JIKA ANDA MEMBELI AYAM ATAU DAGING

>> Sunday, May 24, 2015






JIKA ANDA MEMBELI AYAM ATAU DAGING


Anda hendak membeli daging atau ayam?


Anda lelaki atau perempuan? Solo, janda atau duda?


Untuk dimakan sendiri dan keluarga atau untuk dihidangkan pada tetamu atau para jemputan?


Anda hendak beli  di mana? Di pasar, pasar raya atau di gerai-geri di pinggiran jalan?


                                     Ayam yang telah dimasak


Tidak kira siapa anda, gender anda, dan di mana anda hendak membelinya, cubalah perhatikan perkara-perkara berikut?


Ayam Direndam Dalam Air


Ada sesetengah penjual ayam merendam ayam yang telah dicuci bersih dalam bensin, beldi atau jeluk yang telah berisi air. Bila ada orang yang hendak membelinya, ayam itu diangkat dari rendaman dan terus diletak di atas timbangan untuk menentukan beratnya dan seterus menentukan harga yang telah ditetapkan.


Sekali pandang memanglah bagus ayam yang telah disembelih itu direndam dalam air untuk tujuan pemebrsihan dan mengelak daripada dihurung oleh lalat-langau dan sebagainya.


Tapi dari segi lain, ayam yang direndam dan terus ditimbang itu akan naik timbangannya, mungkin beberapa gram atau satu bunga sukatannya. Dengan itu harganya juga akan bertambah. Berapa harganya tergantunglah di atas harga ayam itu untuk sekelo.


Jika anda membeli ayam di pasar raya keadaan yang sama juga mungkin berlaku. Ayam, daging malah juga ikan ditimbang untuk dijual  dalam keadaan masih basah dan bertempel-tempel dengan ketulan-ketulan air batu kecil.


Jika anda bawa balik ke rumah, biarkan ayam, daging dan ikan yang anda beli itu sejat airnya dan kering kemudian anda timbang semula, mungkin beratnya telah berkurangan beberapa gram berbeza dengan apa anda membelinya tadi.


Ayam Dan Perut Ayam


Di samping itu ayam yang telah disembelih itu bulunya telah dibuang dan dibersihkan, tapi ada satu perkara yang jangan dilupai, bahawa ayam itu ditimbang dengan kepala-kepalanya dan juga bersama dengan kandungan perutnya yang berisi dengan najis  dan juga biyamnya di mana makanan berkumpul sebelum diproses dan turun ke perut.


Bila anda bersetuju membelinya, barulah ayam itu dikerat atau dipotong, biyam, perut serta kepalanya dikerat dan dibuang. Sesetengah penjual pula mengumpul perut ayam itu dan membersih dan menjualnya pula kepada peniaga-peniaga yang ingin memasak dan menjualnya, seperti percik perut ayam sebagainya.


Perut, biyam dan kepala ayam itu pula sudah beberapa gram pula beratnya untuk seekor ayam?

Membuang Perut Ayam


Tapi ada sesetngah penjual pula terlebih dulu membuang biyam, perut dan kepala ayam itu sebelum diletak atas timbangan. Tapi harga ayam itu akan dinaikkan beberapa puluh sen pula untuk seekor ayam.


Ayam Makan Pasir


Pada masa dulu penggunan mesin pencabut bulu ayam masih belum ada, oleh itu ayam yang dibeli direndam dalam air panas dan dicabut bulunya oleh penjual, atau ayam itu dibawa balik ke rumah, iaitu seekor ayam yang telah disembelih tapi belum dicabut bulunya untuk diproses sendiri di rumah.


Jika anda membelah biyam ayam itu di rumah dan memeriksanya, anda mungkin mendapati di dalamnya mengandungi banyak butir-butir pasir bercampaur gaul dengan makanan yang belum diproses, mungkin berupa dedak atau hampas kelapa.


Dari manakah psir-pasir itu datang? Adakah ayam makan pasir?


Dikaktakan ketika penternak ayam itu hendak menjual ayam-ayam tersebut, mereka mencampurkan pasir itu dengan makanan-makanan ayam untuk menaikkan timbangannya?


Daging Beku


Bagaimana pula dengan daging sejuk beku atau daging import?


Harga daging import sudah tentu jauh lebih murah dari daging tempatan yang dijual secara langsung selepas lembu disembelih, di pasar-pasar atau di gerai-gerai tepi jalan.


Jangan pula anda lupa, daging beku itu walaupun lebih murah, tapi daging itu ditimbang bersama-sama dengan air dan air-air batu yang melekat padanya, dengan itu dapat menaikkan timbangannya beberapa gram pula.


Cubalah anda bawa  balik ke rumah, dedah dan sejatkan airnya, kemudian bila kerig timbang semula, niscaya akan dapati, berat timbangannya akan susut pula.



                                     Daging yang telah dimasak


Oleh sebab itu, orang-orang yang berkira lebih suka membeli daging-daging tempatan pada waktu lewat pagi, atau di waktu tengah hari, kerana waktu itu daging itu telah mengecut, darah atau air dagingnya telah mengering, maka beratnya pun akan turut menurun.


Tapi oleh sebab daging-daging tempatan ini tidak banyak, maka mereka terpaksa membelinya juga di awal pagi, kerana bimbang akan kehabisan, walaupun timbangannya lebih berat daripada daging itu setelah mengucup di waktu tengah hari.


Di antara Dua Daging


Kepada orang-orang yang suka makan daging, mereka dapat mengenali daging yang telah dimasak itu daging tempatan atau daging import, sejuk beku.


Pertama dari baunya. Daging import itu walaupun sudah dimasak mengeluarkan bau yang keras, yang dipanggil hamis, kedua daging import tidak mempnyai banyak lemak yang melekat pada daging, malah dikatakan ada yang tidak berlemak langsung. Daging import itu dikatakan warnanya gelap atau kehitaman bila dimasak.


Namun begitu ada sesetengah pengambil tempahan mencampuradukkan daging tempatan dengan daging import dalam masakan mereka untuk mencari untung lebih dengan mengelirukan penempahnya.



Sekian.


Lorong Masjid, Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan.





























































































































































































































































0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP