>> Tuesday, November 23, 2021
YA
ATAU
TIDAK?
Dua perkataan di atas YA atau TIDAK terlalu kerap
digunakan dalam kehidupan kita, kalau tidak dengan lisan atau sebutan, maka dengan
isyarat anggota badan seperti tangan atau kepala.
“Ya” artinya
berkenan, setuju atau baik, sebaliknya “tidak” berarti tidak setuju, tidak
baik, tidak berkenaan atau salah dan seumpamanya.
Tapi dalam hidup
ini, kadang-kadang kita menggunakan perkataan atau perlambangaan yang terbalik atau berentangan dengan maksud kita yang
sebenarnya, seperti “ya” berarti “tidak dan “tidak” pula berarti “ya”.
PANGKAH
Pangkah itu lambang yang berupa palang, atau lambang campur dalam istilah ilmu matematik, dulunya dipanggil ilmu hisab.
Bentuknya lebih
kurang seperti ini +
Lambang pangkah
dulu tidak seperti lambang palang tersebut, tapi ia menyerupai huruf eks X. Macamlah
inilah yang dikatakan pangkah, bukannya tanda campur +.
Dalam ilmu
matematik sekarang lambang pangkah itu dipanggil darab, tapi dulunya dipanggil
juga “kali”.
Dua kali dua
samalah artinya dengan dua darab dua, jawabnya empat. [2x2=4].
Guru-guru sekolah yang memeriksa kertas jawapan pelajar-pelajar mereka menggunakan lambang pangkah jika jawapan itu tidak betul atau salah. Artinya tidak berguna atau tidak memberi faedah.
Tapi dalam jurusan lain, iaitu dalam pengundian pilihanraya, mereka yang ingin membuat pilihan calon-calon yang mereka pilih akan diberikan nama-nama calon para peserta pilihanraya, mereka dikehendaki meletakkan tanda pangkah di sebelah nama calon tersebut yang mereka pilih. Dengan itu berarti mereka memilih calon yang berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.
Justeru itu
tanda pangkah itu amat penting dan berguna dalam kontak pilihanraya, bukannya
tidak perlu atau sia-sia seperti dalam kertas jawapan bertulis para pelajar.
POSITIF ATAU NEGATIF
Positif dalam bahasa Inggeris positive. Arti secara umumnya sesuatu yang boleh diterima,
diyakinkan atau sesuatu yang baik dan disetujui atau disenangi.
Sementara negatif
adalah dari bahasa Inggeris negative yang secara umumnya bermaksud tidak
disukai, tidak dipersetujui atau ditolak.
Tapi ada juga kalanya
dua perkataan itu membawa maksud yang berbeza, iaitu positif untuk sesuatu yang
tidak dikehendaki dan negatif untuk sesuatu yang dikehendaki.
Contohnya kita
ambil dalam penggunaan pemeriskaan penyakit Covid, orang yang menjalani
pemeriksaan penyakit tersebut ada dua kategori jawapannya iaitu negatif atau
positif.
Dalam hal ini bila
disebut negatif ia berarti baik dan disenangi dan selamat dari penyakit
tersebut, tapi bila disebut positif ia memberi arti tidak baik kerana membawa
penyakit yang tidak disenangi itu.
Andainya seorang
isteri menjalani pemeriksaan perut adakah ia mengandung atau tidak, jika
didapatinya mengandung maka jawabnya dengan gembira “positif” dan bukannya
sebaliknya “negatif”.
Demikian dua
perkataan iaitu "positif" dan "negatif", tapi lain maksudnya dari biasa kerana disesuaikan dengan kehendak pengguna.
Allahuakbar
Sekian.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
23 November
2021/
18 Rabiulakhir
1443.
0 comments:
Post a Comment