DONGENG BURUNG UNTA

>> Tuesday, August 25, 2020

 



 

DI SEBALIK DONGENG BURUNG UNTA

 

 



“Pada suatu masa di zaan entah berentaah dahulu semua burung tidak boleh terbang. Mereka hanya hidup di permukaan bumi sahaja.

 

 

 



Pada suatu harii seorang raja yang sakti yang bersimpati melihat burung-burung itu telah datang menemui mereka dan menyatakan kesediaannya untuk memberikan kepada mereka sayap untuk membolehkan mereka terbang ke angkasa raya. Dengan itu kehidupan mereka akan lebih selesa, terjamin dan selamat.

 

 

 



Maka semua burung-burung itu amatlah bergembira mendengar tawaran tersebut, lalu mereka pun seekor demi seekor datang menghadap raja itu untuk mendapatkan sayap masing-masing seperri dijanjikan. Semua burung-burung yang mendapat sayap itu boleh terbang melayang di angkasa.

 

 

 



Ada seekor  daripada burung-burung  itu pergi menghadap raja, tapi memberitahu ia enggan menerima sayap yang dtawarkan itu.

 

 

 



Katanya, ia tidak sukakan sayap-sayap itu,kerana ia  akan terpakasa membawa sayap yang berat itu ke mana sahaja dia pergi.

 

 

 



Katanya sayap itu akan membebankannya. Maka katanya ia lebih suka berkeadaan seperti hari ini, hidup tanpa sayap.

 

 

 



Demikianlah sampai hari ini burung tersebut tidak boleh terbang kerana memiliki sayap yang kecil dan tidak kuat, sedangkan semua burung-burung lain boleh terbang ke angkasa, bebas ke mana sahaja mereka hendak pergi.

 

 

 



Itulah burung unta atau ostrich.

 

 

 



Katakanlahb seorang sahabat saya dari Cape Town, Afrika Selatan mengirimkan dongeng  tersebut keapda saya, dan mengatakan di sebalik dongng itu terselit satu pengajaran yang berguna hingga ke hari ini.

 

 

 



Justeru itu dongeng tersebut  membuat saya berrfikir sejenak mencari rahsia Allah yang tersembunyi di sebaliknya sebagaimana dikatakan oleh sahabat saya itu.

 



Burung unta mungkin satu-satunya haiwan ciptaan Allah yang dinamakan burung tapi tidak boleh terbang. Badannya besar dan seberat kira-kira 120 kilo, tapi mempunyai sayap  tidak  mampu mengangkat tubuhnya yang berat itu naik untuk terbang ke angkasa.

 

 

 



Malah burung unta merupakan burung yang paling besar di dunia. Jika anda berkesempatan bersafari di Bemua Afrika  yang luas buminya itu akan dapati  burung unta banyak terdapat di Afrika Selatan dan  Afrika Timur.

 

 

 



Sebabnya  burung unta  tidak boleh terbang  mengikut dongeng tersebut kerana ia enggan diberikan sayap kerana tidak ingin memikul sayapnya nanti bersama-samanya ke mana ia pergi  buat selama-lamanya.

 

 

 



Sikap burung unta itu memberi alamat kepada orang yang tidak ingin berusaha lebih atau menambahkan usahanya untuk lebih maju dan berjaya. Kerana kepadanya usaha itu akan membuat dia terpakasa berusaha tambahan dan  lebih keras lagi daripada biasa.

 

 

 



Dan mungkin juga dia seorang yang berpegang kepada falsafah negatif yang percaya kalau secupak tidak akan jadi segantang.

 

 

 



Anda mungkin melihat sebuah kedai makan di suatu tempat sangat dhaif, tidak ada pelanggan, sedangkan makanannya sedap. Pada suatu hari anda melihat kedai itu ditutup, tapi tidak berapa lama kemudian anda melihat kedai tesebut dibuka di tempatnya yang baru Ke.adaannya telah berubah maju, ramai pelanngan mengunjunginya.

 

 

 



Mungkin di tempat lama itu tidak ramai orang berkunjung ke situ, dan penduduk sekitar pula tidaklah terdiri dari orang-orang cukup kemampuan untuk makan di kedai makan. Tapi di tempat baru ini keadaannya berlainan. Kalau dia tidak sanggup untuk berubah, tidak sanggup menambah usahanya, maka nasibnya mungkin akan menjadi seperti burung  unta atau lebih buruk lagi.

 

 



Sebuah contoh lagi, katakanlah dia seorang pelajar. Katakanlah keputisan peperiksaan yang diperolehinya tidak memuaskan hati, dan masih lagi ada peluang untuk memperbaiki keputusan peperiksaannya itu, tapi dia neggan mengambil kesempatan tersebut, kerana dia tidak mahu menambahkan lagi usahanya yang dianggap merupakan suatu beban berat semata. Sedangkan dia enggan memikulnya.

 

 

 



Katanya cukuplah apa yang diperolehinya setakat itu.

 

 

 



Akhirnya nasib manusia begini akan menjadi seperti ostrich atau burung unta itu tidak boleh terbang meredah angkasa untuk mencari rezeki yang lebih baik dalam aneka bidang kehidupan sebagaimana burung-burung yang boleh terbang diangkasa raya itu.

 

 

 



Demikian sekadar menungan kita bersama! Semoga tidaklah kita menjadi senasib dengan burung untakerana kita tidak mahu menambahkan usaha yang sewajarnya dilakukan.

 

 

 



Sekian.

 

 

 



Pondok Rahmat

 

 

 



25 Ogos 2020/

 

 



6 Muharam 1442


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP