PERSAUDARAN DAN KASIH SAYANG
>> Monday, September 7, 2020
PERSAUDARAN DAN KASIH SAYANG
PERSAUDARAN dan KASIH SAYANG tiga patah perkataan yang cukup mudah di lisan
tapi tidak mudah terdapat di organ-organ badani yang lain, lahir dan batin,
[A]
Pada zaman sekarang, di mana kebendaan telah menjalar jauh ke lubuk hati
manusia, menyebabkan persaudaran dan kasih sayang telah kepudaran, tidak berharga
lagi.
Kerana itu hari ini persaudaran dan kasih sayang itupun lebih banyak
bertapak di atas nilai-nilai materialistik yang tidak berpijak kepada dasar ke
Islaman.
[B]
Kalau ada benda atau material, barulah persaudaran itu nampak tumbuh dan
kasih sayang pun bercambah menzahirkan diri.
Di belakang persaudaran dan kasih sayang itu, sebenarnya kebendaan juga
menjadi landasannya, tanpanya persaudaran sedarah dan kasih sayang sedaging
pun sukar bercambah mewangi, dan kalau ada sekalipun hanya hidup segan,, mati
tidak mahu.
[C]
Begitulah nasib persaudaran dan kasih sayang pada hari ini, di zaman
kebendaan yang telah menerjah ke dalam setiap bidang kehidupan manusia di
seantero dunia dan menimpakan banyak kemusnahan terutama dari segi
keruhaniannya.
[D]
Sedangkan persaudaran itu merupakan sebahagian daripada sendi-sendi penting
kepada agama, khususnya agam Islam. Di atas
tapak persaudaran itulah terbinanya keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Allah berfirman:
“Dan berpegag teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
[ugama Islam],dan janganlah kamu bercerai-berai ; dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu
dahulu [masa jahiliah] bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan di antara hati
kamu [sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam}, maka menjadilah kamu
dengan nikmat Allah itu orang-orang
Islam yang bersaudara”. Al-Imraan [3]:103.
Persaudaran inilah yang merupakan senjata yang ampuh untuk merobohkan
segala benting-benting keakuan, keegoaan, kebendaan, perbezaan pendapat,
tembok-tembok politik, harta-benda, darjah, keturunan dan pangkat, mementingkan
diri sendiri dan sebagainya, dan di atas keselerakannya dapatlah ditegakkan pelantaran
cinta dan kasih sayang.
Mengenai pentingnya dijaga hubungan persaudaran dan kasih
sayang itu Rasulullah SAW bersabda:
“Hai manusia, berilah salam, hubunganlah tali persaudaran, berilah jamuan
makan, solatlah pada malam hari ketika manusia sedang tidur niscaya kamu masuk
syurga dengan sejahtra”.
Dan Rasulullah SAW juga sebaliknya memberi amaran dengan sabdanya:
“Tidak masuk surga orang yang memutuskan silaturahim”.
Persaudaran dan kasih sayang yang suci dan murni ini akan panjang usianya,
berlanjutan dari dunia hingga ke akhirat.
Dan di atas tapak kasih dan sayang inilah pula persaudaran dapat tumbuh dengan segar utuh dan murni menghadapi segala
cabaran zaman. Kasih sayang dan persaudaran merupakan keunggulan yang saling
paut-memaut antara sama lain, tanpa bercerai-berai.
Malah kasih sayang yang terjalin antara satu sama lain ini merupakan
jambatan untuk meraih kasih sayang dari Allah Yang Maha Pengasih dan Maya
Penyayang. Kerana itu mereka yang lubuk hatinya tidak berbekalkan kasih sayang memiliki jiwa yang kontang dan tidak mempunyai keberkatan.
Kasih sayang seorang Mukmin tidak hanya terbatas dalam taman orang Mukmin
sahaja, ia melewati batas-batas sempadan warna-warni kulit, adat resam dan
lidah, fahaman, politik dan serba aneka lagi. Malah kasih sayang Mukmin itu
meliputi semua makhluk, termasuk makhluk yang tidak berakal fikiran seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan sekalipun.
Persaudaran dan kasih sayang Mukmin ini tersebar luas, seluas bumi dan
langit tanpa sempadan. Sirah Rasulullah SAW dan sejarah para sahabat dapat membuktikan perkara ini.
[H]
Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh Allah Taala akan berfirman pada hari kiamat,
“Mana orang-orang yang saling cinta mencintai dengan keagungan Ku? Pada hari
Aku melindungi mereka di dalam
perlindungan Ku pada hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Ku”.
Sekian, semoga memberi manfaat jua.
Pondok Rahmat
Isnin:
7 September 2020/
19 Mahram 1442
0 comments:
Post a Comment