RAHSIA MENJEMUR KAIN

>> Wednesday, August 12, 2020

 RAHSIA MENJEMUR KAIN

 





PAKAIAN yang kita pakai setiap masa atau setiap hari perlu dicuci atau dibasuh dengan air. Tujuannya supaya kita dapat memakainya dengan selesa  dan menjauhkan kita daripada terkena penyakit berpunca dari pakaian kita yang kotor.




Pada masa dulu, masyarakat kita, mungkin juga masyarkat dunia membasuh menggunakan air sungai, atau air telaga, air lombong dan tasik untuk mencuci pakaian mereka.




Kaum wanita biasanya menggunakan tenaga tulang empat kerat untuk mencucui pakaian,  iaitu dengan memberusnya menggunakan berus yang diperbuat khas daripada sabut kelapa dan sebagainya,dengan air dan bahan pecuci seperti sabun.




Kemudiannya bila dunia bertambah maju air pele telah di sediakan ke rumah-rumah atau ke tempat kediaman, maka dengan itu tenaga wanita menjadi ringan, kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke telaga, ke sungai atau ke tasik untuk membasuh pakaian.  Boleh basuh  di rumah sahaja. Lebih relek.




Selepas itu dicipta pula mesyin membasuh pakaian menyebabkan kerja suri rumah bertambah lebih ringan, Tidak perlu lagi menggunakan tenaga yang banyak  untuk menyental pakaian yang dibasuh, tapi dengan mesyin ini sekadar masukkan pakaian ke dalam mesyin, masukkan sabun atau bahan pencuci dan buka pele air, dan mesyen dipasang maka membasuhlah ia dengan sendiri sampai selesai.




Kemudiannya pakaian-pakaian yang selesai dibasuh itu perlu pula dijemur di tengah  panas mata hari supaya ia kering dan boleh dipakai atau disetereka terlebih dahulu jika perlu.Tapi akhirnya dicipta mesyin yang mempunyai  alat pengering yang tidak memerlukan pakaian basuhan itu dijemur seperti biasa lagi.




Namun begitu bukan semua orang mampu membeli mesyin pembasuh yang ada pengeringnya, demikian juga di kawasan-kawasan yang tidak ada bekalan elektirk mesyin pembasuh tidak dapat diguna pakai.




Justeru itu kita lihat masih ramai mereka  yang menjemur pakaian mereka selepas dibasuh. Dijemur ertinya di bawah sinar matahari atau di tempat yang terbuka yang terkena hawa panas mata hari untuk menggeringkan pakaian yang basah selepas dibasuh itu.




Petua



Seperti biasalah, orang-orang  tua kita, mempunyai beberapa petua yang berguna ketika menjemur pakaian di bawah panas mata hari, supaya pakaian berada dalam keadaan selamat, lahir dan batinnya.




Biasalah bagi kita orang-orang Islam memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim”, dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,




Hendaklah dipastikan bahawa pakaian yang hendak dijemur itu diterbalikkan terlebih dahulu, iaitu sebelah dalam keluar dan sebelah luar ke dalam.




Tujuannya ialah spaya warna pakaian itu tidak cepat luntur, mati warna jika selalu dijemur di tengah panas mata hari.




Jika tidak pakaian itu hendaklah dijemuar ditempat yang bernaung atau berbayang supaya tidak ditimpa cahaya matahari secara dairek atau langsung.

 




Tempat menjemur hendaklah selamat daripada pencuri dan orang-orang nakal atau berniat jahat. Jauhi tempat orang lalu-lalang.

 


Ada sesetengah budak-budak lelaki yang gila seks suka mencuri pakaian wanita, khususnya pakaian dalam, seperti coli atau seluar dalam, untuk berkhayal ketika gian atau mabuk seks.




Di samping itu lebih buruk lagi andainya pakaian-pakaian dalam, seperti baju dalam atau coli dan seluar dalam itu dibawa kepada bomoh-bomoh untuk disihir supaya tuan punya pakaian tergila-gilakan dia.




Dibimbangi jua  lelaki yang gila seks itu juga akan menyapukn bahan-bahan berupa ubat guna-guna, seperti minyak mati dibunuh [minyak dagu] dan seumpamanya atau benda-benda berupa racun yang boleh menyebabkan pemakainya sakit, seperti gatal-gatal pada alat sulitnya. Tujuan mereka  ialah semata-mata melepaskan geram atau sakit hati kerana mereka  tidak dilayan.

 



Bila pakaian itu sudah kering pula segeralah mengangkatnya dari sidaian, jangan dibiarkan terus menjadi garing  berada di tengah panas, atau dibiarkan sampai ke senja hari, sehingga udara berubah dari panas manjdi sejuk, dan menyebabkan kain itu lembab atau tidak benar-benar kering.

 



Ketika  menganggkat pakaian dari  sidaian janganlah pakaian itu digumpal-gumpal menyebabkan dia berkedut-arut dan menyusahkan untuk menggosok atau mensterikanya. Justeru itu menggunakan penyangkut baju lebih baik ketika menjemur pakaian daripada menyidai terus ke tali sidaian.




Dulu saya ada jiran berbangsa Cina, dan dia memberitahu kami namanya Mek Yam [Maryam]. Mek Yam jika dia membasuh pakaian bayinya dia tidak memeras untuk membuangkan air basuhan, tapi terus dijemurkannya  dalam keadaan basuh jeruk sampai kering.




Ketika ditanya kenapa dia berbuat demikian, katanya untuk tidak menyebakan bayinya sakit urat atau sakit badan jika dia memerasnya seperti pakaian orang dewasa. Saya tidak pasti kepercayaan ini benar atau tidaknya.




Walau bagaimanapun kita hendaklah ada rasa malu sedikit ketika hendak menjemur pakaian, baik pakaian dalam lelaki atau perempuan di tempat-tempat terbuka lahar yang boleh membangkitkan rasa atau persaan sensitip kepada pandangaan  sesetengah orang. Terutama kaum lelaki




Bercermat dan berhati-hati itu amatlah baik dalam semua perkara terutama sewaktu meninggalkan rumah atau pergi bekerja di mana orang-orang yang berniat jahat bebas bertindak.




Sekian sekadar ingatan untuk semua.

 



Pondok Rahmat.


12 Ogos 2020/


22 Zulhijjah 1441

 

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP