>> Thursday, November 11, 2021
KERJA
SIAPA NI
SAYANG?
SELANGKAH KE ALAM GHAIB
Hari itu
hari cuti mingguan. Zai dan isterinya baru mendapat seorang cahayamata, seorang
puteri. Anak sulung selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga atas dasar cinta
mencintai.
Sejak
mendapat cahayamata itu mereka hampir tidak ada luang untuk keluar rumah walaupun di hari cuti seperti hari itu.
Kedua-duanya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam urusan
rumahtangga.
Zai suka
membantu kerja-kerja rumahtangga isterinya, walaupun mereka mempunyai seorang
pembantu rumah yang boleh diharap. Lebih-lebih lagi dari keluarga isteri Zai juga. Zai juga suka membuat kerja-kerja dapur bersama dengan isterinya.
Hari itu
pembantu rumahnya cuti untuk balik kampung kerana ada kerja keluarga yang amat
penting untuk diselesaikan.
Pagi itu Zai baru selesaikan memmbantu isterinya
memandikan bayinya yang baru berusia beberapa bulan. Zai amat suka memandikan
bayinya, kerana bayi itu amat suka bila Zai memandikannya. Kemudian bila
selesai memandinya Zai akan menyerahkan bayi itu kepada isterinya untuk dipakaikan
pakaiannya, diberi susu dan ditidurkan.
Biasanya
bila bayinya tidur, isterinya pula akan mandi dan Zai akan tolong
memandikannya, dengan menjirus air dan menggosok badannya.
Ataupun
mereka sering juga mandi bersama-sama. Saling jirus menjirus dan gosok
menggosok yang amat mereka sukai. Kadang-kadang mereka ah....sebagai suami
isteri. Seronokya tidak tidak terkata
Hari itu
bila tiba untuk mereka berdua mandi Zai terlebih dahulu masuk ke bilik air
untuk membersih dan mengatur balik barang-barang mandian bayi yang digunakannya untuk memandi bayi
tadi, dan menyiapkan sabun dan sebagainya yang mereka perlukan untuk mandi bersama.
Tapi
hari itu Zai amat terkejut mendapati barang-barang di bilik mandinya yang
ditinggalkan berselerak tadi telah kemas teratur dan barang-barang keperluan
mereka pun telah tersedia untuk digunakan.
Zai
bertanyakan isterinya adakah dia yang melakukannya itu, tapi isterinya
menafikannya. Walau bagaimanapun Zai tidak menerima jawapan isterinya itu dengan serius dan menganggapnya sebagai suatu senda gurau sahaja. Mereka terus
mandi dengan seronok seperti biasa.
Tapi
pagi besoknya perkara yang sama juga berlaku. Selepas memandikan bayinya, Zai
dan isterinya bermain-main sekejap dengan bayinya itu, kemudiannya isterinya
menyusukan bayi itu dan akhirnya bayi terus tertidur.
Zai
pergi ke bilik mandi untuk mengemaskannya sebelum mereka mandi, tapi Zai amat
terkejut melihat bilik mandi itu berada dalam kemas dan teratur, sedangkan masa
ditinggalkanya tadi dalam keadaan berselerak.
Isterinya
juga melihat keadan tersebut dengan terkejut. Sedangkan sepanjang masa itu mereka
bermain-main bersama-sama dengan bayi. Lalu
siapakah yang mengemas bilik mandi mereka? Lebih terkejut lagi, bilik tidur
mereka juga telah dikemas rapi.
Siapakah
yang melakukannya?Pembantu rumah mereka masih belum balik sehingga petang
nanti. Siapakah rajin berbuat demikian?
Pertanyaan
ini bukan sahaja tidak berjawab tapi juga menimbulkan rasa seram sejuk ketakutan
pada isterinya,
Pada sebelah
malamnya isteri Zai enggan tidur di bilik tidurnya itu dan mereka tidur di bilik sebelah, bilik
tetamu.
Malam itu isteri Zai bermimpi bertemu dengan gemulah ibunya yang memberitahu supaya jangan takut, kerana yang datang melakukan semua pekerjaan itu ialah orang yang emaknya janjikan dulu bahawa dia akan mendapat pembantu rumah setelah melahirkan anaknya yang pertama nanti. Itulah pembantu yang dijanjikan itu. Dia akan datang bertugas setiap hari tanpa sebarang upah.
Isteri
Zai memberitahu tentang mimpinya itu
kepada Zai. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk bertemu dengan seorang
ustaz yang terkenal dengan perkara-perkar gbaib seperti itu.
Hasil
daripada perbincangan mereka, kata Ustaz makhluk ghaib itu ialah Saka peninggalan ibu isteri
Zai untuknya. Perkara itu tidak payah dipinta, saka itu akan datang dengan
sendirinya untuk memberi bantuan kepada orang-orang tertentu yang berhak menerimanya.
Walau bagaimanapun, atas nasihat Ustaz tersebut, isteri Zai dan Zai bersedia membuang saka itu. Isteri Zai lebih suka melakukan pekerjaan tersebut sendiri tanpa mendapat bantuan ghaib daripada Saka yang tidak dapat dilihat itu.
Kata Ustaz makhluk ghaib ia adalah syaitan
yang telah mengikat perjanjian dengan gemulah ibunya dan mungkin pula akan datang menganggu mereka di kemudian hari.
Sekian,
sekadar renungan.
Pondok
Rahmat,
Kota
Bharu Kelantan Darulnaim
11
November 2021/
6
Rabiulakhir 1443.
0 comments:
Post a Comment