ETHIOPIA HIJRAH PERTAMA UMAT ISLAM

>> Monday, September 14, 2020

 


ETHIOPIA HIJRAH PERTAMA UMAT ISLAM

 

Add caption



ETHIOPIA  adalah negara pertama umat Islam Mekah berhijrah ribuan tahun lebih yang lampau. Negara ini asal namanya Abyssinia tapi lidah Arab memangggilnya Habsyah.



Perkataan Ethiopia itu berasal dari nama seseorang yang bunyi lisannya mirip dengan sebutan Ethiopia.



Dari sudut sejarah ia merupakan negara pertama umat Islam Mekah berhijrah sebelum berhijrah ke Madinah. Orang-orang Islam berhijrah ke negara Habsyah untuk berlindung daripada kekejaman musyrikin Qurasiy terhadap orang-orang Islam yang masih sedikit bilangannya waktu itu.



Sekarang ia dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Ethiopia sejak 22 Febuari 1987.



Rombongan pertama penghijrahan itu terdiri daripada sebelas orang Muhajirin semuanya. Daripada sebelas orang itu termasuk menantu Rasulullah SAW Usman bin Affan bersama isterinya Ruqayah. Ikut juga dalam rombongan itu Abu Huza’ah bin Utbah bin Rabi’ah serta isteri, Zubair bin Awwam, dan Abdul Rahman bin Auf.




Peristiwa hijrah ini berlaku pada tahun ke-5 kenabian, bersamaan dengan 615 M.



Dari Mekah mereka menyusup keluar menuju ke pantai dan dari situ menaiki kapal dagang menuju ke Ethiopia dengan mengharung Laut Merah untuk sampai ke pantai negara Ethiopia. Dari pantai tempat mendarat itu mereka menyusur ikut jalan darat menuju ke kota Ethiopia di mana terletaknya istana Raja Nejasyi untuk melaporkan kedatangan mereka dan memohon kebenaran untuk tinggal di negara itu.




Dari Mekah untuk sampai ke ibu negara Ethiopia  tidaklah mudah, mereka terpakasa menangharung berbagai-bagai kesusahan, menempuh lautan, padang pasir dan hutan  belantara benua Afrika yang penuh dengan bahaya itu. Mereka melakukan semua itu demi kerana Allah




Di Ethiopia isteri Usman mengalami keguguran kandungan anak sulungnya. Walau bagaimanapun semua Muhajirin bersyukur kerana di negara baru itu mereka dapat hidup dengan aman dan bebas menjalankan urusan agama mereka tanpa diganggu gugat oleh pemerintah yang pada masa itu terletak di bawah pemerintahan Raja Najasyi yang beragama Kristian tapi adil pemerintahannya.




Namun setelah empat bulan tinggal di Ethiopia mereka kembali semula ke Mekah bila mendengar khabar, ramai orang-orang Quraisy memeluk agama Islam, dan layanan mereka terhadap orang-orang Islam pun bertambah baik.




Tapi sungguh malang, bila mereka kembali ke Mekah, tidak seperti berita yang mereka terima, kerana mereka mendapat layanan yang lebih buruk lagi daripada musyirikin Quraisy. Berita itu rupanya berita palsu.




Rasulullah SAW merasa amat kasihan melihat orang-orang Islam dizalimi begitu rupa oleh musyirikin Quraisy, maka beliau sekali lagi mengizinkan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Ethiopia; sesiapa sahaja boleh menyertainya, walaupun pada masa itu beliau sendiri menerima tentangan yang haibat daripada musyirikin Quraisy itu.




Rombongan yang kedua ini lebiih ramai bilangannya daripada  rombongan yang pertama dulu, iaitu seramai 80 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.




Penghijrahan kedua ke Habsyah ini berlaku pada tahun ke-7 kenabian, bersamaan dengan 617 M.




Kerana usaha musyrikin Quraisy  gagal untuk menyerkap dan menahan orang-orang Islam yang ingin meninggalkan Mekah untuk pergi ke Ethiopia gagal, maka pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah telah mengirim perutusan kepada Raja Ethiopia supaya mengusir orang-orang Islam kembali ke negeri asal mereka Mekah.




Dua orang pahlawan mereka yang terkenal telah dikirim untuk menjayakan misi tersebut, iaitu Abdullah bin Rabi’ah dan Amru bin Ash. Mereka telah membawa hadiah-hadiah yang berharga sebagai rasuah dan menuduh orang-orang Islam telah membawa agama baru yang bercanggah dengan agama orang-orang Arab dan agama Nasrani.




Tapi Raja Najasyi tidak mudah menerima dakwaan itu tanpa usul mereka. Beliau telah memanggil orang-orang Islam itu untuk menjalankan penyiasatan. Orang-orang Muhajirin itu telah memilih seorang wakil mereka iaitu Jaafar bin Abi Thalib, sepupu Rasulullah SAW  untuk  menghadap Raja Najasyi.




Penjelasan yang diberikan oleh Jafar bin Abi Thalib itu mengenai Rasulullah SAW dan agama Islam dapat diterma oleh Raja Najasyi, maka dengan itu beliau menolak permohonan orang-orang Qursy itu, sebaliknya mengizinkan orang-orang Islam terus menetap di Ethiopia.




Walau bagaimanapun kemudiannya bila tercetus berita orang-orang Islam Mekah berhijrah ke Madinah dengan izin Baginda Rasulullah SAW, maka sebahagian daripada kaum Muhajirin di Ethiopia  itupun kembali ke semula ke tanah air mereka untuk turut berhirah ke Madinah., terkenal dengan nama Yathrib pada waktu itu. Usman dan Ruqayah itu ikut juga pulang ke Mekah.




Peristiwa ini berlaku pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian Muhammad SAW.




Namun begitu sebahagian daripada mereka terus tinggal di Ethiopia dan ada juga yang dilahir dan meninggal di Ethiopia yang terletak di sebelah Timur Benua Afrka yang luas itu.




Sebahagian besar muka buminya dikelilingi daratan, dan hanya sebahagian kecil  sahaja bersempadan dengan laut, iaitu Laut Merah. Terdapat lima buah negara bersempadan dengan Ethiopia, iaitu Sudan, Kenya, Somalia, Dijiouti dan negara Eriteria.



Seperti Malaysia, sebahagian besar daripada penduduk Ethiopia seramai 56,370,400 orang itu beragama Islam, diikuti oleh penganut agama Kristian, kepercayan tradsi dan lain-lain agama.



Raja Ethiopia yang terakhir, Maharja Haile Selassie telah digulingkan aripada takhta kira-kira 46 tahun yang lalu, dimana peristiwa ini berlaku pada tahun 1974 dan diganti oleh sebuah kerajaan baru..



Pondok Rahmat


Jsnin


14 Seotember 2020/


26 Muharam 1442

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP