APAKAH SUJUD?

>> Saturday, August 31, 2013


APAKAH SUJUD?


Kepada umat Islam, sujud adalah salah satu amalan penting. Ia merupakan sebahagian daripada rukun yang penting dalam solat. Tanpa sujud, solat tidak sah. Sujud ertinya tunduk, iaitu meletakkan muka ke bumi dalam solat mengikut kaedah-kaedah yang tertentu.

Apakah erti Sujud pada umumnya?




“Sujud adalah sense tertinggi dalam Islam dan taat setia kepada Allah”. Demikian menurut Allahyarham Prof. Teuku Muhammad Usman el Muhammady, seorang ualama, wartawan, dan penulis yang terkenal di Indonesia.

Justeru sujud itu antara lain kata beliau bererti:

-Meminta ampun kepada Allah.

-Mengorbankan harta waktu senang.

-Jangan marah, kerana marah boleh merosakkan.


-Tidak zalim

-Tidak rasuah

-Tidak minum arak.

-Tidak berzina.

-Tuntut ilmu dari ayunan buayan sampai ke liang lahad.

Sujud juga bererti membela agama walaupun ke laut api.

“Semua kejadian mesti sujud kepada Allah, iaitu mengikut peraturan dan undang-undangnya. Mata hari sujud kepada Allah, keluar waktu pagi dan terbenam di waktu sore.

Manusia yang tidak beriman kepada Allah adalah binatang.

Ilmu tanpa agama kufur, dan agama tanpa ilmu adalah buta.

Rahsia Wuduk

Dalam majlis itu juga beliau memberitahu rahsia-rathis mengambil air sembahayang, yang menurutnya tidak dipelajarinuya dari sekolah, tapi dari Dr. Muhammad Hatta.

-Membasuh muka, kerana memandang muka wanita selalunya menimbulkan berahi.

-Membasuh tangan, supaya tangan hanya menjamah benda-benda yang bersih.

-Menyapu kepala, supaya otak di dalam baik.

-Membasuh telinga, supaya telinga mendengar perkara-perkara yang baik-baik,

-Membasuh kaki, supaya kaki melalui jalan yang baik-baik.

Seterusnya dalam majlis itu beliau menyeru para pelajar supaya bangkit memperjuangkan Islam mati-matian walaupun dengan darah.


Pesanan ini diberikan oleh Teuku Muhammad Usman el-Muhammady, [ketia itu berusia 48 tahun] dalam satu majlis di Kota Bharu pada tahun 1968, ketika beliau berkunjung ke negeri Kelantan Darulnaim. Beliau kembali kerahmatullah pada 4 September 1978 di Medan.



                                                                                                                                                                         

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP