HASAN AL-BASRI YANG ZUHUD

>> Tuesday, August 18, 2020

 


HASAN AL-BASRI YANG ZUHUD

 

 

 



HASAN AL-BASRI  putera kelahiran Madinah. Dilahirkan pada pada 21 Hijriah bersamaan dengan 642  Masihi. Masa itu negara Islam di bawah pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khatab, iaitu 2 tahun sebelum  Khalifah wafat.

 

 




Nama penuh Hasan al-Basri ialah Abu Said al-Hasan Ibn Abi Hasan  Yasar al-Basri.

 




Ayahnya bernama Yasar  bekas seorang hamba Zaid bin Thabit. Bila Hasan lahir ke dunia, ayahnya dikenali dengan nama Abu Hasan yang bererti ayahnya Hasan.

 

 



Ibunya Hasan bernama Khairah bekas hamba kepada salah seorang isteri Rasulullah SAW, iaitu Hindun binti Suhail yang lebih dikenali dengan panggilan Ummu Salamah.

 

 



Beliaulah yang memberi nama Hasan dan merupakan ibu susuan kepada Hasan.

 

 



Hasan dibesarkan di rumah ibu susuannya itu, maka kerana itu beliau rapat dengan isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain kerana kedudukan rumah mereka yang berdekatan.

 

 



Hasan pernah berguru dengan para sahabat dan dan ulama-ulama yang lain yang terkenal pada waktu itu.

 

 



Pada suatu hari ketika duduk di tepi Sungai Dajlah, Hasan Basri ternampak seorang lelaki dan seorang perempuan muda duduk berdua-duan yang mencurigakan, dan di hadapan  keduanya ada sebuah botol arak.

 

 

 



Hasan Basri bersangka buruk terhadap keduanya dan berfikir keadaan beliau  lebih baik daripada mereka berdua.

 

 



Prasangka buruk Hasan itu jauh meleset kerana keduanya anak beranak, sementara botol arak itu hanya berisi air kosong. Beliau diberitahu perkara itu diadakan hanya untuk menguji Hasan Basri.

 

 



Beliau kesal dan kejaian itu dan memohon maaf kepada keduanya dan pohon didoakan.

 

 

 


Selepas kejadian itu beliau menghormati semua makhluk termasuk haiwan sekalpun.

 

 



Beliau adalah seorang Tabi’in  dan dianggap sebagai Ketua Tabi’in,  al-Imam al-Hasan al-Basri.

 

 



Beliau pernah menjadi guru di Basrah dan juga seorang penjual intan berlian.

 

 



Hasan al-Bari hidup sebagai manusia zuhud, ini sejajar dengan madahnya yang bermaksud, bahawa kehidupan ini satu perjalanan menuju akhirat.

 

 



Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Ahli Kitab.

 

 



Kerana kezuhudannya itu beliau dihormati oleh ahli-ahli sufi, dan juga kerana ilmunya yang luas, terutama dalam bidang fiqh.

 

 



Beliau sangat cekap  berpidato dalam menyampaikan ilmu, hingga boleh menyebabkan para pendengar mudah memahami apa yang diajarnya dan boleh menyebabkan mereka menangis mendengarnya.

 

 



Dalam biidang politik pemerintahan beliau menentang perlantikan khalifah berdasarkan keturunan tapi bersetuju dengan perlantikan berdasarkat pemilihan.

 

 



Namun begitu beliau tidak bersetuju dengan tindakan pemberontakan menentang ketidakadilan  pemerintahan Ummayah.

 

 



Beliau pernah bermadah dengan maksud

 



“Barangsiapa mengenal Allah,

 


Maka dunia ini musuhnya,

 


Tapi barangsiapa kasihkan dunia,

 


dia akan menjadi musuh Allah”.

 

 



Hasan Basri neninggal dunia dalam usia 84 tahun pada 5 Rejab 110 Hijriah bersamaan dengan728 M di Basrah Iraq.

 

 




Pondok Rahmat

 


18 Ogos 2020

 


28 Zulhijjah 1441

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP