>> Tuesday, November 30, 2021
PERBUALAN
DOKTOR-DOKTOR
DENGAN
PESAKIT
Ini merupakan percakapan seorang pesakit dengan beberapa doktor yang pernah merawatnya. Ia merupakan instisari dari percakapan mereka sejauh yang diingatinya.
Mereka
terdiri daripada beberapa orang doktor yang berlainan dan dibahasakan sebagai
Doktor A, Doktor B dan seterusnya.
Ikutilah intisari
perbualan mereka sebagaimana berikut:
Doktor A
Pagi itu pesakit
makan pagi di sebuah kedai nasi yang baru dibuka bersama isterinya. Mereka
makan nasi kerabu. Nasibnya kurang baik kerana ketika sedang makan itu dia
merasa tertelan dan lekat tulang ikan di kerongkongnya. Menyakitkan.
Selesai makan,
kerana tidak tertahan, pesakit pergi ke sebuah klinik swasta di bandar itu untuk
dirawat. Doktor tersebut memeriksa kerongkongnya dengan teliti tapi tidak
nampak tulang atau apa-apa yang tersangkut di kerongkongnya.
Setelah selesai memeriksa pesakit, doktor itu memberitahu beliau tidak nampak apa-apa dalam kerongkong pesakitnya itu, lagi pun katanya beliau tidak mempunyai alat yang khusus untuk mengesannya. Sarannya kalau nak jelas kena pergi ke hospital.
Sementara itu, beliau
menasihati pesakit supaya memakan roti.
Roti itu hendaklah digentel kemas sebelum memakan dan menelannya. InyaAllah
tulang itu akan tertelan bersama-sama dengan roti itu.
Doktor tidak
mengenakan apa-apa bayaran kepada pesakit. Percuma sahaja.
Keluar dari
klinik pesakit terus membeli beberapa
biji roti dan terus memakannya semasa dalam
kereta yang dipadgu oleh isterinya.
Allhamdulillah
belum pun habis seketul roti dimakannya dan beberapa teguk air kosong dia merasa tulang di kerongkongnya
telah hilang dan dia tidak merasa sakit lagi.
Syukur kepada
Allah dan terimakasih kepada doktor.
Doktor B
Sudah beberapa
hari dia merasa tidak selesa kerana sakit kerongkong, perit dan sakit.
Biasanya kerana
penyakit seduan atau resdung yang kerap dialaminya akibat alahan makanan,
terutama belacan, atau sangat pedas, seperti sambal belacan yang digemarinya.
Hari itu
pagi-pagi lagi dia pergi ke sebuah klinik swasta untuk dirawat. Seperti biasa
doktor menyuruh dia baring terlentang dan mengangga mulut luas-luas untuk
memeriksanya dengan bantuan lampu picit [tauch light].
Bila selesai doktor
menyuruhnya bangkit dan menyuruh dia mengambil obat di kaunter di bahagian
hadapan pejabat kliniknya itu.
Selesai mengambil obat dan membayar kosnya, tiba-tiba doktor tadi keluar dari biliknya dan menarik tangannya untuk memberitahu sesuatu.
Secara berbisik doktor membertahunya, bahawa beliau tidak nampak
apa-apa dalam tengkoknya, dan obat itu diberi mengikut andai dan pengalamannya
sahaja.
Namun begitu
beliau berpesan supaya pesakit memakan obat itu semoga ia memberi kesan dan
sakitnya sembuh. Pesakit hanya tersenyum mendengar penjelasan itu serta
mengucap terimakasih.
Bila sampai ke
rumah, pesakit lalu terfikir mengingat kata-kata doktor tadi yang memberi obat
kepadanya secara andaian berdasarkan pengalamannya, maka pesakit itu pun
membuat keputusan tidak akan memakan obat itu.
Namun begitu
selepas beberapa hari berlalu, sakit kerongkongnya terus hilang begitu sahaja tanpa perlu memakan apa-apa obat.
Alhamdulillah.
Dr. C
Dalam satu
perbualan dengan pesakit doktor membertitahu bahawa ada tiga hal yang ingin dicapai
seseorang doktor yang merawat pesakit.
Tujuan utama
doktor adalah ingin melihat pesakitnya itu sembuh ratus peratus dari penyakit. Ada tiga cara untuk mencapainya.
Pertama doktor
ingin melihat pesakitnya sembuh sepenuhnya, tanpa memerlukan mengambil apa-apa ubat
lagi selepas itu. Kata beliau perkara ini amat diharap oleh para doktor.
Kedua pesakit sembuh tapi perlu terus memakan obat sampai sembuh. Ini tidak diminati oleh doktor katanya.
Ketiga pesakit sembuh dari penyakitnya tapi melalui pembedahan. Ini cara yang paling tidak disenangi oleh doktor dan cuba dielakkan oleh doktor selagi boleh.
Dr D
Dr. D
dalam perbualan dengan pesakit tersebut pernah memberitahu bahawa setiap orang
pasti pernah sakit, samada berat atau ringan.
Kemudian beliau melukis
gambar lakar tentang keadaan penyakit pada badan pesakitnya itu sambil
menjelaskan anggota-anggota tersebut dan di mana letaknya penyakit dalam badan
pesakit.
Katanya dia
sendiri pun bila tua nanti mungkin akan sakit seperti yang dialami oleh pesakitnya itu,
malah mungkin lebih teruk lagi dari itu. Itu satu kemungkinan.
Sihat dan sakit
adalah perkara biasa. Kita manusia mesti bersabar.
Dr.E
Dr. E berbicara tentang perkerjaan kepada pesakit.
Katanya kita mesti terus bekerja walaupun kita sakit selagi kita mampu. Kalau tidak mampu apa boleh buat.
Kalau anda
seorang penulis katanya, anda hendaklah terus menulis walaupun sakit selagi
anda mampu menulis. Tulislah seberapa banyak yang anda mampu.
Beliau lalu
memberi contoh seseorang [disebut namanya] yang terus menulis walaupun telah
berusia dan juga mengindap penyakit yang serius.
Teruskan
berusaha kerana kataknya kita tidak tahu bila usia kita akan diambil Allah.
Sementara itu teruslah berusaha selagi kita mampu.
Demikianlah
beberapa catatan seorang pesakit tentang perbualannya dengan beberapa orang
doktor yang pernah merawat penaykit yang dihadapinya.
Sekian, dan
terimakasih kerana sudi membaca catatan ini.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh
Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Selasa 30
November 2021/
25 Rabiulakhir 1443.
0 comments:
Post a Comment