KELATE DI HATI
>> Friday, September 4, 2020
KELATE DI HATI? HATI SIAPA?
KELATE DI HATI atau Kelantan Di
Hati adalah sebuah antologi yang baru diterbitkan oleh GEMA [Gabungan
Penulis-penulis Kelantan.
Antologi ini diterbitkan sempema
tahun melawat Kelantan 2020 dengan kerjasama antara GEMA dan Tourism Dan
Information Center.
Antologi ini dihasilkan oleh panyair-penyair Kelantan Darulnaim, khususnya para peserta Bengkel Penulisan Kreatif Dan Deskriptif anjuraN GEMA 2020 baru-baru ini.
Bani A. Zaini [kiri] dan Abdul Hadi Yusoff
Seramai 44 orang penyair, mempersembahkan
sumbangan dengan lakaran puisi mereka memenuhi dataran antologi ini. Jumlah
puisi semuanya ialah 81 buah, di mana setiap seorang penyair menghasilkan
antara satu dan tiga buah puisi ciptaan masing-masing.
Antologi Kelate Di Hati ini telah
dilancarkan oleh YB Dato’ Hj. Hassan bin Muhamod serentak dengan pelancaran antologi GELEGAR yang dianjurkan oleh GEMA baru-baru ini.
Puisi-puisi dalam antologi ini
merakam peristiwa, panoroma, seni dan budaya rakyat Kelantan Darulnaim sejak
turun temurun lagi hingga ke hari ini.
Sepatah kata, Yb. Mejar [B] Dato Haji Md. Anizam Ab.Rahman, Pengerusi Jawatnkuasa Perpaduan Masyarakat,Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Neger Kelantan dalam kata aluan antologi itu,”Tema dan intisari yang terkandungn di dalam antologi ini telah berjaya memaparkan pelbagai sudut dan bentuk persoalan seperti sosio-budaya, adat istiadat, kehidupan masyarakatnya, makanan, keindahan negerinya, sejarah, kegemilangan negeri Kelanntan, bentuk muka buminya serta pelbagai keindahan lagi.
Penyair Rozaini Abdullah
Kelate Di Hati ini dikemaskan dengan dwi bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan tujuannya untuk ditujukan kepada para pelacong dalam dan luar negara yang berminat untuk menjejakkan kakinya dnegeri yang kaya dengan seni dan budaya ini.
Terjemahan ke Bahasa Inggeris itu
adalah hasil dari titik keringat Tuan Siti Mmastazameatuan Binti Long Tuan
Kechik.
Alangkah baiknya andanya letak
kedudukan puisi dalam Bahasa Melayu itu diletak sebelah muka surat puisi
terjemahan Bahasa Inggerisnya, bukannya diletak sebelah muka surat lain yang
berasingan atau terpisah seperti
sekarang.
Kelate Di Hati diselenggarakan oleh Zainnal Abidin Muhamad dan Haji Ezani Haji Daud dan M. Arif sebagai editor bersama.
Di dalam antologi ini kita akan
bertemu dengan beberapa karya penulis Tionghoa yang telah mengukir namanya
dalam bidang sastra tanah air, seperti Chy E Liang, Sujata Wee dan Wee Soo
Lian.
Di samping itu ramai pula daripada
penyair-penyair kita khususnya penyair-penyair wanita yang bertaitel professional
dalam kehidupan mereka, seperti doktor. Antara mereka ialah Dr. Maisarah
Yaacob, Dr.Nik Rozainah Nik Abdul Ghani, Dr. Noor Huda Ismail, Dr. Rohana Ali,
Kami tidaklah bermmaksud untuk menguluas puisi-puisi
tersebut, tapi tulisan ini sekadar suatu catatan peristiwaa sejarah yang telah
berlangsung dalam lautan sastra tanah air khususnya di Negeri Kelantan
Darulnaim untuk perhatian generasi akan datang.
Penyari Wee Soo Lian
Kami akhiri catatan pendek ini
dengan satu cadangan kepada GEMA supaya di masa akan datang menganjurkan pula puisi
yang berunsur agama, seperti Antologi Allah
Di hati atau Muhammad Di Hati dan lain-lain jodol yang difikir sesuai.
Kami akhiri catatan singkat ini
dengan ucapan selamat sejahtera, selamat berkarya sepanjang hayat.Sekali berkarya tetap berkarya.
Pondok Rahmat
Jumaat:
4 September 2020/
16 Maharam 1442
0 comments:
Post a Comment