Gempa Bumi Berlaku Setiap Hari?
>> Sunday, August 25, 2013
Ada berbagai-bagai kepercayaan dan dongeng mengenai gempa bumi, terutama
mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gempa bumi itu, yang
mengeggarkan dunia, meruntuhkan bangunan-bangunan, menumbangkan pokok-pokok, dan
sebagainya.
Orang-orang tua kita dulu percaya bahawa gempa bumi berlaku bila lembu yang menampung dunia ini di atas salah sebuah tanduknya menukar dunia ini ke atas tanduknya yang sebelah lagi. Pertukaran antara tanduk kiri ke tanduk kanan, atau sebaliknya inilah yang menyebabkan dunia bergegar yang dipanggil gempa bumi itu.
Seingat-ingat saya, saya juga pernah membaca sebuah buku lama yang
menyatakan bumi ini terletak di atas tanduk lembu.
Tapi dengan adanya penyiasatan-penyiasatan sains yang mendalam, maka
tersingkaplah sebahagian daripada rahsia-rahisa yang selama ini menyelubungi
kejadian gempa bumi itu. Penyiasatan mengenai gempa bumi ini merupakan cabang
yang tersendiri dalam bidang ilmu sains yang dipanggil “Seismology”.
Sebab-sebab Gempa Bumi
Sebenarnya keadaan permukaan bumi ini sentiasa berubah-ubah, tapi sukar untuk
dilihat dengan pandangan mata kita, kerana proses-proses perubahan itu berlaku
secara perlahan-lahan sekali. Contohnya batu-batu di permukaan bumi ini
sentiasa reput dan pecah-pecah, mejadi habuk-habuk, kemudian habuk-habuk itu
hanyut dibawa arus sungai menuju ke lautan dan akhirnya terbenam di dasarnya.
Oleh sebab itu jika tidak ada sesuatu tenaga yang bergerak di bawah perut bumi
ini, maka sudah tentu, permukaan bumi ini akan terbenam di bawah paras lautan.
Jauh di dasar perut bumi itu, kira-kira sedalam 1,800 batu terletak batu-batu
kerak bumi yang keras berfungsi menampung bumi ini. Batu-batu itu tidak stabil,
dan sentiasa bergerak perlahan-lahan sehingga sukar untuk disedari oleh kita
yang berada di atas bumi. Batu-batu itu bergerak dengan dua cara, pertama batu
itu mengembang dan kedua batu itu mengucut.
Batu-batu itu mengucup atau mengecil seperti yang berlaku berbilion-bilion
yang lampau bila bumi itu sejuk, ketika batu-batu dipermukaan bumi jadi dingin.
Serentak di masa itu juga batu-batu itu mengembang di bahagian bawahnya, kerana
radioaktif yang terletak jauh di bawahnya sentiasa hangat. Kebanyakan ahli-ahli
sains percaya akibat panas dan sejuk inilah menimbulkan arus-arus elektrik yang
bertanggungjawab mengubahkan permukaan bumi itu.
Gempa bumi itu juga berlaku kerana pertembungan dua kekuataan, iaitu kekuatan
graviti yang menarik sesuatu ke dalam dan kekuatan pusingan bumi yang cuba
menendangkan sesuatu keluar. Bila kekuatan yang menarik keluar bumi itu lebih
kuat daripada tenaga-tenaga batu dalam bumi itu, maka batu-batan itu akan
pecah, dan ini menyebabkan berlakunya gempa bumi. Bila hal ini berlaku, maka
barulah disedari perubahan-perubahan yang berlaku pada permukaan bumi itu dan
adanya tenaga-tenaga raksaksa yang ada di dalamnya.
Ada pula teori berpendapat gempa bumi berlaku akibat daripada letupan gunung berapi. Tenaganya bergerak dalam bentuk gelumbang yang bergerak dari pusatnya dalam batu-batu yang keras di perut bumi dan menjalar dalam batu-batan dan terus naik ke permukaan bumi. Gerakan ini menyebabkan batu-batan itu menjadi tegang, sehingga sampai kepada satu tahap batu-batan itupun pecah dan bergerak. Gelombang ini mengandungi kuasa pemusnahan yang amat kuat di permukaan bumi, dan menimpakan kesan terhadap benda-benda yang dilanggarnya dalam masa perjalannnya itu.
Jenis-Jenis Gempa Bumi
Mengikut kajian ada tiga jenis kumpulan gempa bumi yang utama, iaitu
volkanik, titonik dan plutonik.
Gempa bumi volkanik, berlaku akibat daripada berlakunya letupan gunung
berapi. Walau pun gempa bumi gunung berapi ini hanya berlaku di kawasan-kawasan
yang terhad kepada kawasan yang bergunung berapi, seperi Mexico, Selatan dan
Kawasan Tengah Benua Amerika dan Jepun, namun ia dapat dikesan di
kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan-kawasan tersebut. Biasanya di
kawasan-kawasan inilah berlakunya gempa bumi besar yang menggerunkan.
Gempa Bumi Titonik, berlaku akibat daripada berlakunya ketegangan-ketegangan besar di dalam perut bumi. Gempa bumi jenis ini biasanya
meliputi kawasan yang luas.
Dan Gempa Bumi Plutonik, berlaku oleh sebab terjadinya letupan-letupan bahan-bahan
kimia, penghabluran semua logam ataupun berlaku pertukaran dalam molikul logam.
Tapi gempa bumi jenis ini berlaku jauh dalam perut bumi, iaitu antara 180
hingga 400 batu dari permukaan bumi, kerana itu ia jarang dapat dirasai di
permukaan bumi.
Jenis-jenis Gelumbang
Gelumbang-gelumbang gempa itu mengikut halajunya [velocity] dapat
dibahagikan kepada tigs jenis gelumbang.
Pertama, gelumbang primari atau Gelumbang Cmpressional [Compressional
Waves]. Gelumbang jenis ini dapat bergerak selaju lima hingga 6 batu dalam
satu detik. Gelumbang ini mempunyai kekuatan yang luar biasa, dapat melalui
segala pepejal dan cecair dengan gampang sekali.
Kedua, gelumbang sekandari atau Gelumabng Tranverse [Tranverse Waves].
Gelumbang jenis ini dapat bergerak selaju tiga hingga empat batu dalam setu
detik. Justeru gelumbang jenis ini hanya dapat melalui cecair sahaja dan bergerak
jauh di dalam perut bumi.
Ketiga, Gelumbang Panjang [Long Waves]. Gelumbang ini dapat bergerak selaju
dua hingga tiga batu sahaja dalam satu detik, dan ia hanya bergerak di
permukaan bumi sahaja. Namun begitu gelumbang inilah yang banyak menimpakan
kemusnahan di permukaan bumi.
Namun begitu, sampai ke hari ini tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi
jawapan yang tepat apakah faktor sebenar yang menjadi punca kepada kejadian gempa bumi?
Kebanyakan gempa bumi itu berlaku antara lapisan permukaan bumi dan
kebawahnya sedalam 35 batu, namun ada juga gempa bumi itu berlaku di
tempat-tempat yang lebih dalam dari itu lagi. Jika di tempat belakunya gempa
itu kedalamannya lebih daripada 35 batu,
maka batu-batu itu menjadi lembek secara perlahan-lahan tanpa menimbulkan
sebarang gempa bumi.
Gempa bumi boleh berlaku di mana-mana tempat sahaja di dalam dunia ini,
baik di utara atau di selatan, di timur atau di barat, tapi biasanya tempat
yang banyak sekali brlaku gempa bumi ialah di kawasan permukaan bumi yang
berubah dengan pentas. Dan kawasan yang paling banyak sekali berlaku gempa bumi
ialah di kawasan sekitar Lautan Pasifik dan kawasan yang dikenali dengan
panggilan “World Belt”.
Lapan puluh peratus daripada seluruh gempa bumi yang berlaku di dunia dari
sejak dahulu hingga sekarang adalah dalam kawasan tersebut. Di Lautan Pasifik termasuk di dalamnya Pantai Barat Amerika Selatan
dan Barat Kepulauan Alentian, Kama Chatka, Jepun, Filipina, Indonesia, Fiji dan
Kepulauan Tanya, Newa Zealand dan New Hebrides.
Sementara kawasan yang termasuk dalam “World Belt”, menjalar dari Sungai
Cina, menembusi negara India menuju ke negara-negara Eropah hingga ke Iceland.
Dari Iceland ia menjalar ke arah Selatan hingga menembusi ke Benua Afrika.
Nasib baik negara kita Malaysia tidak termasuk dalam kawasan gempa bumi
itu, jika tidak kita akan mengalami bencana alam yang besar dari masa ke masa.
Tenaga Gempa Bumi
Bila sesuatu gempa bumi berlaku, maka sebahagian daripada tenaganya akan terbang di permukaan bumi yang mengandungi kekuatan yang mampu meroskbinasakan benda-benda, terutama benda-benda yang terletak berhampiran dengan kawasan gempa bumi itu berlaku. Tenaga gempa bumi itu seperti tenaga-tenaga lain, kian jauh perjalannnya, kian susutlah kekuataannya, sehingga akhirnya tidak lagi mampu merosakkan benda-benda yang dilanggarinya.
Bila sesuatu gempa bumi berlaku, maka sebahagian daripada tenaganya akan terbang di permukaan bumi yang mengandungi kekuatan yang mampu meroskbinasakan benda-benda, terutama benda-benda yang terletak berhampiran dengan kawasan gempa bumi itu berlaku. Tenaga gempa bumi itu seperti tenaga-tenaga lain, kian jauh perjalannnya, kian susutlah kekuataannya, sehingga akhirnya tidak lagi mampu merosakkan benda-benda yang dilanggarinya.
Ada beberapa faktor yang menjadi punca di dalam gempa bumi yang
bertanggungjawab menimpakan kerosakan dan mengorbankan nyawa itu. Antaranya
kerana kerekahan atau keretakan yang berlaku pada bumi, kerana gegaran atau goncangan yang berlaku
pada bumi, kerana banjir akibat tsunami yang berpunca daripada gempa bumi, dan
kerana empanagan air pecah, dan kerana ombak laut besar yag melanda
kawasan-kawasan rendah dan di tepi-tepi pantai dan sebagianya. Selain daripada
mengorbankan nyawa manusia, banyak lagi bencana-bencana yang ditimpakan oleh
sesuatu kejadian gempa bumi, seperti tanah runtuh, tanah menjadi lembek,
kebakaran dan pelepasan bahan-bahan beracun yang boleh membunuh dan
membinasakan. Menurut kajian, daripada semua akibat itu, gegaran atau gempalah
yang menjadi faktor utamanya.
Di samping bencana-benca gempa bumi secara langsung itu, ada pula
kesan yang menyusul kemudiannya. Antaranya merebaknya wabak-wabak penyakit yang
merbahaya yang mengancam nyawa manusia, seperti wabak taun dan sebagainya.
Menyukat Kekuatan Gempa Bumi
Kekuatan gempa bumi hanya dapat disukat dengan alat khas yang dipanggil Skala Richter dan Scala Mercalli. Alat-alat ini direka begitu sensitif untuk mengesan gempa bumi.
Kekuatan gempa bumi hanya dapat disukat dengan alat khas yang dipanggil Skala Richter dan Scala Mercalli. Alat-alat ini direka begitu sensitif untuk mengesan gempa bumi.
Di seluruh dunia pada suatu masa terdapat kira-kira 500 atau 600 alat
Seismographs yang dipasang di seluruh dunia, ada sesetengahnya diletak di
tempat-tempat yang jauh terpencil, antaranya di kawasan Antartik dan kawasan
Artik. Dengan mengguna alat-alat ini ahli-ahli gempa bumi dapat mempastikan di
manakah pusat-pusat gempa bumi yang telah berlaku dan bila msanya kejadian itu
telah berlaku.
Seismologi ialah berasal daripada gabungan dua patah perkataan Greek, iaitu
seismos dan logos, di mana seismos bererti goncangan dan logos
bererti risalah atau ilmu pengetahuan. Maka dengan itu makna Seismologi
ialah ilmu mengenai gempa bumi. Sedangkan gempa bumi mengikut bahasa Greek
ialah seismos te ges.
Namun begitu, sampai ke hari ini ahli-ahli sains belum dapat mempastikan
dengan tepat bilakah sesuatu gempa bumi akan berlaku, namun begitu kebiasannya
gempa bumi itu berlaku di kawasan yang pernah banyak berlaku di masa-masa yang
lalu.
Kita berharap pada suatu masa nanti, ahli-ahli sains dapat mencipta suatu
cara atau alat yang dapat meramal dengan tepat bilakah sesuatu gempa bumi itu
akan berlaku, kerana jika perakra itu diketahui terlebih dahulu tentulah lebih
banyak nyawa dan harta benda yang berharga mungkin boleh dapat diselamatkan
daripada menjadi mangsa bencana gempa bumi.
Dengan melakukan penyiasatan terhadap sejarah gempa-gempa bumi yang telah berlaku di sesuatu tempat
itu, maka ahli-ahli gempa bumi dapat meramalkan berapa kuat sesuatu gempa bumi
yang berlaku pula di kawasasn itu dalam jangka masa yang tertentu di masa-masa
akan datang.
Umpamanya di negara Jepun oleh sebab banyak gempa-gempa bumi yang
besar-besar telah berlaku di masa-masa yang lalu, maka di masa-masa hadapan
mungkin akan berlaku lagi gempa bumi besar sebagaimana biasa yang mungkin akan merosakbinasakan
banyak harta benda dan mengorbankan ramai nyawa manusia, justeru itulah
kebanyakan bangunan-bangunan baru yang dibina di negara itu sekarang mempunyak
rekabentuk khusus yang boleh tahan gegaran-gegaran gempa bumi, demikian juga
dengan bahan-bahan binaan bangunan-bangunan itu yang dipilih khusus. Walaupun
gempa-gempa bumi tidak boleh ditahan oleh manusia, maka kerosakan yang akan
ditimpainya mungkin dapat dikurangi dengan melakukan tindakan-tindakan wajar
sebelum sesuatu gempa bumi meledak.
Walaupun gempa bumi banyak berlaku setiap tahun, malah setiap hari di
seluruh dunia, tapi kebanykannya secara kecil-kecilan dan sedikit sahaja
daripadanya yang membahayakan. Daripada kira-kira 150,000 kali gempa-gempa bumi
yang berlaku setiap tahun, hanya ada beberapa kali gempa bumi yang kuat sahaja yang boleh
membinasakan. Gempa-gempa bumi kecil-kecilan ini boleh berlaku sebelum atau
selepas berlakunya gempa bumi besar yang dipanggil gempa bumi susulan. Gempa-gempa
bumi ini banyak berlaku sebelum sejarah lagi.
Sesetengah ahli-ahli gempa bumi menggunakan gempa bumi yang telah berlaku
itu untuk membuat penyiasatan mengenai isi bumi, sebagaimana ahli-ahli sains di
hospital mengguna sinar X atau X-rays
untuk membuat pemeriksaan ke atas badan manusia.
Gempa Bumi Besar
Sejak tahun 526 ada berbagai-bagai kejadian gempa
bumi yang besar yang telah berlaku dan banyak membinasakan harta benda dan
mengorbankan jiwa manusia, antaranya ialah:
-21 Mei, 526 gempa bumi berlaku di Antioch,
Turkey, kemudian Empayar Byzantine, dikenali dengan nama Gempa Bumi Antioch
menelan korban seramai 240,000 orang.
-Pada 22 Disember, 856 gempa bumi beraku di
Damghan, Iran dikenali dengan nama Gempa Bumi Damghan dijangka menelan korban
seramai 200, 000 orang.
-Pada 22 Mac 893 , gempa bumi di Ardabil, Iran
yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Ardabil, menelan korban dianggarkan kira-kira seramai
150,000 orang.
-Pada 11 Oktober 1138, gempa bumi berlaku di
Aleppo Syria yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Aleppo dijangka menelan korban
seramai 230,000 orang.
-23 Januari, 1556 gempa bumi di Shaanxi, Cina yang
terkenal dengan nama Gempa Bumi Shaanxi yang dianggar telah menelan mengorbankan
seramai 820,000 hingga 830,000 jiwa.,
-Pada 31 Disember 1703, gempa bumi berlaku di Edo,
Jepun dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Genroku, menelan korban seramai 108,
800 orang.
-Pada 1 November 1755 n gempa bumi besar telah
berlaku di Lisbon, Portugal dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Lisbon di mana
dalam masa tiga jam sahaja telah merosakbinasakan seluruh bandar itu. Kira-kira
15,000 bangunan telah binasa, dan seramai 10, 000 hingga 100, 000 orang telah
terbunuh, termasuk yang terbunuh di Morocco dan Spanyol. Gegarannya telah berlaku di tempat-tempat yang
sejauh 1, 000 batu daripada Lisbon. Gempa bumi ini juga telah mencetuskan tsunami
besar.
-Dalam tahun 1891 berlaku gempa bumi di Mino dan
Owari Jepun. Dalam gempa bumi itu seramai 7,500 orang telah terbunuh dan
200,000 buah bangunan telah binasa.
-Dalam tahun 1906 gempa bumi telah melanda
Sanfrincesco yang menyebabkan buminya telah terbelah sedalam 21 kaki, dan
membunuh seramai lebih dari 700,000 orang dan harta benda yang rosak pula
bernilai kira-kira RM450,000.
-Pada 28 Disember, 1908, gempa bumi berlaku di
Messina, Italy yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Messina, menelan korban
seramai 123,000 orang.
-Pada 16, Disember 1920 gempa bumi berlaku di
Ningxia-Gangsu, Cina yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Haiyuan, menelan
korban seramai 273, 400 orang.
-Pada 1 September, 1923 gempa bumi berlaku di
wilayah Kanto, Jepun dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Great Kanto. Gempa
bumi yang paling banyak menelan korban dalam sejarah Jepun sehingga itu, di
mana seramai 150,000 orang telah terkorban. Di samping pula sebanyak 447, 000
buah rumah telah musnah.
Gempa bumi itu selain menimpakan kemusnahan besar
di wilayan Kantok, ia juga turut membinasakan bandar Tokyo, dan pelabuhan
Yokohama. Kerana begitu banyak menelan korban, kerajaan Jepun setiap tahun
merayakan ulang tahun gempa bumi tersebut pada setiap 1 September sebagai hari
“Disaster Prevention Day”.
-Pada 1 September 1923, gempa bumi telah berlaku di Yokohama Jepun.
Dalam masa satu minit sahaja gempa bumi itu telah membunuh seramai 140, 000 orang
dan membinasakan seluruh bandar Yokohama dan sebahagian daripada bandar Tokyo.
Harta benda yang musnah dalam gempa bumi itu bernilai sebanyak RM2,500,000.
-Pada 24 Januari 1934, gempa bumi telah berlaku di
Chile, telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 50,000 batu persegi dan
mengorbankan seramai 30,000 jiwa
.-Pada 6 Okober 1948 gempa bumi berlaku di
Ashgabat, Turkmenistan yang dikenali dengan nama Gepa Bumi Ashgabat menelan
korban seramai 110,000 orang.
-Pada 31 Mei 1935 gempa bumi berlaku di Qutta,
India di mana kira-kira seramai 50,000 orang telah terbunuh
-Pada 24 Januari 1939, gempa bumi berlaku di
Chillan, Chile yang telah mengorbankan seramai 28, 000 orang.
-Pada 26 Disember 1939, gempa bumi telah berlaku
di Wilayah Erzincan, Turki yang telah mengorbankan seramai 33, 000 orang. Selurh
bandar Erzincan habis musnah, dan terpaksa ditinggalkan, dan sebagai gantinya
sebuah bandar baru telah dibina arah ke utara Erzincan.
-Pada 5 Ogos 1949 gempa bumi berlaku di Ecuador
telah membinasakan sebanyak 50 buah bandar dan membunuh seramai kira-kira 6,000
orang.
-15 Ogos 1950, gempa bumi yang kedua kuatnya telah
berlaku di India, membinasakan bumi Assam seluas 30,000 batu persegi dan
seramai 30,000 orang dipercayai telah terbunuh.
-2 Julai 1957, gempa bumi berlaku di utara Iran,
seramai 1,000 orang telah terbunuh dan 5,000 orang telah tercedera serta
seramai 10,000 orang telah kehilangan rumah tangga.
-Pada 29 Febuari 1960 gempa bumi telah berlaku di Barat Daya Pesisiran Pantai Atlantik di Maghribi yang telah memusnahkan keseluruhan bandar Agadir dan mengorban kira-kira seramai 12, 000 orang.
-Pada 28 Mac 1966, gempa bumi telah berlaku di
Tenggara Chile selama 90 detik yang
telah menimpakan kerosakan besar. Lebih dari 400 orang telah terbunuh
dalam petaka tersebut dan seramai 250,000 orang lagi telah kehilangan rumah tangga.
-Pada 23 Disember 1972, Sabtu, gempa bumi telah
melanda negara Nicaragua, Amerika Tengah. Ibu negaranya, Managua telah hancur
lebur, dan demikian juga bandar-bandar yang berhampirannya telah musnah.
Kerosakan besar telah menimpa kawasan penempatan penduduk. Dalam gempa bumi itu
seramai 5, 000 orang telah terkorban, 20, 000 orang telah tercedera dan lebih dariada
250, 000 orang telah kerhilangan rumah tangga.
-Pada 4 Febuari 1976, gempa bumi telah berlaku di
Guatemala yang telah mengorbankan seramai 22, 778 orang, dan ribuan orang
tercedera. Semua bangunan telah musnah, dan ribuan telah kehilangan rumah tangga
dalam gempa bumi yang menimpakan kerosakan besar itu, termasuk kemudahan
awamnya, seperti bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.
-Pada 28 Julai 1976, gempa bumi berlaku di Hebei,
China yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Tangshan, menelan korban seramai
242,769 orang.
-Pada 16 September 1978, gempa bumi telah berlaku
di Timur Laut Iran yang mengorbankan seramai 25, 000 orang.
-Pada 19 September 1985, gempa bumi telah berlaku
di Mexico Tengah yang telah mengorban seramai 9, 500 orang.
-Pada 17 Disember 1988, gempa bumi telah berlaku
di Barat Laut Armenia yang menelan korban seramai 25, 000 orang.
-Pada 21 Jun 1990, gempa bumi telah berlaku di
Barat Laut Iran yang telah menelan korban seramai 50, 000 orang dan 60, 000
orang telah mendapat kecederaan.
Seluruh bandar-bandar Rudbar, Manjil dan Lushan
musnah. Di samping itu 700 buah kampung hancur, dan lebih dari 300 buah kampung
lagi terlibat dalam gempa bumi tersebut, 100, 000 buah rosak, dan 500, 000
orang kehilangan rumahtangga.
-Pada 17 Januari 1995, gempa bumi telah berlaku di
Kobe, Jepun yang telah mengorbankan seramai 6, 000 orang.
-30 Mei 1998, gempa bumi telah berlaku di Utara
Afghanistan dan Tajikistan yang telah mengorbankan seramai 5, 000 orang.
-Pada 17 Ogos 1999, gempa bumi telah berlaku di
Barat Turkey yang telah mengorban seramai 17, 000 orang.
-Pada 21 September 1999, gempa bumi telah berlaku
di Taiwan yang mengorbankan seramai 2, 400 orang.
-Pada 26 Januari 2001, gempa bumi berlaku di India
yang mengorbankan seramai 2, 500 orang. Namun begitu ada pehak yang
berpendapat seramai 13, 000 orang telah terkorban.
-Pada 21 Mei 2002, gempa bumi berlaku di Utara
Afghanistan yang menyebabkan lebih dari 1,000 orang telah terkorban.
-Pada 26 Disember 2003, gempa bumi telah berlaku
di Bam, di sebelah Barat Daya Iran yang menyebabkan seramai 41, 000 orang telah
terkorban.
-Pada 26 Disember 2004, gempa bumi berlaku di Lautan
Hindi yang menyebabkan tsunami dan melibatkan banyak negara di dunia, termasuk
Selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand,
Malaysia dan sebagainya. Gempa bumi ini yang keempat tersebsar selepas
tahun 1900.dan paling kuat dalam abad 20, di mana seramai 182, 340 terkorban,
108, 000 orang hilang dan seramai 1.5 hingga 2 juta kehilangan tempat kediaman
di berbagai-bagai negara yang terlibat dalan gempa bumi itu..
-Pada 27 Mei 2006 gempa bumi melanda Yogyakrta, Indonesia
selama 57 saat mengorban lebih dari
6,500 orang.
-12 Januari, 2010, gempa di Haiti yang dikenali
dengan nama Gempa Bumi Haiti dianggar menelan korban serbanyak 50,000 hingga 92,000, orang,.
-Pada 11 Mac 2011 berlaku gempa bumi di di luar
pesisir Tohoku di Lautan Pasifik, Jepun. Gempa bumi yang palingng kuat pernha
menimpa Jepun, dan gempa yang paling kuat berlaku di dunia sejak tahun 1900. Gempa
bumi ini juga menyebabkan berlakunya tsunami.
Akibat gempat yang kuat Pulau Honashu telah
terganjak 2.4 meter dk arah Timur, dan bumi pula condong pada paksinya 10 cm
hingga 25 cm.
Seramai 15, 846 orang telah terkorban, seramai 6,
011 orang tercedra dan seramai 3, 339 orang lagi telah hilang. Sebanyak 125,
000 buah telah rosak dan binsa, termasuk berbagai-bagai kemudahan awam, seperti
jalan raya, jalan kereta api, empangan dan sebagainya telah binasa dalam gempa
bumi itu.
Kebaikan Gempa Bumi
Walaupun sejauh yang kita ketahui kejadian gempa
bumi itu biasanya membawa kebinasaan dan menimpakan kemusnahan kepada alam dan
manusia, tapit tidak juga dapat dinadikan gempa bumi membawa nikmat dan
kebaikan alam dan manusia.
Cubalah perhatikan! Di dalam sesuatu kejadian
gempa bumi yang besar selalunya membawa sejenis bahan yang dipanggil larva ke
kawasan yang terbabit. Mengikut kajian pula larva ini mengandungi baja yang
dapat menyuburkan tanah-tanah di kawasan tersebut, dan tanah-tanah yang subur
ini tentunya pula amat berguna untuk pertanian dan perternakan.
Dalam sesuatu kejadian gempa bumi itu akan terhampur keluar berbagai-bagai jenis bahan-bahan galian daripada perut bumi yang berguna kepada manusia.
Dalam sesuatu kejadian gempa bumi itu akan terhampur keluar berbagai-bagai jenis bahan-bahan galian daripada perut bumi yang berguna kepada manusia.
Sementara itu ahli-ahli kaji bumi juga mendapat
manfaat daripada batu-batan yang termuntah keluar dari perut bumi ketika
belakunya gempa bumi itu. Kajian ke atas batu-batan itu dapat membuka rahsia
kandungan di dalam batu-batan itu dan juga usianya, maka dengan itu bererti
dapat membuka rahsia bumi atau alam ini.
Sebagai Peringatan
Walau bagaimanapun kepada orang-orang yang beriman
kejadian gempa bumi adalah merupakan sebahagian daripada cara-cara Allah
memberi ujian dan peringatan kepada umat manusia, sejauh manakah mereka beriman
dan bertakwa keapda Allah S.W.T.
Allah Yang Maha Berkuasa menggunakan fenomena alam
seperti gempa bumi sebagai perinatan kepada manusia supaya sentiasa
mentauhidkan Allah, mengingati kebesaran-Nya, keagungan-Nya, kemuliaan-Nya,
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sedangkan manusia kelihatan kian menjauh
dari Allah, dengan sewenang-wsenangnya bukan sahaja menyingkirkan hukum-hukum
Allah, malah senafas itu juga menghinanya sebagai hukuman yang lapuk dan tidak
adil dan berbagai-bagai cercaan lagi. Maka sebagai peringatan, Allah turunkan
gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, gunung berpai meletus,
kebakaran, kebus tebal menutupi bumi dan sebagainya lagi mengikut ketentuan
Allah yang menimpakan kemusnahan ke atas harta benda dan juga jiwa raga
manusia.
Kepada mereka yang beriman semua fenomena alam itu
menambahkan keimanan mereka kepada Allah, menguatkan lagi takwa mereka kepada
Allah, kepada mereka tiada tuhan lain melaikan Allah. Tapi kepada mereka yang
ingkar, angkuh dan seombong, tidak beriman fenomena alam yang dasyat itu tidak
dapat menjernihkan hati mereka, tidak memberi bekas kepada jiwa mereka, dan
kepada mereka semua kejadian itu adalah merupakan sebahagian daripada proses
yang berlaku dalam alam semulajadi, tidak ada mengena dengan Allah SWT. Sudah sesat,
maka bertambahlah kesesatannya.
Allah berfirman, maksudnya: “Dan jika Kami hendak
membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup
mewah di negeri itu [supaya mentaati Allah], tetapi apabila mereka melakukan
penderhakaan di dalam negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya
perkataan [hukuman Kami]. Kemudian Kami hancurkan negeri itu
sehancur-hancurnya”. Al-Isra’: 17.
Dan, “Tidak ada satu negeri pun [yang derhaka
penduduknya], melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab
[penduduknya] dengan azab yang sangat
keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam Kitab [Lauh Mahfuz]”.Al-Isra’:58.
Tidak ada sesiapa pun, tidak aada suatu bangsa pun
yang mampu untuk menentang segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT. Allah kata jadi, maka jadilah. Janji Allah itu tetap benar.
Dan ada lagi peristiwa yang lebih dasyat dari
gempa bumi, sebagaimana dijanjikan oleh Allah untuk mengakhiri dunia yang fana
ini dalam menuju keabadiannya, iaitu hari kiamat yang pasti akan tiba, bila
sampai ketentuannya yang telah ditetapkan oleh Allah. “Hari kiamat. Apakah
hari kiamat itu? Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia
seperti kupu-kupu yang berterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu
dihambr-hamburkan”. Al-Qari’ah:1-5.
Di samping itu ada ada beberapa buah Hadis yang member peringatan mengenai gempa bumi yang menggambarkan salah satu daripada tanda-tanda kiamat telah hampir.
Di samping itu ada ada beberapa buah Hadis yang member peringatan mengenai gempa bumi yang menggambarkan salah satu daripada tanda-tanda kiamat telah hampir.
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama [yakni dalam menegak keadilan, dan dikatakan telah terjadi perang tersebut antara Sayidina Ali dan Mu’awiyah]…….dan terjadi banyak gempa bumi…”. Sahih al-Bukhari & Muslim.
Dari Salamah bun Nufail al-Sakkuni katanya,
“Kami pernah duduk bersama Rasulullah SAW, lalu seseorang bertanya, “Ya
Rasulullah, apakah tuan pernah diberi makanan dari langit?.....di akhirnya
Baginda SAW bersabda, “…….Dan sebelum kiamat terjadi kematian yang dasyat dan
sesudahnya pula berlaku tahun-tahun gempa bumi”. Ahmad al-Darimi, al-Tabarani,
al-Bazzar, Abu Ya’ala, Ibn Hibban & al-Hakim, Hadis sahih.
Dan dari Abdullah ibn
Hawalah RA katanya, “Rasulullah SAW pernah mengutus kami kepada penduduk
sekitar Madinah dengan berjalan kaki…. Di akhirnya kata beliau: “Kemudian
Baginda meletak tangannya di kepalaku, kemudian bersabda: “Ya Ibnu Hawalah,
jika kamu melihat khilafah telah turun di Bumi Suci [yakni Syam dan telah pun
berlaku di zaman Mau’awiyah tahun 40H], maka sesungguhnya telah hampirlah gempa
bumi, bala bencana dan perkara-perkara besar, dan kiamat pada hari itu lebih
hampir kepada manusia berbanding hampirnya tanganku ini dari kepalamu”. Ahmad,
Abu Daud & al-Hakim, Hadis sahih.
0 comments:
Post a Comment