BERHATI-HATILAH
>> Friday, August 28, 2020
BERHATI-HATILAH
WAHAI PARA HAMBA
BERHATI-HATILAH MELANGKAH DI
TAMAN INI
PENUH DENGAN BUNGA-BUNGI
YANG INDAH-INDAH
SEMERBAK MEWANGI.
TERBENTANG DUA PERSIMPANGAN
JALAN
KE KAWAH GUNUNG MERAPI
ATAU
KE ISTANA MAHLIGAI
JIKA ENGKAU MENCINTAI TAMAN
TAMAN MENCINTAI ENGKAU
MEMBAWA HAMBA KE NERAKA.
JIKA ENGKAU MENCINTAI EMPUNYA
TAMAN
EMPUNYA TAMAN MENCINTAI ENGKAU
MEMIMPIN HAMBANYA KE SYURGA.
JANGAN TERSESAT ARAH
MELANGKAH
DI TAMAN SARI YANG INDAH
PERMAI
JANGAN RAMBANG MATA
NANTI TERPESONA
JANGAN TERSALAH MENAPAK
NANTI TERJERLUS
KE LUBUK PUAKA
HATI ANDA RAJA
KE MANA ARAH DITUJU
KAWAH MERAPII
ISTANA MAHLIGAI.?
HATI-HATI MELANGKAH
TIDAK TERSALAH LANGKAH!
HATI-HATI MEMILIH
TIDAK TERSALAH PILIH!
‘JIKA ANDA MENCINTA DUNIA
DUNIA BERMAHAJA DALAM HATI
ANDA
ALLAH TIDAN MENCINTAI ANDA,
JIKA ANDA MENCINTA ALLH
DUNIA TIDAK ADA DALAM HATI
ANDA
ALLAH MENCINTAI ANDA”.
PONDOK RAHAT.
JUMAAT
28 OGOA 2020/
9 MUHARAM 1442
0 comments:
Post a Comment