Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> Thursday, August 8, 2013




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sepuluh jari kami susunkan
Memohon ampun dan kemaafan
Daripada saudara-mara
Adik dan kakak,
Ipar duai
Muslimin dan Muslimat
Jauh dan dekat
Maafkanlah kami
Ampunilah kami
Dan semoga Allah melimpah ampunan ke atas kita semua.
Amin.

Dengan tibanya malam ini, hari Rabu, malam Khamis, 29 Ramadan 1434 [7 Ogos 2013], maka bererti bulan Ramadan kali ini telah sampai ke puncakya, dengan ketibaan Aidilfitri yang mulia.

Dua perasaan berbaur antara sedih dan gembira. Sedih kerana Ramadan akan berIalu, Tarawih akan pergi dan Laitulqadar akan sirna sehingga bulan Ramadan tiba lagi tahun akan datang. Gembira dan syukur kerana Aidilfitri telah melabuhkan tirainya membawa sinar yang gemerlapan di hati Muslimin dan Muslimat. Syukur kerana berjaya menunaikan ibadat puasa yang begitu agung kemuliaannya di sisi Allah Yang Maha Bijaksana.

Hati bergegar dengan aneka  perasaan yang mewarnakan setangaki hati yang begitu rapuhnya di saat-saat tertentu. Kenangan kepada ayah dan bonda meragut hati. Kenangan kepada sanak saudara mengoncang perasaan. Kenangan kepada kampung halaman  mengocak perasaan. Kenangan kepada orang yang tersayang merawan hati. Kenangan pada diri musafir kelana di dunia yang fana meresahkan hati dan jiwa.

Ya Allah damaikanlah hati kami ini dengan limpahan keampunan dan keredaan-Mu Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun di malam yang penuh syahdu ini. Ya Allah titiskanlah rahmat-Mu ke atas hamba-hamba-Mu yang sentiasa mencari rahmat-Mu. Ya Allah ampunkanlah mereka yang telah pergi terlebih dahulu ke pangkuan-Mu, rahmatilah mereka dengan rahmat yang melimpah-ruah.

Ya Allah damaikanlah hati kami ini dalam pelukan Aidilfitri yang semaraknya membunga di setiap hati insan. Basahilah hati kami dengan titisan-titisan embun kasih yang berlanjutan. Damaikanlah jiwa kami dengan senandung madu kasih, imam dan takwa. Pandulah langkah-langkah kami meniti jalan kebenaran hakiki yang penuh kemurnian.

Ya Allah!

“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Pemilik Hari Pembalasan.

Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”.

Besok tibalah pagi raya dengan harapan membawa seribu bunga-bunga rahmat yang kewangiannya tidak ternilai, melimpahi setiap sungai dan tasik, serta perelmabhan untuk mengalir ke laut hati manusia yang bermandikan keimanan dan ketakwaan rahmat kurnia Yang Maha Pencipta.

Amin! Ya Rabbal Alamin.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP