YAZID AL-BUSTHAMI SUFI

>> Thursday, August 6, 2020

YAZID AL-BISTHAMI SUFI YANG SUKA BERJALAN MALAM

 

 



SALAH seorang ahli sufi terkenal dalam abad ke tiga, ialah Abu Yazid Al-Bisthami, seorang sufi yang suka berjalan sendirian di malam hari.

 



Abu Yazid Al-Bisthami juga dikenali dengan panggilan Bayazid Bithami.Nama lengkapnya Abu Yazid Ibnu Is, Ibnu Surusyam  Al-Bathami.

 



Yazid itu adalah puteranya, dan Abu Yazid bererti ayah Yazid.

 



Beliau mempunyai empat orang adik beradik, tiga orang lagi ialah Adam, Thaifur dan Ali. Keempat mereka adalah ahli sufi, tapi Abu Yazid mempunyai kedudukan yang tertinggi

 



Bisthami adalah sebuah bandar di mana beliau dilahirkan yang terletak di Timur Laut Farsi, sekarang Iran.

 



Beliau dilahirkan pada tahun 804 M, iaitu bersamaan dengan 188 Hijrah,

 



Fakta-fakta mengenai diri beliau amat sedikit sekali, dan kebanyakannya diperolehi daripada mereka yang berhubung dengan beliau dan mencatat segala ucapan-ucapan beliau.




Antara mereka ialah Thaifu, keluarga beliau sendiri, dan ahli-ahli sufi seperti Au Musa al-Dabii dan Abu Ishak al-Haraowi.

 



Beliau dikenali dengan ajaran ilmu Al-Fana, Al-Baqa dan Al-Ittihad, iaitu ilmu keruhanian yang berkaitan dengan ilmu Wahdatulwujud.

 



Sejauh yang diketahui tidak ada karya-karya beliau yang ditinggalkan seperti tokoh-tokoh agama yang lain yang boleh dinikmati oleh orang-orang terkemudian.

 


Kebanyakan ucapan-ucapan yang dilafzaknnya pula tidak difahami oleh orang awam, justeru mereka  menuduh beliau gila. Ucapan-ucapan itu diutarakan beliau ketika berada dalam keadaan “mabuk” atau tidak sedarkan diri.

 


Ada sebuah kisah yang menarik berhubung dengan kegemaran beliau berjalan malam itu. Dikisahkan pada suatu malam beliau telah bertemu dengan seekor anjing dalam perjalanan ke arah yang bertentangan dengannya. Beliau dikatakan telah berdialog dengan anjing itu.



Dalam dialog itu antara lain dikisahkan bahawa Abu  Yazid meminta anjing itu menjadi sahabatnya dan juga sudi berjalan bersama-sama dengannya.



Tapi diceritakan anjing itu dikatakan menolak permintaan Abu Yazid itu dengan alasan seorang Syeikh tidak wajar untuk berjalan dengan seekor anjing yang hina.



Abu Yazid dikatakan amat kecewa mendengar jawapan anjing itu, lalu memberitahu Allah kekecewaannya itu. Katanya untuk berjalan dengan seekor anjing yang Allah jadikan pun dia tidak layak, bagaimana dia hendak merasa layak untuk berjalan bersama dengan Allah.



Seterusnya Abu Yazid dikatakan berdoa, "Wahai Allah, ampunilah aku dan sucuilah hatiku dari segala kekotorannya".



Beliau meninggal dunia dalam usia 71 tahun, pada tahun 875 M bersamaan dengan 261 Hijrah. Tapi ada satu pendapat lagi mengatakan beliau meninggal dunia dalam usia 74 tahun, iaitu pada tahun 878 M bersamaan dengan 264 Hijrah.

 


Jenazah beliau dimakamkan di pusat Kota Bisthami, iaitu kota yang menjadi tumpuan kunjungan  orang dari seluruh dunia,sejak dahulu hingga sekarang. Di atas makamnya ada kubah yang dibina atas perintah Raja Mohammad Khodabanda.

 



Pondok Rahmat


6 Ogos 2020/


16 Zulhijjah 1441.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP