NEGERI TERKECIL DI DUNIA

>> Friday, May 22, 2015






NEGERI TERKECIL DI DUNIA


Setiap sesuatu itu ada sifat berlawanan. Ada pendek, ada panjang. Ada tinggi ada rendah. Ada kecil, ada besar.  Dan seterusnya.


Dari yang besar itu, ada pula yang terbesar. Dan dari yang kecil itu ada pula yang terkecil atau paling kecil.


Dan dari segala yang terkecil itu, tahukan anda apakah negeri yang terkecil di dunia?


Sebuah negeri merdeka yang terkecil di dunia ialah Vatican City. Luasnya 0.44km persegi atau 0.17 batu persegi.


Letaknya di di tengah-tengah Rome, di atas sebuah bukit yang rendah, di tebing Barat sungai Tiber, Italy. Ia dibina pada tahun 1929 oleh Lateran Council.


Ia merupakan ibu pejabat gereja Roman Katholik dunia.

Kira-kira separuh daripada negeri itu dipenuhi dengan Gereja Roman Katholik Basilicia of St Peter, istana Vatican, tempat kediaman Pop, Taman-taman Papal dan muzium dan Perpustakaan Vatican, yang mengandungi karya-karya seni dan Chapel Sistine yang menjadi pusat tarikan pelacung.


Kawasan yang selebihnya pula mengandungi taman-taman, kedai-kedai, St. Peter Square, dan mempunyai enam buah pintu.


Vatican City mempunyai pasukan polisnya tersendiri, akhbar, perkhidmatan telefon dan  teligraf, stem, station radio, iaitu Radio Vaticana, yang  siarannya dalam 34 bahasa daripada alat pemancar yang berada di Vatican City, sebuah station kereta api dan tempat pengawasan estronomi.


Ibu negerinya Vatican City [Citta del Vatiacna]. Penduduknya seramai kira-kira 1000 orang. Mempunyai kewangannya sendiri yang dikenali dengan nama lira Vatican City.


Pop mempunyai kedaulatan dan kuasa mutlak  dari segi perundangan.


Lorong Masjid, Kubang Siput,
PT.,Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP