MASA LEPAS SENTIASA BERPAUT DENGAN KITA

>> Thursday, May 28, 2015






MASA LEPAS SENTIASA BERPAUT DENGAN KITA


Masa lalu itu masa yang telah lepas. Masa yang telah dibekukan. Masa yang tidak mungkin kembali lagi.



.
               Masa Lalu:Noorbaiti Zaini bersama A.hamad Syaibani Zani & Ahmad Faris Zaini .
Banyak kata-kata yang menunjukkan masa lepas, seperti masa lalu,  masa dulu, zaman lampau,, zaman bahari, zaman kuno, zaman purba, sebelum ini, semalam, kelmarin dan sebagainya.


Walau masa itu telah berlalu, namun begitu ianya masih tetap kekal bersama kita. Bukan sahaja di dunia, tapi juga sampai ke akhirat. Bila seseorang itu mati, masa lalu dibawa bersamanya hingga ke akhirat.


Benar kata orang, kita tidak boleh hidup hari ini dalam masa yang lalu. Biarkan yang berlalu itu pergi. Kita hidup hari ini adalah untuk hari ini, kata mereka. Tapi jangan lupa apa yang berlaku kelmarin, atau hari lalu itu sentiasa berdamping dengan kita.



Masa Lalu:
Asiah bersama A.Syaibani Zaini



Kita tidak hidup pada hari lalu, tapi kita bawa apa yang kita lakukan di hari lalu itu bersama kita ke saat ini. Apa yang kita buat saat ini, hari ini adalah rantaian daripada apa yang kita lakukan kelmarin atau hari lalu. Kita tidak boleh berpisah darinya.

 
Sebab itulah kita dicegah daripada melakukan kejahatan, berbuat mungkar, kerana perbuatan-perbuatan masa lalu itu akan sentiasa bersama kita, memburu kita, hingga ke liang lahad.


Malah kita disuruh berbuat baik, perkara-perakara yang mulia untuk menjadi teman setia kita hingga ke akhir hayat dan ke akhirat nanti.


Kita mesti sentiasa menoleh ke belakang, memeriksa hari-hari lalu itu untuk mempastikannya berada di jalan yang betul dan lurus, dan tidak menyeleweng dari kesucian dan kebenaran.


Itulah dikatakan memeriksa diri, menghisab diri, iaitu mengira apa yang telah kita warna dan contengkan hari-hari hidup kita di masa-masa yang lalu. Kita menghiab diri kita, sebelum kita dihisab.


Kita tidak dapat menyingkir hari lalu, hari kelmarin, sebagai manusia yang hidup. Kita tidak dapat mengelak hari mendatang, hari besok, selagi kita masih hidup, sebagaimana kita tidak dapat mengelak maut selagi kita bernyawa.


Justeru itu aturlah langkah-langkah kita hari ini sebelum dia bertukar menjadi hari lalu yang tidak dapat diubah-ubah lagi walaupun dengan nilaian emas. Kita hidup hari ini, bukan sahaja untuk hari ini, kita hidup saat ini, bukan sahaja untuk waktu ini, tapi kita juga hidup hari ini untuk hari yang akan bertukar menjadi hari kelmarin, iaitu bila berlalunya hari ini.


Sebagai orang yang berakal dan beriman hari lalu itu amat penting. Di isitulah letaknya pati-pati kehdiupan kita.Di situlah letakkan erti dan nilai kehidupan kita. Di situlah letaknya timbangan kita di akhirat nanti.






                               Masa lalu:Berfoto keluarga bersama ayah, nenek dan ibu
Sepatah kata terlepas dari mulut kita, selangkah kita melangkah, sejeling kita memandang, sejengkal tangan bergerak, sedesis telinga kita mendengar, semuanya akan terus masuk ke alam masa lalu, di mana kita tidak dapat menarik atau mengeluarkannya buat selama-lamanya. Ianya abadi di situ.


Justeru jangan sama sekali lupakan hari lalu walaupun pada hari ini kita penuh dengan kesibukan. Andainya kita membuat salah silap, melakukan dosa, segeralah bersihkan hari yang akan menjadi hari lalu itu, supaya ianya tidak akan mencemarkan masa hadapan kita. Bersujudlah kepada Allah dan bertaubatlah, memohon keampunannya.


Hari lalu itu bergerak seiring dengan hari ini dan hari besok. Di hadapan anda hari besok, di sebelah kanan hari sekarang dan di sebelah kiri ialah hari ini, dan di belakang anda adalah wadah tempat mengisi  segala yang telah berlaku itu untuk dibawa ke hadapan Allah SWT nanti. Itulah bakul amalan anda.


Isi bakul emas inilah akan ditimbang Allah, dinilai baik dan buruknya yang terkandung dalam hari lalu anda, iaitu sebelum anda menghembus nafas terakhir semasa hidup di dunia dulu.


Kita hendaklah mengisi bakul hari ini dengan bahan-bahan yang berharga yang tidak membebankan kita dengan barang-barang yang tidak bernilai, seperti sampah sarat dan batu-batuk yang tidak memberi apa-apa manfraat.



     Masa Lalu:Apa dibuat oleh anak kecil,Noorbaiti Zaini,  menggikuti majlis orang tua ini?




Setiap hari, kita hendaklah menghitung apa-apa yang kewajipan yang kita tertinggal melakukannya, apa dosa yang telah kita ciptakan pada masa-masa yang telah lalu yang telah membeku itu. Segeralah bertaubat, memohon keampunan kepada Allah segala kelalaian dan dosa yang  telah kita lakukan itu, supaya hari lalu kita itu menjadi bersih dan bernilai, maka dengan itu kita dapat hidup dengan aman, tenteram dan selamat.


Jadikan hari-hari lalu kita itu hari yang bahagia, bersih dan semerbak mewangi dengan segala amalan kita yang baik dan mulia sejajar dengan perintah Allah SWT.


Menoleh ke belakang, meninjau ke belakang, menjenguk ke belakang, bukanlah ertinya kita hidup hari ini dalam hari lepas. Kita hanya mengambil cermin untuk menilai diri kita di masa-masa yang lalu dan dengan itu dapatlah kita menguat dan mengarahkan hala tuju kita dalam hidup ke arah yang lebih wajar.


Menoleh ke belakang adalah satu kewajaran, satu kesaksamaan, satu kewarasan. Enggan menoleh ke belakang adalah ajaran yang merugikan. Masa lepas itu sentiasa ada bersama kita, buruk atau baiknya.


Segala peristiwa yang berlaku pada detik ini, pada waktu ini, semuanya dapat dirakam menerusi lensa, kamera, video, tv dan sebagainya. Ia merupakan hujah yang kuat kepada masa lepas, setelah saat ini berakhir. Itulah bukti dan tanda masa lalu. Waemo ia baik atau buruk, tergantunglah kepada pilihan anda pelakonya. Rakaman-rakaman itu boleh menggembira, menyedih, meyeram, menakutkan, dan sebagainya tergantunglah kepada peristiwa yang tercetus pada saat ia dirakamkan. Rakaman itulah buktinya. Dan rakaman itu pula boleh disimpan untuk masa yang lama sehingga ia dimusnahkan. 


Sebahagian dari kita juga ada menyimpan diari atau buku catatan harian. Ada diari  rasmi yang mencatat urusan jabatan, dan di samping itu ada pula diari peribadi kita yang khas yang mencatat perkara-perkara yang berlaku ke atas kita, atau berlaku di sekitar kita yang penting-penting. Catatan-catatan ini kadang-kadang mempunyai nilai yang tinggi setelah lama masa berlalu. Buat apa kita catat diari ini, kalau tidak untuk dijenguk, dan dinilai di hari kemudiannya.



                                                     Masa Lalu:Mohd Zain dan Asiah
 
 Justeru jangan abaikan hari ini, jangan rosakkan hari ini, jangan hitamkan detik ini, demi masa lepas anda yang baik untuk mendapat markas yang tinggi di masa hadapan, selepas ia diberi penilaian nanti. Jangan lupa masa yang lalu. Hiduplah bersamanya!

ri ketika Kami mengumpulkan mereka semua kemudian Kami berfirman kepada orang-orang yang menyekutukan Allah, “Di manakah sembah-sembhanmu yang dahulu kamu sangka [sekutu-sekutu Kami}”.Al-An’am [6]:22.


Kubang Siput, 
PT.KB.Kelantan




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP