MUNAFIQ
>> Tuesday, August 4, 2020
MUNAFIQ TETAP JUGA HIPOKRIT
MEMBUKA helaian sejarah kota Madinah zaman lampau, selepas
Hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam yang bersejarah ke kota itu.
Dari kota itulah sejarah Islam mulai berkembang dari
utara ke selatan, dari timur ke barat, malah ke antero dunia.
Pda masa itu di Madinah terdapat masyarakat Islam dan
bukan Islam, khususnya orang-orang Yahudi.
Di kalangan orang-orang Islam pula terdapat lebih dari
satu kumpulan, pertama kumpulan umat Islam yang sejati, yang benar-benar
berimankan Allah SWT dan
Rasulnya.,dan mereka sanggup berjuang
bersama-sama dengan Rasulullah SAW, dengan jiwa dan raganya demi agama Islam
yang diredhai Allah.
Kedua ialah kumpulan yang hipokrit atau munafiq yang
terdapat dalam kumpulan masyarakat Islam Madinah. Golongan ini berikrar
dia Islam tapi tidak pernah beriman.
Mulutnya cakap lain, sementara hatinya lain bicaranya. Perbuatannya lain,
hatinya lain. Lidah bercabang, pepat di luar,rencung di dalam. Membahayakan.
Pada 3 Syawal tahun 3 Hijrah telah meletus peperangan antara orang-orang Islam Madinah dengan orang-orang musyirkin Mekah. Peperangan ini berlaku kerana orang-orang musyrikin Mekah ingin menyerang Madinah, kerana orang-orang musyirikin Mekah ingin menyerang Madinah untuk menuntut bela atas ketewasannnya dalam Perag Badar yang berlangssung sebelum itu.
Perang ini dikenali dengan nama Perang Uhud, kerana berlaku
di Bukit Uhud tidak berapa jauh dari kota Madinah. Orang-orang Islam Madinah
telah membuat keputusan untuk berperang di luar kota Madinah, sebagai strategi
perang yang dipersetujui oleh Rasulullah SAW.
Seramai 1,000 orang Islam telah bergerak keluar dari kota
Madinah untuk menentang tentera musyirikin dalam kemaraannya menuju kota
Madinah. Tapi dalam 1,000 orang itu terdapat seramai 300 golongan munafiq yang
dipimpin oleh ketua mereka Abdullah bin Ubbay bin Salul. Bila sempai kira-kira
separuh perjalanan ke Bukit Uhud golongan munafiq ini tidak mahu meneruskan
perjalanan mereka dan terus berpatah balik ke Madinah. Dengan itu tentera-tentera Islam
hanya tinggal 700 orang sahaja untuk menentang seramai 3,000 orang tentera
musyirikin.
Angkatan tentera Islam itu bertolak keluar Madinah
selepas tengah malam pada malam Jumaat hari Sabtu. Di kalangan orang Islam itu ada yang tidak ikut berperang, salah seorang daripada mereka ialah seorang lelaki bernama Quzman. Dia bersenang-senang tinggal di rumah
bersama-sama dengan kaum wanita yang tidak keluar berperang.
Pagi keesokannya Quzman bila keluar dari rumah telah
bertemu dengan kaum wanita Bani Zafar. Mereka telah mencela Quzman kerana tidak
keluar berperang. Wanita-wanita itu telah mencerca Quzman sebagai seorang
lelaki yang dayus.
“Adakah kamu ini manusia yang tidak bermaruah atau kamu
bukan lelaki tapi seorang wanita yang
berihat di rumah.Sedangkan orang lelaki keluar berperang”. Kutuk wanita-wanita
itu kepada Quzman.
Quzman tidak senang dan radang mendengar tuduhan-tuduhan
seperti itu. Hatinya tidak tertahan dihina begitu rupa. Justeru itu dia pun
terus pulang ke rumahnya, lalu memakai baju besi, mengambil panah dan pedang
lalu meninggalkan rumah dan terus mara keluar kota Madinah menuju ke medan
perang.
Bila Quzman sampai di medan perang, dia dapati Rasulullah
SAW sedang mengatur pasukan-pasukan Islam untuk bertempur. Tanpa ragu-ragu lagi
Quzman menyertai barisan hadapan pasukan Islam itu dan merupakan orang yang
pertama menyerbu ke medan perang dan bertempur dengan musuh.
Dia berperang dengan gigihnya tanpa gentar, berani dan
tdak takut mati. Anak-anak panah yang dilancarkannya itu tepat mengenai sasarannya,dan
berjaya membunuh mereka.Dalam masa yang singkat sahaja dia berjaya membunuh
sekumpulan musuh-musuh dengan pedang dan panahnya.
Dia tidak pernah berganjak atau mundur, sehingga dia
guggur dibunuh oleh musuh-musuhnya, musyirikin Mekah.
Ketika Quzman berada di hujung hayatnya, Abu Al-Ghayaq
yang kebetulan berada berhampirannya, memuji-muji keberaniannya berperang sehingga berajaya mati sebagai
seorang syuhada.
Tapi jawapan Quzman amat mengejutkan. Katanya, “Wahai Abu
Amir! Aku sebenarnya tidak berjuang kerana agama, tapi hanya berjuang untuk
menghalang orang-orang Qurasiy daripada merosakkan tanah air kita, rumah-rumah
kita dan segala harta benda kita.
Seterusnya beliau menegaskan, “Demi Allah, aku hanya
berjuang untuk melindungi kaumku dan juga tanah airku, kalau tidak kerana itu
aku tidak akan berperang”.
Manusia Quzman ini dikenali sebagai hipokrit atau munatiq kerana dia sendiri dengan terus terang berani membuat pengakuannya. Kalau tidak mungkin tidak ada siapa yang menyedari bahawa dia seorang munafiq, kerana dia berjuang hingga ke saat akhirnya bersama-sama Rasulullah SAW.
Seseorang itu dikatakan munafiq bila dia beiqrar di mulut
bahawa dia seorang Islam, tapi sebenarnya tidak beriman. Dia mengatakan dia
mengaku Allah itu Tuhannnya tapi dalam hatinya dia menafikannya dan Allah bukan
tuhannya.
Orang-orang seperti ini boleh solat seperti orang Islam yang
biasa tapi solatnya semata-mata takut dikatakan orang dia tidak Islam. Dia
membaca al Quran tapi dia sama sekali tida percaya akan kebenaran al Quran yang
dibacakannya itu, dia boleh pergi ke masjid atau ke majlis zikir tapi bukan
dengan ikhlas, hanya sekadar riak atau sekadar untuk menujuk-nunjuk kepada
orang ramai bahawa dia seorang yang beriman. Itulah sedikit ciri-ciri orang
munafiq.
Dalam kehidupan seharian, manusia hipokrit itu dapat
dikenali daripada beberapa tanda atau alamat sebagaimana yang terdapat dalam
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tanda orang munafiq itu tiga, apabila bercakap dia berdusta,
apabila berjanji dia menyalahi janjinya dan apabila diberi amanah
dia khianati”.
Justeru dalam kaca mata Islam munafiq adalah salah satu
sikap yang tercela dan merbahaya yang boleh menghancurkan seseorang lahir dan
batinnya, di samping boleh merosakkan masyarakat, bangsa dan negara, malah boleh
melemparkannya ke dalam lubuk neraka.
Pondok Rahmat
4 Ogos 2020/
14 Zulhijjah 1441
0 comments:
Post a Comment