>> Saturday, November 6, 2021
TAHI HIDUNG
SEBAGAI
OBAT
Kita manusia biasanya mempunyai sebatang hidung yang mempunyai dua lubang tempat kita bernas keluar dan
masuk atau naik dan turun.
Biasanya dari
hidung kita itu akan terdapat dua benda, iaitu hingus, dan tahi hidung.
Hingus biasanya semacam cecairan yang mengalir keluar dari hidung, biasanya kerana dihingapi penyakit.
Sementara tahi hdung pula sering terdapat dalam hidung, biasanya dalam keadaan pekat atau keras.
Tahi hidung
tidak berbau busuk atau kotor seperti tahi biasa yang keluar dari lubang
punggung kita ketika berak.
Walaupun digelar
tahi, tapi ia mempunyai keistimewaan kerana orang-orang tua kita dahulu menggunakannya sebagai obat tradisonal yang
khusus untuk penyakit yang khusus.
Orang-orang tua
kita dahulu menggunakan tahi hidung mereka masing-masing untuk merawat penyakit
jerawat pada muka mereka.
Caranya mudah
sahaja.
Korek dan ambil
tahi hidung dengan menggunakan mana-mana jari yang sesuai, kemudian hancurkan
dengan kerjasama ibu jari dan selepas itu tampal atau tepek tahi hidung itu
dengan agak kuat sedikit supaya ia boleh melekat pada butir jerawat di muka.
Kemudian biarkan
ia menempel atau melekat di situ sehingga ia hilang dengan sendirinya.
Biasanya tahi
hidung lebih mudah diambil dengan menggoreknya dengan jari pada waktu pagi.
Saya tidak
menyarankan atau meminta sesiapa yang membaca tulisan ini supaya mencuba
penggobatan jerawat dengan menggunakan tahi hidung seperti ini.
Tujuan tulisan ini
hanya sekadar untuk merakamkan tradisi
dan budaya lama nenek moyang kita dalam pengobatan penyakit jerawat.
Selain daripada tahi hidung untuk merawat jerawat, mungkin juga ada lagi penggunaannya yang lain oleh bangsa kita yang kaya dengan budaya ini.
Sekian.
Pondok
Rahmat
Pasir
Tumboh,
Kota
Bharu Kelantan Darulnaim.
[Sabtu] 6
November 2021/
1
Raibulakhir 1443
0 comments:
Post a Comment