UMMU KALTHUM PUTERI NABI SAW
>> Wednesday, September 23, 2020
UMMU KALTHUM PUTERI NABI SAW YANG PENYABAR
UMMU KALTHUM adalah salah seorang
dripada empat orang puteri Rasulullah SAW bersama dengan isteri pertamanya Ummul
Mukmini Khadijah binti Khuwailid. Ummu Kalthum adalah puteri ketiga dalam
keluarga Rasulullah SAW, di mana puteri petamanya Zainab, kedua Ruqayah, ketiga
Ummu Kalthum dan keempat dan yang bongsu ialah Fatimah al-Zahra.
Ummu Kalthum telah melangsungkan perkahwinan dengan anak Abu Lahab, bapak saudara Nabi SAW, musuh sengit Islam, iaitu Utaybah bin Abu Lahab, sementara kakaknya Ruqayah berkhawin dengan abang Utaybah iaitu Utbah bin Abu Lahab. Perkahwinan itu berlaku sebelum Islam.
Tapi Ummu Kalthum dan kakaknya Ruqayah telah bercerai sebelum daripada mereka sempat bersatu. Adalah menjadi adab kebiasaan masyarakat Arab waktu itu selepas berkahwin tidak terus hidup sebumbung, tapi pehak perempuan terus tinggal bersama dengan keluarga mereka selama beberapa tahun sehingga suami mereka datang menjemput dan membawa mereka pergi. Dalam masyarakat Kelantan dipanggil nikah gantung.
Perceraian itu berlaku kerana
paksaan Abu Lahab ke atas kedua-dua anaknya itu supaya menceraikan isteri
mereka masing-masing. Tujuan Abu Lahab adalah semata-mata untuk menyusahkan
Rasulullah SAW yang dimusuhinya kerana mengembangkan agama Islam.
Pada masa itu Baginda SAW telah
diperintah oleh Allah supaya berdakwah secara terbuka menyeru manusia kepada
agama yang mentauhidkan Allah. Justeru itu Abu Lahab, isterinya Ummu Jamil dan
musyirkin Quraisy memperhebatkan
tentangan dan tekanan terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya.
Allah mewahyikan kepada
Rasulullah SAW Surah Al-Masad mencela Abu Lahab dan isterinya yang akan menjadi penghuni neraka yang apinya
panas “marak menjulang”.
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab,dan binasalah ia
bersama”.Al-Masad [111]:1.
Selepas mencceraikan Ummu Kalthum, bekas suaminya itu, Utaybah bin Abu Lahab segera pergi menemui bekas mertuanya, Rasulullah SAW dan bersikap biadab kepada Baginda SAW..
Utaybah lalu berkata kepada
Rasulullah SAW.
“Saya menolak
agama tuan dan sudah menceraikan anak perempuan tuan. Tuan tidak suka kepada
saya,dan saya juga tidak suka kepada tuan”.
Selepas berkata demikian, Utaybah
dengan sombongnya mengoyak bajunya di hadapan Rasulullah SAW.
Melihat telatah tersebut, Nabi
SAW pun berdoa:
“Saya berdoa
kepada Allah supaya menghantar anjing-anjingnya kepada Utaybah”.
Seperti biasa Utaybah keluar
berniaga ke Syam bersama-sama dengan para pedadang Quraisy yang lain. Utaybah
telah dimakan singa ketika mereka bermalam di suatu tempat bernama al-Zarqa’
yang memang terkenal dengan binatang-binatang buasnya.
Selepas berpisah dengan Utbah
kakaknya Ruqayyah berkahwin dengan Usman bin Affan,dan kemudian berhijrah dengan
suaminya itu ke Habsyah [sekarang Ethiopia].
Sejak pemergian kakaknya Ruqayah itu, Ummu Kalthum bersama-sama dengan adiknya, Fatimah al-Zahra mengambil peranan membantu menjalankan urusan keluarga mereka, lebih-lebih lagi ketika ibunya Ummul Mukmini Khadijah sakit dan meninggal dunia pada 10 Ramadhan 3 Hijriah [Disember 619 Masehi]. Di samping itu, Fatimah pun pada waktu itu masih lagi kecil.
Walaupun Ummu Kalthum tidak ikut
berhijrah ke Habsyah, tapi penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh beliau,
keluarga dan bersama-sama umat Islam Madinah yang lain tidaklah kurang
haibatnya. Pada suatu masa orang-orang musyirkin Qurisy telah bersepakat
membuat perjanjian memboikot umat Islam di Madinah dan juga kepada Bani Hshim dan Bani Abdul Muthalib, kecuali
si penderhaka Abu Lahab. Mereka telah disingkirkan ke perkampungan Lembah Abu
Thalib yang terletak di pinggir Kota Mekah.
Selama tiga tahun lamanya mereka
tinggal dan hidup menderita di situ dengan kelaparan. Tidak ada makanan. Tidak
ada sesiapa pun dibenar menghubungi mereka, apalagi menjual dan membeli apa-apa
barangan dari mereka. Keadaan ini menimpakan kesan buruk terhadap kaum wanita
dan kanak-kanak. Namun begitu iman mereka tetap utuh dan tidak berganjak oleh
ancaman-ancacman tersebut. Walau bagaimanapun dengan izin Allah pemboikotaan
itu telah dibatal oleh sebahagian kaum Quraisy sendiri.
Selepas kakaknya Ruqayah
meninggal dunia pada hari Perang Badar pada 17 Ramadhan 2 Hijriah di mana umat
Islam telah mencapai kemenangan, Ummu Kalthum telah dikahwinkan oleh
ayahandananya Rasulullah SAW dengan Usman bin Affan, bekas suami kakaknya
yang meninggal itu. Perkahwinan itu berlangsung pada bulan Rabiul Awal 3 Hijriah.
Beberapa tahun selepas
perkahwinan itu, Ummu Kalthum kembali ke rahmatulullah pada bulan Sha’ban 9
Hijriah. Jenazahnya dikebumikan di sisi makam kakaknya Ruqayah di Perkuburan
Baqi dekat dengan Masjid Nabi SAW.
Di saat kematiannya itu,
ayahandanya Rasulullah SAW dan suaminya Usman bin Affan tidak ada di samping,
kerana mereka bersama-sama dengan umat Islam sedang menghadapi Perang Tabuk. Inilah perang terakhir yang
disertai oleh Rasulullah SAW.
Demikianlah catatan ringkas
mengenai Ummu Kalthum salah seorang puteri Rasulullah SAW untuk renungan
bersama. Semoga memberi manfaat jua.
Pondok Rahmat
Rabu:
23 September
2020/
5 Safar 1442.
0 comments:
Post a Comment