Sambut Tamu Di Raya Ke-3

>> Sunday, September 12, 2010




SAMBUT Tamu Di Raya Ke-3































Sambut Tamu i Raya Ke-3

DALAM masyarakat kita, Hari Raya Puasa ini dikenali juga dengan nama Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Fitrah.

Kalau ucap selamat menerusi kad kita mengunakan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, dan bukannya “Selamat Hari Raya Puasa”.

Hari Raya Aidilfiri jatuh pada hari pertama pada bulan Syawal setiap tahun, iaitu selepas berakhir bulan Ramadan.

Ia dipanggil Hari Raya Puasa kerana pada hari itu umat Islam baru sahaja selesasikan menunaikan ibadat puasanya sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak.

Pada hari itu umat Islam diwajibkan mengeluarkan fitrah dan disunatkan menunaikan solat sunat Hari Raya Fitrah sebanyak dua rakaat.

Umat Islam melakukan berbagai-bagai acara untuk menyambut Hari Raya Puasa. Semua cara adalah baik selagi ia tidak beracanggah dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh agama.

Bermain mercun bukan ajaran Islam. Justeru itu tidaklah dihairankan jika ramai orang-orang Islam mendapat kemalangan ketika bermain mercun. Bermain mercun samalah ertinya mengundang bahaya.

Kepada kami Hari Raya pertama mulai dari pagi kami menziarahi rumah saudara mara dari sebuah ke sebuah rumah, sampai larut petang. Kalau ada kesempatan kami balik ke rumah sekejap di waktu tengah hari untuk berihat dan solat Zohor, dan selepas solat Asar kami kami menyambung kembara menziarahi saudara mara, hingga sampai menjelang Maghrib.

Pada hari yang kedua pun begitu juga. Kami sambung lagi kembara ziarahi kami untuk berhari raya dari rumah ke rumah keluarga dan sanak saudara mengikut kemampuan kami.

Justeru sepanjang dua hari raya itu rumah kami hampir tertutup, kecuali di waktu pagi sekejap sebelum kami turun rumah untuk memulakan kembara ziarah hari raya.

Begitulah tradisi kami sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, sebaik-baik sahaja kami mendirikan rumahtangga dengan isteriku Asiah yang telah berpulang ke rahmatullah. [Ya Allah lempahilah rahmat ke atasnya].

Di waktu ayah dan bonda masih ada, ke rumah merekalah kami tuju terlebih dalam kembara hari raya kami untuk berhari raya dengan mereka untuk memohon ampun dan maaf dari hujung kaki sampai ke hujung rambut.

Pada hari raya ketiga biasanya kami tidak dapat bergerak ke mana-mana, kerana pada Hari Rayake-3 inilah kami mengadakan raumah terbuka untuk menyambut kunjungan para tetamu, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Biasanya kedatangan mereka tak putus-putus sampai ke malam.

Biasanya selain dari kueh-mueh biasa, makanan istimewa yang disedikan ialah nasi dagang berlauk gulai daging, gulai ayam dan gulai ikan, atau nasi kerabu berlauk daging atau ayam bakar dan kerpuk, nasi himpit berkuah santan dan satai.

Arwah isteri saya memang terkenal dengan nasi dagang dan nasi kerabunya yang sukar ditandingi.

Allamhdulillh tradisi menyambut tamu pada hari raya ke-3 disambung oleh anak kami Nurbaiti Zaini. Hari ini dia menyediakan nasi daging berlauk gulai ayam dan ikan aya [tongkol] berdasarkan resipi peninggalan Mamanya.

Pada hari raya pertama, Nur telah menyediakan nasi kapit [himpit] berkuah kacang dan satai.

Suaminya Safayi, dan anak kami Faris Zaini sama-sama turun tangan membantu Nur memasak di dapur pada hari raya ke 3 ini. Anak kami Syaibani Zaini tidak ada di rumah kerana ada peristiwa penting dan tidak diduga-duga telah menimpa di sebelah keluarga isterinya di Pasir Mas.

Cucu kami yang perempuan, Nik Nur Syafiqah Zaini juga tidak kurang menolong Mamanya di dapur.

Semoga kesan mulia dari Ramadan tahun ini akan terus berkekalan bersama kami untuk meletakkan kami dalam wadah iman dan taqwa di sepanjang hayat.

Selamat datang. Selamat Datang. Ampun dan maaf dipohon.
xxxx
Renunglah:

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadan lalu menyambungnya dengan [puasa] enam hari di bulan Syawal, maka [pahalanya] seperti ia berpuasa selama satu tahun”. HR:Muslim

-“Puasa ramadan [ganjarannya] sebanding dengan [puasa] sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari [di bulan Syawal, pahalanya] sebanding dengan [puasa] dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh”. HR:Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban.
xxxx

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP