GEMA BINA GELEGAR

>> Friday, August 21, 2020

 


GEMA MEMBINA GELEGAR TAHUN 2020


 

 

                     Bani A. Zaini




GABUNGAN  Penulis Muda Negeri Kelantan yang lebih dikenali sebagai GEMA baru sahaja  berhasil menerbitkan GELEGAR pada tahun 2020 ini.

 



Gelegar ialah sebuah antologi puisi dan cerpen yang ditelurkan oleh  Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Gema pada tahun 2020.

 




Rozaini Abdullah




Bengkel penulisan ini diadakan untuk melahirkan kumpulan generasi baru yang akan menyambung tradisi penulisan supaya tetap hidup berpanjangan dan tidak terus padam seperti lampu kehabisan minyak di bumi bertuah, Cik Siti Wan Kembang ini.

 




Bengkel penulisan Kreatif ini dianjurkan oleh GEMA dengan kerjasama Dewan BahasaDan Pustaka WilayahTimur [DBPWT].

 

      
       Wan Mohamd Arif Bin Wan Mamat


Bengekel  ini dilangsungkan setiap hujung minggu selama lapan minggu di DBPWT,

 




Seramai 55 orang peserta, sastrawan dan sastrawanis mengikut bengkel itu.

 




Daripada foto-foto yang menghiasi biodata  para penulis, menunjukkan kebanyakan mereka adalah kaum hawa. Dan menariknya di kalangan mereka terdapat kalangan yang telah berusia masih mempunyai semangat  yang gigih untuk berkarya, dan di samping itu ada pula beberapa orang penulis dari kaum Tionghua.

 


                Siti Safura Rahim

Para peserta bengkel diasuh oleh sekumpulan tokoh-tokoh penuls tempatan yang tidak asing lagi terdiri dari  Hj. Ezani Hj.Daud, M.Arif, Mohd Zizi Setapa, Hj. Amirudin Mamat, Dr. Muhammad Fadzil Yusoff, Abdullah Yusof, Hasna Nazri dan Abdul Hadi Yusof.

 


               AudeaFreya

Para peserta didedahkan kepada bidang-bidang penulisan kreatif, puisi, cerpen dan juga penulisan rencana.

 



Di hujung bengkel para peserta didapati telah berjaya menghaslkan 162 buah karya yang terdiri dari 127 buah puisi dan 35 buah cerpen.

 



Semua karya-karya ini telah dikumpulkan dalam sebuah antologi yang berjodol GELEGAR,  iaitu jodol sebuah cerpen yang berjaya memenangi tempat kedua, karya Rozini Abdullah.

 



Antologi GELEGAR  telah dirasmikan pelancrannya  oleh YB Dato’ Hj. Hassan bin Mohamood pada 15 Ogos, 2020 bertempat di Dewan UMA USM, Kota Bharu Kelantan serta disertai oleh penyampaian hadiah-hadiah kepada para peserta yang berjaya meraih kemenangan.

 



Turut dilancarkan juga pada hari itu tiga buah lagi buku, iaitu antologi puisi untuk tujuan pelancongan,berjodol "Kelate Di Hati" dan dua buku ilmiah yang berjodol Sakit Gigi dan Rawatan Salur Akar. Kedua-dua karya ini masing-masing merupakan buah tangan Ahli Gema, Prof. Madya Dr. Norhayati Ludin dan Dr. Nik Rozainah Abdul Ghani.

 



Semua karya-karya yang disumbangkan itu telah dinilai oleh sebuah Panel Penilai untuk mencari karya yang terbaik untuk diberi ganjaran sebagai galakan kepada mereka untuk terus berkarya.

 



Selepas membuat penilaian, Dr. Muhammad Fadzil Yusoff, selaku Pengerusi Panel Hakim dalam bicaranya tentang puisi berkata “Dalam bdang puisi peserta banyak berhadapan dengan konflik diri yang dijelmakan dalam bahasa yang mudah difahami namun ada sebahagian peserta memenafaatkannya  dengan memasukkan gaya bahasa figurtif  yang mampu menjana pemikiran pembaca untuk melihat dan mentafsir kembali. Tema-tema mengenai Convid 19, budaya, pendidikan, kasih sayang dan kerohanian dijadikan asas dalam garapan dalam penulisan puisi pada kali ini”.

 



Sementara dalam  genere cerpen beliau menegaskan, “Peserta menunjukkan kematangan dalam olahan plot dan teknik yang cukup baik. Peserta menggarapkan budaya sesuatu kaum, konflik dalaman, isu-isu semasa di samping tidak ketinggalan memberi nafas segar yang cukup kreatif”.

 



Kesimpulannya Panel Hakim yang terdiri dari Dr.Muhammad Fadzil Yusoff sebagai pengerusi,  dan dua orang ahli terdiri dari Tuan Haji Ezani Haji Daud dan Encik Mohd Zizee Setapa telah memilih beberapa buah karya puisi dan cerpen untuk menerima hadiah peserta  terbaik dan juga hadiah penghargaan.

 



Di bidang puisi tiga karya telah terpilih untuk menerima hadiah yang telah ditawarkan, iaitu, pertama karya yang berjodol INAYAT, karya Bani A, Zaini, kedua PEPOHON MURBA YANG DILILIIT MENGKUANG  karya Wan Mohamad Arif dan SAAT TIBA MUSIM BUNGA karya Ruzilawati Man.

 



Di samping iitu sebelas karya lagi telah terpilih sebagai sagu hati yang dikatagorikan sebagai Hadiah Penghargaan.

 



Kita petik di sini puisi Bani A, Zaini berjodol Inayat:

 



INAYAT


Ketika langit diam


Mentari menyapa aku,

 


“Jangan jadi sepertiku


Panas menjauhkan semua


Jika mahu bersinar


Jadi seperti purnama


Cahayanya dingin


Tenteramkan malam”.

 


Aku termangu menumpang


Teduh awan.

 


Ujar mentari lagi


“Zahirkan gelap, nescaya malam bertemu buruj terang


Petunjuk besar memahami alam


Tidak pernah canggung


Menyuluh akmal hidup


Walau komet  mempesonakan”.

 


Aku mendengar keluh bulan


“Mampukah kuhidup tanpa matahri”.

 



Sementara dalam kategori cerpen pula Panel Penilai  telah memilih tiga buh ceperti sebagai pemenang.





Cerpen-cerpen itu masing-masing berjdodol, pertama KHAYALAN TERAKHIR karya Audeafreya, GELEGAR karya Rozaini Abdullah, dan TRAUMATIS karya Safura Azzahraa.

 



Di samping itu sembilan buah cerpen lagi telah terpilih untuk mendapat hadiah penghargaan.

 



Usaha-usaha gigih yang berterusan yang dilaksanakan oleh GEMA amat terpuji dengan harapan dapat melahirkan lebih banyak para penulis dan bakal-bakal penulis yang akan menyambung perjuangan seni sastera di negeri Cik Siti Wan Kembang ini khasnya dan negara Malaysia amnya.

 



Dan kepada para peserta bengkel pula diharap akan terus aktif berkarya sepanjang masa untuk menghiasi dunia sastra tanah air yang begitu luasnya untuk diterokai. Semoga karya-karya itu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara dan bukan hanya sekadar penghias aneka dada meddia.

 



Kita berharap juga semoga mereka muncul sebagai sastrawan yang dapat menambat hati masyarakat dengan melahirkan karya-karya yang bernas, mendalam dan populer seperti pantun dan seloka dalam masyarakat lama kita di mana pantun-pantun itu sering digunakan untuk menguatkan hujah-hujah para penulis dan pemidato  dalam ucapan dan karya-karya mereka.




Sekian.





Pondok Rahmat





21 Ogos 2020/






2 Maharam 1442

 

 

 

 

 

 



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP