ABU BAKAR AS SYIBLI
>> Saturday, August 15, 2020
ABU BAKAR
AS-SYIBLI Kehidupannya Terlalu Pelik
ABU BAKAR ASY-SYIBLI adalah salah seorang sufi yang terbesar. Beliau anak kelahiran
Baghdad tapi dibesarkan di kota Syibli, pada masa itu dalam Wilayah Khurasan.
Nama beliau yang
sebenarnya Abu Bakar bin Dalf bin Jahda, [ singkatan dari dua nama, iaitu
Jaafar bin Yunus} Asy- Syibli.
Asy-Syibli di
hujung nama beliau itu adalah mengambl sempena nama kota beliau dibesarkan,
iaitu Syibli.
Beliau
dilahirkan pada dua ratus empat puluh tujuh Hijriah.
Beliau berasal
dari keluarga ternama dan kaya raya yang kemudiannya diwarisi oleh beliau.
Asy-Syibli pernah memegang jawatan gabenor, tapi meninggal jawatan yang penting itu kerana minatnya yang besar dalam bidang ilmu keruhanian.
Beliau menjalani
kehidupan yang unik, dan pernah dirantai dan disumbat ke rumah sakit gila, iaitu bila gila isingnya menjadi melmpau ataupun
tidak terkawaal.
Dalam ilmu
kesufian beliau terkenal dengan fahaman Cinta
Ilahi.
Salah seorang guru sufinya ialah Junayyid al-Baghdadi seorang ahli sufi yang terkenal.
Asy-Syibli
sealiran fahaman dengan gurunya Junayyid
dan seorang lagi tokoh sufi yang terkenal iaitu Al-Hallaj.
Sebelum diterima
menjadi murid, Junayyid mengenakan syarat yang ketat kepada Asy-Syibli yang
mesti dipatuhi.
Mula-mula sekali
Asy-Syibli diminta memfanakan dirinya.
Selepas itu, beliau disyaratkan menjadi penjual belerang di pasar selama dua belas bulan.
Kemudian setelah genap setahun menjual belerang, maka mengikut syaratnya beliau menjadi pengemis, tapi sepanjang menjadi pengemis itu tidak ada orang yang bersedia memberi sedekah kepadanya.
Selepas itu beliau dimestikan pergi ke Nihawandi di mana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang pegwai kerajaan dahulu, dan beliau diperintah oleh gurunya Janayyid supaya melawat dari rumah ke rumah untuk memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa bekerja di situ dulu.
Setelah Asy-Shibli
selesai menjalankan tugas tersebut, beliau sekalii lagi disuruh oleh Junayyid
untuk menjadi pengemis dengan tujuan untuk membuang segala sifat keakuan yang
terdapat padanya.
Segala hasil pendapatan
menjadi pengemis itu di bahagi-bahagikan oleh Junayyid kepada Darwis yang
menyebabkan Asy-Shibli terpakasa selalu berpuasa.
Setelah selesai
melaksanakan segala kewaijipan-kewajipan
yang dikenakan ke atasnya itu, barulah Asy-Syibli dianggap lulus ujian
dan layak menjadi murid Junayyid, menyertai majlisnya dan berkhidmat kepadanya.
Selepas setahun
berkhidmat kepada gurunya, maka pada suatu hari bertanyalah sang guru kepada
muridnya Asy-Syibli apakah perasaannya pada waktu itu?
Maka dijawab
oleh Asy-Syibli dengan mengatakan bahawa pada waktu itu dia merasa dirinya adalah
makhluk yang paling hina-dina.
Mendengar
jawapan tersebut, gurunya Junayid segera membalas dengan katanya, “Sekarang
sempurnalah iman kamu”.
Mengikut
riwayat, setiap selepas solat lima waktu beliau sentiasa mengamalkan membaca
dua ayat terakhir Surah at-Taubah yang bermaksud:
“Sesunggguhnya telah datang kepada kamu seseorang Rasul
dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat
mengingin keimanan dan keselamatan bagi mu, penyantun dan penyayang terhadap
orang-orang yang beriman.
Maka jika mereka berpaling dari keimanan, maka
katankanlah wahai Muhammad, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy
[Singgahsana] yang agung”. At-Taubah 128-129.
Asy-Syibli
meninggal dunia dalam usia lapanpuluh tujuh tahun, iaitu pada tahun tiga ratus
tiga puluh empat Hijriah, bersamaan dengan lapan ratus empat puluh Masehi.
Janazahnya
dikebumikan di Baghdad.
Pondok Rahmat
15 Ogos 2020/
25 Zulhijjah
1441.
1 comments:
Greatt post thank you
Post a Comment