Petua-petua Untuk Mencegah Penyakit Jantung

>> Wednesday, August 28, 2013


 
PETUA-PETUA UNTUK MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG




JANTUNG adalah salah satu anggota penting pada badan manusia, Ia sentiasa berdenyut. Tugas asasinya ialah mengepam darah ke seluruh jasad manusia yang hidup. Jika jantung berhenti bergerak, maka bererti berhentilah kehidupan jasad seseorang- mati. Seperti dengan anggota-anggota yang lain juga, jantung terdedah kepada serangan berbagai-bagai jenis penyakit merbahaya yang boleh menjadi ancaman kepada kehidupan.


Kian maju manusia, kian terancam jantung mereka. Kian tidak selamat. Hari ini penyakit jantung kronis telah mengancam seluruh dunia. Ia menjadi pembunuh utama penduduk dunia hari ini. Seramai 17.3 orang setiap tahun di seluruh dunia menjadi korban penyakit jantung, dan menjelang tahun 2030 pula, ia dijangka akan meningkat kepada seramai 23 juta jiwa setiap tahun.


Malangnya sejak kebelakangan ini penyakit jantung ini telah menular ke negara kita Malaysia yang kian maju dari segi kebendaannya.


Malah pada tahun 1912 Malaysia merupakan sebuah negara yang paling tinggi angka kematiannya kerana penyakit jantung.


Mengikut kajian, di Malaysia penyakit ini berpunca daripada obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis. 


Sebahagian besar daripada penghidap-penghidap penyakit jantung itu terdiri dari golongan muda, dari seawal usia 24 tahun. Kajian itu menunjukkan bahawa 64 peratus pesakit jantung Malaysia adalah mereka yang berada dalam tahap lingkungan usia 65 tahun ke bawah, dan hanya 6 peratus sahaja mereka yang berada dalam lingkungan usia 65 tahun ke atas.

Dapat Diselamatkan

Walau bagaimana pun menurut Dr. Peter Steincrohn, seorang doktor dan penulis perubatan yang terkenal, mungkin ramai orang dapat diselamatkan selepas diserang penyakit jantung, kiranya dia bernasib baik kakinya patah, yang memaksa  dia berihat, dan ini bererti memberi peluang kepada jantungnya untuk pulih kembali.



Menurut beliau untuk memberi rawatan yang wajar kepada jantung bukanlah semata-mata bergantung kepada rawatan dan pantang yang dijalani oleh seseorang selama beberapa minggu sahaja selepas dia diserang penyakit jantung, malah juga bergantung kepada gaya hidup seseorang untuk selama-lamanya selepas dia diserang penyakit jantung.


Ramai orang tidak menyedari, bahawa banyak orang yang telah diserang penyakit jantung boleh hidup banyak tahun lagi dengan penyakitnya itu. Malah ramai pesakit jantung yang menyangka dia akan mati dalam masa beberapa hari lagi selepas mendapat serangan jantung, tapi dapat terus hidup berpuluh-puluh tahun kemudian tidak seperti jangkaannya itu. Banyak kesakitan dan penderitaan dapat dihindari, andainya para pesakit dapat memahami matalamat yang ingin dicapai oleh sang doktor.


Menurut beliau tidak semua penyakit jantung itu serius sebenarnya.  Tiga dari empat pesakit jantung yang dibawa ke dewan bedah didapati memiliki jantung yang sihat. Daripada berbagai-bagai sungutan kesakitan di bahagian jantung yang diadukan kepada doktor, tidak kurang pula aduan-aduan itu hanya berpunca daripada ketakutan dan kebimbangan mereka semata-mata. 

[Saya mempunyai dua orang kawan yang pernah mengandaikan diri mereka menghidap penyakit jantung setelah membaca rencana-rencana dalam akhbar dan majalah tanah air yang mendiskripsikan tanda-tanda  penyakit jantung yang dihidapi oleh seseorang. Maka kedua-duanya pun melayan diri mereka sebagai mangsa penyakit jantung. Tapi setelah dipaksa menemui doktor dan menjalani pemeriskaan, maka kedua-duanya didapati bebas dari penyakit jantung]. 

Tapi sebaliknya pula, menurut Dr. P. Steincrohn, ramai orang yang benar-benar menghidap penyakit jantung tapi enggan menemui doktor dengan berbagai-bagai alasan pula.

Beberapa Petua

Beliau selanjutnya mengutarakan beberapa petua kepada orang-orang yang sihat walfiat dan juga kepada penghidap-penghidap penyakit jantung, agar mereka dapat mencapai usia hidup yang lebih panjang.

Pertama-tamanya beliau memberi nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala sebagai berikut supaya menemui doktor:


Batuk kronis, meludah berdarah, pingsan, lelah, bengkak pergelangan kaki, letih lesu, sembelit, berdebar, nadi berdenyut pentas, pendek nafas, sakit dada, pening-pening, dan tidak dapat baring dengan rapat belakang ketika tiudr.


Kedua beliau menasihati pesakit supaya mendengar apa yang dikatakan oleh doktor sahaja bukanya mengambil nasihat daripada kawan-kawan yang bersimpati tapi tidak mempunyai latihan-latihan perubatan dan tidak pula berdasarkan apa-apa yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar, majalah-majalah dan buku-buku.


[Seorang pesakit jantung, kebetulan seorang sahabat saya ketika berada dalam wad pertama kali di hospital selepas diserang penyakit jantung,  tidak tahan mendengar berbagai-bagai pandangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat pengunjungnya yang ramai itu yang menyebabkan fikirannya menjadi serabut dan kusut. Doktor yang menerima aduannya itu meminta kebenaranya untuk meletak notis melarang kunjungan para pelawat walaupun keadaannya tidaklah begitu teruk demi untuk menjaga emosinya supaya tidak terus terganggu].


Penyakit jantung mempunyai banyak jenis, sesetengahnya ada mempunyai titik-titik keserupaan dan sesetengah pula mempunyai titik yang berbeza. Justeru setiap penyakit jantung ada mempunyai ubat-ubat yang tertentu. Namun begitu ada satu rawatan asasi kepada penyakit jantung, iaitu mengatur cara hidup yang wajar. Tanpa cara hidup yang wajar, maka kebanyakan ubat-ubat yang lain itu tidak berguna.


Pesakit jantung walaupun telah sembuh wajar menyusun hidupnya yang boleh meringankan kerja-kerja jantungnya. Menjaga badan supaya tidak bertambah gemuk. Jangan makan minum sesuka hati sahaja. Jangan bekerja keras. Jangan kejar waktu dan mengikut emosi, kerana semuanya itu boleh membebankan jantung. Jauhkan mengah dan lain-lain gejala yang boleh menganggu kenteraman. Tidak ada ubat untuk membolehkan pesakit jantung bekerja keras seperti biasa sebelum dia diserang penyakit jantung.


Justeru berat badan hendaklah dikawal supaya normal dan sejajar dengan keadaan fizikal seseorang, baik dari tinggi rendah, besar kecil dan tua muda usia mereka. Tindakan mengurus badan yang gemuk hendaklah dilakukan secara teratur, dengan memperbaiki cara makan minum dan mengamalkan riadah yang wajar, dan bukannya dengan memakan ubat-ubat kurus. Jangan makan terlalu banyak seumur-umur.


Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengurangkan kecepatan, keberatan dan kegiatan-kegiatan yang melibatkan jasmani. Jangan berlari-lari untuk mengejar keratapi, [mengejar bas], menaiki tangga, jangan cuba memberhentikan kereta di tempat yang sempit, atau menggunakan mana-mana anggota jasmani dengan sehabis tenaga yang dimiliki.


Selepas selesai makan jangan libatkan diri dalam sebarang kegiatan jasmani, jangan lakukan sesuatu yang boleh memendekkan nafas. Andainya pesakit mulai merasa nafasnya singkat-singkat, atau merasa sakit dalam dada, dia hendaklah segera baring dan berihat sahaja.


Kerja-kerja menggunakan otak hanya boleh dilakukan bila otak berada  dalam keadaan cukup segar dan berhenti bila merasa otak kepenatan. Dengan itu, perhatian dapat diberikan sebaik-baiknya kepada masalah kerja tanpa mendapat ketegangan mental yang berat.


Riaksi-riaksi emosional yang meluap-luap hendaklah dielakkan. Beliau memberitahu tentang seorang pesakit yang darahnya akan naik setinggi 60 poin bila dia berada dalam keadaan marah.


Kita selalu mempersalahkan orang lain yang melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kita, tapi tidak menganggap diri kita bodoh kerana membenarkan perbuatan-perbuatan seperti itu menganggu kententeraman kita.


Beliau menceritakan tentang seorang doktor yang menghidap penyakit jantung. Dia sedar riaksi emosi terhadap jantungnya, tapi dia tidak mampu mendisplinkan dirinya sendiri, menyebabkan akhirnya dia mati ketika dia berada dalam keadaan marah yang meluap-luap.


[Seorang jiran saya di kampung adalah seorang pesakit jantung  pada mula-mulanya tidak serius. Tapi dia tidak dapat menerima dengan kelakuan dan tingkah laku salah seorang daripada anaknya yang selalu menimbulkan kemarahannya yang meluap-luap. Dia sering meluahkan perasaannya itu kepada saya. Pada suatu hari kerana terlalu marahnya dengan tindakan yang dilakukan oleh anaknya itu dia menjadi tidak sedarkan diri, dan terpaksa diusung ke hospital kerana diserang pernyakit jantung. Sejak itu kehidupanya tidak lagi normal seperti di masa-masa sebelumnya, dia tidak dapat lagi berfikir dengan normal].


Justeru bila ada sesuatu problem yang mulai menceutskan kemarahan, atau mulai menganggu kententeraman jiwa, maka kita dinasihatkan supaya segera merelek dan menenangkan diri kita agar perasaan yang mendidih dalam batin kita itu tidak meletup.


Beliau menasihatkan supaya bergembira dalam semua keadaan. Sikap mu-sang atau mudah terganggu  dan cepat suggul  tidak menolong mencergaskan jantung dan juga saluran-saluran darah. Sesunggunya untuk bergembira dalam saat-saat kesedihan tidaklah mudah. Ia mudah diucapkan tapi sukar dipraktikkan.


Justeru itu beliau menyarankan, ketika berada di dalam kesuggulan, cubalah fikirkan mana-mana pengalaman gembira yang telah dialami di masa lampau, kerana mud kita sering dapat dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan.


[Seorang doktor di sebuah hospital di negara kita pernah memberi nasihat kepada seorang pesakitnya, kebetulan sahabat saya, ketika berada dalam gangguan perasaan, supaya mengingatkan saat-saat gembira ketika dia mula-mula bertemu dengan isterinya menjelang mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga].


Jika pesakit itu seorang perokok, beliau menasihati pesakit itu supaya berhenti merokok, kerana dia yakin rokok merbahaya kepada orang yang sakit jantung.


[Seorang sahabat saya, ketika pertama kali diserang oleh penyakit jantung dan dirawat di sebuah hospital tempatan selama beberapa hari, sebelum dibenarkan keluar dari rumah sakit itu telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya supaya segera berhenti merokok dengan membuat satu akujanji bertulis yang dia tidak akan menjamah rokok lagi selepas itu. Sehingga kini dia masih lagi berpegang teguh akujanjinya itu]


Tegas Dr. Peter Steincrohn, “Penghidapan jantung anda memerlukan anda mengubahkan cara-cara hidup anda. Anda harus selalu tenang dan bergembira dan mengurangkan kegiatan-kegiatan badan, mental dan emosi”.


“Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sama menghidap seperti anda, tapi hari ini mereka masih sihat walafiat dan sedang melaksanakan kerja-kerja yang cemerlang. Anda juga boleh mencapai kesihatan yang dinikmati mereka andainya anda bersedia untuk menurut jejak cara-cara hidup mereka”. Demikian Dr.Peter Steincrohn.


Itulah sebabnya kita rakyat Malaysia harus sentiasa menjalani kehidupan dengan cara yang wajar, bersih dan suci lahir dan batinnya, lebih-lebih lagi kepada kita yang beragama Islam yang diwajibkan menjaga kebersihan diri jasmani dan ruhaninya sebagai hamba Allah dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat.





 

6 comments:

Unknown December 10, 2013 at 2:36 PM  

Terima kasih atas perkongsian. pendapat saya
http://kedaivitamin-ku.blogspot.com/2013/10/coq-health-shaklee-penawar-penyakit.html

Unknown December 14, 2013 at 11:07 PM  

TQ atas info dan perkongsian yang membina untuk pembaca yang sudi singgah di blogger ini. Hidup sihat secara semulajadi amat sukar dipraktikkan oleh masyarakat moden khususnya di Malaysia hari ini. Masalah jantung mesti diambil serius oleh semua orang. Mengambil kira makanan, gaya hidup, sosial dan sebagainya. Cara mudah untuk kekalkan jantung sentiasa sihat hanya melalui terapi tidur yang cukup dan berkualiti. Semua orang wajib tidur untuk dapatkan rehat yg berkualiti.Semoga bermanfaat buat semua pembaca. TQVM http://www.mentorzaiamin.com/kelebihan-bio-velocity-sleep-mate/

Unknown December 14, 2013 at 11:09 PM  
This comment has been removed by the author.
Unknown December 5, 2014 at 12:20 AM  

Saya harap blog di bawah ini juga dapat membantu menambahkan info di blog ini, sebagai sokongan

http://ubat-sakit-jantung.blogspot.com/

wan80 December 5, 2014 at 8:39 AM  

Harap blog ni dapat bantu kawan2 bloggers yg sedang mencari info berkenaan sakit jantung ya



Ubat Sakit Jantung

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP