PETUNJUK DARI LANGIT
>> Thursday, May 14, 2015
PETUNJUK DARI
LANGIT
Langit ialah sesuatu yang terletak tinggi di atas, maka dengan itu kalau di bawah bukannya langit, tapi bumi. Tapi apakah langit itu?
Tidak ada penjelasan yag lengkap yang dapat diberikan mengenai langit dari segi saintifik. Oleh itu untuk memudahkan pembicaran, kita katakan langit itu suatu alam yang terletak tinggi melengkung di sebelah atas, di mana di sebelah bawahnya adalah bumi.
Allah menyebut dalam al-Quran langit itu berlapis- lapis, dan letaknya tergantung-gantung tanpa tiang. Di dada langit itulah terletaknya, bulan, bintang dan mata hari. Dan akan tiba pada suatu masa nanti langit akan hancur dan musnah, iaitu pada hari kiamat nanti.
Untuk membicarakan definsi dan keadaan langit adalah terkeluar daripada maksud pembicaran kita yang sebenarnya. Kita hanya ingin menyentuh sedikit tentang pengamatan orang-orang tua kita tentang tanda-tanda yang terdapat di langit dan mempunyai pertalian dengan kehidupan kita di bumi. Saya tidak membicarakannya dari segi ilmiah ataupun dari sudut penemuan sains, yang juga mempunyai pengetahuan yang amat kerdil tentang alam langit, lebih miskin daripada mereka mengetahu rahisa bumi itu sendiri.
Ini adalah
antara tanda-tanda yang terdapat di langit mengikut pengamatan orang-orang tua
kita yang ada kaitannya dengan kepentingan kita di bumi.
-Bila Langit Bersisik
Bila langit
kelihatan bersisik dengan bintang-bintang tersusun seperti sisik ikan pada
waktu malam bulan terang dipercayai para nelayan akan memperolehi hasil tangkapan
ikan yang lumayan, kerana itu harga ikan di pasaran akan menjadi lebih murah pada keesokan hari.
Ia dipanggil juga
langit berkerak [dengan bintang-bintang], iaitu teratur seperti kerak nasi di
dalam periuk.
-Bila Kaki Langit Gelap-gugup
Bila langit di sebelah
timur gelap-gugup dan hitam dipercayai menandakan
ribut dan hujan akan berlaku. Kalau keadaan in berlaku di waktu pagi
menyebabkan kaum nelayan tradisional tidak berani turun ke laut untuk menangkap
ikan kerana bimbang terperngkap dalam ribut dan hujan ketika berada di tengah
laut.
Bila awan tebal
dalam keadaan berjeringkit atau bersambung-sambung dan bergugus di langit yang
cerah, ia dipercayai dapat memberi kesan
positif kepada petani-petani yang menanam sejenis ubi yang dipanggil ubi torak
oleh orang Kelantan. Ketika menanam mata hendaklah dipandang pada awan-awan
tersebut, sambil berdoa kepaea Allah SWT dalam hati supaya ubi yang ditanam itu isinya
nanti menjadi bergugus-gugus seperti awan-awan di langit itu.
-Bila Bintang-bintang Bertaburan Di langit
Bila
bintang-bintang kelihatan banyak bertaburan di langit yang terang, dipercayai
menandakan musim hujan telah berakhir dan cuaca yang baik akan bermula.
Bila mata hari
petang kelihatan dengan jelas dan terang dan berwarna merah darah, dipercayai
memberi alamat yang kurang baik. Pada masa dulu dipercayai sebagai tanda ada
orang yang akan mati berdarah.
Biasanya cahaya mata hari yang merah darah itu akan menebarkan cahaya ke langit yang akan turut bersama-sama kelihatan bewarna merah darah. Ini dipercacyai memberi alamat yang sama.
Mengikut kepercayaan kaum petani Inggeris warna langit petang yang merah, bukan merah darah, itu dipercayai memberi alamat yang positif, iaitu esok hari cuaca baik..
-Bunyi Guruh
Jika kedengaran
bunyi guruh atau guntur yang bertalu-talu di langit dipercayai hujan akan
segera turun. Namun bgitu, tidak jarang berlaku, walaupun guruh berdentam
dentun di langit dan kilat sabung menyabung, hujan tidak juga turun di tempat
anda berada mendengar bunyi guruh bergeggar di angkasa itu.
Itulah
dikatakan, “Bunyi guruh di langit, air di tempayan dicurahkan”.
-Langit Merah Di waktu Pagi
Jika langit
berwarna merah di waktu pagi, ia dipercayai memberi alamat yang negatif. Ia
dipercayai cuaca buruk akan tiba.
-Bintang Timur
Ada sejenis bintang di langit yang dipanggil bintang timur, ia sentiasa berkelap-kelip dengan indah sekali. Wanita yang mempunyai sepasang mata yang cantik bersinar dikatatan matanya seperti “bintang timur”.
-Tahi Bintang
Orang yang melihat tahi bintang [meteor] meluncnur laju di langit pada waktu malam biasanya dikehendaki meludah, kerana tahi bintang itu dikatakan sedang memanah jin, hantu dan syaitan. Meludah itu sebagai tanda penghinaan kepada makhluk-makhluk yang jahat itu.
-Bila Langit Merah Mawar
Pada suatu
ketika nanti, warna langit akan bertukar menjadi merah seperti bunga mawar atau
bunga ros. Ini pasti akan berlaku, kerana ia terkandung dalam firman Allah sebagai salah
satu tanda kiamat telah hampir benar.
“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti
[kilauan] minyak”. Ar-Rahman [55]:37.
Wallahu’aklam.
Kg. Kubang Siput,Pasir Tumbuh,
1 comments:
Sangat bermanfaat. Mohon ijin untuk mengutip gan.
Post a Comment