INSAN BARU DALAM KELUARGA ZAINI

>> Monday, May 11, 2015




INSAN BARU DALAM KELUARGA ZAINI




Bayi baru dilahirkan




Mulai semalam bilangan  Keluarga Zaini telah meningkat bilangan anggota barunya. Dengan itu bilangan mereka telah bertambah kepada empat belas orang.

Semalam seorang bayi perempuani baru telah dilahirkan oleh ibunya Azaliza bte Ismail, isteri kepada Ahamad Fariz Zaini bin Mohd Zain. dan beribukan Asiah Mohd Yaacob [Wan].[Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya].


Bayi itu yang masih belum ditetapkan namanya, dilahirkan pada pukul 10.45 malam, hari Ahad, malam Isnin, 21 Rejab 1436, bersamaan dengan 10 Mei, 2015 di Klinik Beranak Swasta, An-Noor, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga bayi itu membesar dalam keadaan sihat wal-afiat dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah hingga ke akhir hayatnya.

Beberapa bulan sebelum bayi itu menjenguk dunia, telah timbul kebimbangan di hati kami, terutama ibu dan ayahnta, kerana bayi dalam kandugnan itu berada di dalam tidak normal. Usaha-usaha untuk memperbetulkan kedudukannya semasa dalam rahim tidak dizinkan Allah, sehinggalah ia dilahirkan dalam posisi yang ditentukan-Nya.


Alhamdulillah anak itu selamat dilahirkan seperti biasa dan dalam  keadaan normal, tanpa memerlukan pembedahan yang ingin dielakkan oleh setiap ibu yang menganddung dan melahirkan anak.



                                     Bayi selepas dilahirkan


Kelahiran ini berlaku dengan jayanya setelah bayi di dalam rahim melalui proses-proes asasi yang telah ditetapkan oleh Allah sebagaimana terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud:


“Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang-temalang, lalu tulang-temalang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang [berbentuk] lain. Maha Suci Allah Pencipta yang Paling Baik”. Al-Mu’minum [23]: 14.


Ibu-ibu yang mengandung itu pula terpaksa menanggug berbagai-bagai kesusahan sehingga bayi itu dilahirkan ke dunia, dan seterusnya menjaga dan mengasuhnya sehingga menjadi seorang manusia yang berguna. Allah berfirman, maksudnya:


“Dan Kami perintahkan kepada manusia [agar berbuat baik] kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuanmu. Hanya kepada Aku kembalimu”. Luqman [31]: 14.



                                            Berusia sehari

 
Alangkah bahagianya, andainya anak ini nanti seperti semua anak-anak yang lain dari keluarga Zaini menjadi insan yang mulia dan berguna, mengharumkan nama generasi Zaini dalam masa yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat. Insya-Allah.


Kg.Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP