Utsman  ikut beperang di Perang Badar. Dia diperintah menjaga isterinya yang sakit tenat itu.



Ruqayah meninggal dunia ketika Perang Badar sedang berkecamuk. Ketika berada diperkuburun Ruqayah Utsman mendengar berita kemenangan orang-orang Islam dalam Perang Badar.



Utsman amat sedih dengan kematian isteri yang dicintainya itu, lebih-lebih lagi memikirkan kematian isterinya itu menyebabkan terputusnya hubungan beliau dengan Rasulullah SAW.


Baginda Rasulullah juga sedih dengan kemtian puterinya Ruqayah yang disayanginya itu.

 



Pondok Rahmat


Rabu


2 September 2020/


14 Mahram 1442

 

 

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP