RAHIMIDIN ZAHARI DALAM SEDETIK KENANGAN
>> Saturday, May 16, 2015
RAHIMIDIN ZAHARI DALAM SEDETIK KENANGAN
Salah satu perkara mengejut dan mengharukan yang menyentuh hati yang saya terima pada minggu ini [Mei 2015] ialah pemergian seorang sastrawan ke pangkuan Maha Penciptanya. Rahimidin Zahari telah kembali ke hadarat Allah Yang Maha Pengasih dan Maya Maha Penyayang.
Sebelum itu menerusi FB Norisham Mustafa saya mendapat kabar beliau sedang menghadapi pembedahan yang kritikal untuk merawat darah beku dalam kepalanya. Beliau memhon kepada kita semua supaya mendoakan keselamatannya.
Senggang tak lama selepas itu pula, menerusi
FB juga saya baca berita puncak yang menyampaikan kabar duka dan mengharukan
bahawa Rahimidin telah kembali ke Rahmatullah.
Kata Norisyam dalam perkabarannya itu, “Allahu
Akbar. Alangkah besarnya kudrat-Mu ya Allah. Alangkah sempurnanya Iradah-Mu ya
Allah. Telah Engkau kembali adik kami pulang ke sisi-Mu yang Allah. Dari-Mu
kami datang, kepada-Mu kami berpulang, kerana demikian itulah ketentuan-Mu ya
Allah. Maka letaklah ruh Rahimidin bin Zahari di samping para kekasih-Mu ya
Allah. Al-Fatihah.;Noriham Mustafa.
Amin. Semoga demikianlah didoakan untuk
Rahimidin Zahari, insan yang telah menerima jemputan dari Allah. Saya
difahamkan beliau meninggal kerana berpunca dari penyakit darah tinggi yang
menimbulkan berbagai-bagai kmplikasi lain yang merbahaya..
Saya lalu terkenang beberapa bulan yang lalu
beliau telah berkunjung ke pondok saya di Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh. Waktu
itu kami sedang berbual-bual dengan Norisyam Mustafa, Ustaz Muhammad Mahmud dan
Wadi Leta S.A.
Pokok perbualan kami ialah untuk mengadakan
satu majlis perjumpaan penulis-penulis veteran Negeri Kelantan yang masih lagi
ramai, walaupun telah ramai yang pergi mendului Rahimidin. Tapi sampai ke hari
ini ia masih belum wujud menjadi kenyataan.
Rahimidin mambwa persama seorang anak
perempuannya yang comel, yang saya telah lupa namanya. Semoga Allah memberi
kesabaran kepada anak ini dan ibunya dalam mengharungi kehidupan tanpa orang
yang dikasihi di samping.
Itulah pertama kali saya bertemu dengan
beliau, dan dalam hati diharap dapat bertemu lagi di masa-masa akan datang.
Tapi rupa-rupanya itulah pertemuan terawal dan terakhir buat kami di dunia ini.
Sebelum kami berpisah, beliau menghulurkan
hadiah berupa sebuah buku yang dihasilkan oleh beliau berjodol “Chikgu Shahnon
Di Mata Kami”. Buku itu berupakan
kumpulan artikel-artikel yang dihasilkan oleh sekumpulan penulis-penulis
terkenal tentang sastrawan Negara, Shahnon Ahmad.
Dalam pertemuan singkat itu saya sempat berkirim salam kepada salah seorang sahabat lama saya Hadhrami HR yang menurut beliau tinggal tidak berapa jauh dari rumah kediaman beliau dan mereka kerap kali berjumpa.
Demikianlah kami berpisah dengan membawa
pengharapan untuk bertemu kembali pada suatu masa nanti, di lain masa dan mungkin
di lain tempat.
Secara kebetulan pula beberapa hari sebelum
beliau diberitakan sakit itu, saya telah menemui dua buah puisi beliau yang
dikrimkan kepada saya sebagai pengarang pada bulan Mac 1991 ketika
mengemas-ngemas buku-buku di pondok saya yang masih lagi berselerak hingga
sekarang walaupun beberapa bulan telah berlalu. Puisi itu tidak sempat saya
siarkan pada waktu itu.
Sebelum berpisah pada hari itu saya juga
sempat membawa beliau bersama-sama kawan-kawan lagi itu meninjau pondok saya di
mana masih berselerak dengan buku-buku yang sedang saya kemas semula.
Bila diberitahu, saya tidak tinggal di pondok
itu, dan ianya dijadikan semacam perpustakan, beliau berulang-ulang berkata, “Rumah
yang tidak didiami seperti ini, tidak apalah ditinggalkan pun”. Maksud beliau
rumah itu tidak bimbang ditinggalkan kerana tidak mempunyai berang-barang
berharga seperti rumah yang didiami, kerana itu selamat ditinggalkan.
Saya ke smpingkan puisi itu dengan fikiran
untuk disiarkan dalam blog saya setelah memaklumkan kepada beliau nanti. Tapi
hajat itu tidak kesempaoan dengan pemergian beliau itu.
Sebagai kenangan kepada belaiu, dan demi untuk menyelamat hasil karya beliau itu, maka saya mengambil kesempatan yang berharga ini menyiarkan kedua-dua puisi tersebut mengiringi berita kematian beliau itu.
Pusi Satu
Jumaat mawar
berkembangan harum
di taman sukmaku
burung-burung putih
berterbangan
menyusup-nyusup
udara sukmaku.
Siapakah mukalaf kecil
yang tertegun di depan mihrab
pengikut Muhammad yang tersebut
bermatakan indera rawan,
tetes-tetes Ayat
mendarahkan belati tajam
dari lidah imam
menghiris-hiris kefanaan.
Ingin kupetik
kecapi Rindu
yang telah jauh
membawaku
ke dalam
godaan lembut-Mu.
RAHIMIDIN ZAHARI.
Peringat, Kelantan.
Puisi Dua
ORANG PERJALANAN
Waktu terus mendesah
ingat saat pertama
janimu membesar
di rahim ibu
seperti terciptanya Adam
dari adunan tanah
dan tiupan roh.
Jelita dunia,
fana juga sudahnya
seperti kulitmu
akan bersatu
dengan cokelat tanah.
Waktu terus mmendesah
diamlah, tubuhmu
sedang merapat pada bumi
seperti terciptanya Adam
dari adunan tanah
dan tiupan roh.
RAHIMIDAN ZAHARI
Peringat, Kelanatan.
Demikianlah secebis catatan saya terhadap
Rahimidin yang telah pergi, semoga Allah cucuri ruhmat ke atas ruhnya.
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment