Rahsia Kura-kura Berlari Pentas

>> Friday, September 3, 2010



RAHSIA Kura-kura Pantas Berlari


MENGIKUT kajian sains, kura-kura ialah salah sejenis haiwan dalam keluarga reptilia yang tertua di dunia, lebih tua dari ular dan biawak, dan mengikut perkiraan sains sudah berusia lebih dari 215 juta tahun menjadi penghuni bumi ini.

Sebahagian besar dari kita tentu pernah mendengar atau membaca cerita kura-kura memenangi acara perlumbaan lari dengan arnab sedangkan dalam keadaan biasanya sudah tentu arnab lebih pantas dari kura-kura.

Kepada kita cerita ini merupakan cerita kiasan tentang kesabaran, kerajinan dan kemuliaan hati dapat menewaskan kesombonagan, kelalaian dan dan ketidakwaspadan.

Itulah falsafah hidup orang-orang beriman dan berakhlak mulia yang sentiasa merendahkan diri dan waspada dalam hidup.

Di samping itu cerita tersebut memang ada asas kebenarannya mengikut kajian-kajian sains yang pernah dijalankan ke atas kura-kura.

Menurut penyiasatan yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli sains, kura-kura memang dijadikan Allah dengan rupa bentuk yang memang sesuai untuk berlari dengan pentas.

Bentuk yang dimaksudkan itu ialah bentuk parabola. Menurut ahli-ahli sains bentuk seperti ini memang baik untuk mengatasi tekanan atau geseran angin ketika berlari.

Justeru itulah kereta lumba yang laju meniru bentuk parabola kura-kura, seperti kereta lumba yang pernah dimiliki oleh pelumba terkenal, Majur Segrave yang dinamakan “Sumpitan Emas” yang berjaya meluncur sederas 231 batu sejam.

Demikian juga kereta lumba kepunyaann Kaptan Malcolm Campbell yang dinamakan “Burung Biru” pernah berjaya memecah rekod dunia dengan kelajuan 245.7 batu sejam. Kereta lumba ini juga dibuat dalam bentuk parabola kura-kura.

Selain itu peluru-peluru yang ditembak daripada muncung-muncung senjata yang kuat juga dikatakan meluncur menuju sasarannya dalam bentuk parabola yang sebenarnya.

Justeru itu tidaklah hairan jika dalam cerita perlumbaan arnab dengan kura-kura itu berakhir dengan kemenangan di pihak kura-kura. Ia memang ada asasnya.

Itulah, tidak ada sesuatu benda pun yang Allah cipta dalam dunia ini sia. Cuma akal kita sahaja yang tidak mampu menjangkaunya.
Xxxxxx

Renunglah:
-“Persahabatan hanya dapat dibeli dengan persahabatan. Seseorang mungkin menguasai orang-orang lain tapi dia tidak akan dapat memilki hati mereka kalau dia tidak memberi hatinya sendiri”. Thomas Wilson.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP