>> Sunday, November 14, 2021
KENTUT,
BERKENTUT
DAN
TERKENTUT
Rahsia Kentut
Dalam bahasa
yang di sopankan kentut dikatakan buang angin, sebagaimana berak dikatakan
buang air besar, dan kencing dikatakan buang air kecil atau air seni dalam
bahasa yang disopankan.
Kentut adalah
angin atau gas yang ditendang keluar dari perut seseorang menerusi saluran najis dan
berakhir melalui lubang dubur tempat
keluar tahi.
Bunyi kentut
yang keluar dari dubur itu kadang-kadang deras atau kuat, kadang-kadang tidak
kuat atau tidak deras dan kadang-kadang pula tidak berbunyi langsung.
Kentut yang
tidak berbunyi tapi berbau inilah dipanggil “kemenyan hantu”.
Di samping itu
dari segi baunya pula, ada kentut yang tidak berbau, ada kentut berbau tapi
tidak kuat baunya dan sebaliknya ada pula kentut yang bau busuknya amat kuat sekali,
seperti bau telur buruk atau telur tembelar yang pecah.
Kentut yang
berbau busuk itu adalah kerana terdapatnya sejenis bahan yang dikenali sebagai
sulfur dalam usus.
Dari segi
kesihatan pula kentut berguna untuk mengurang atau menghilangkan rasa sekak atau
sesak dalam perut yang boleh menganggu seseorang selagi tidak
berkentut.
Tidak berkentut
inilah yang melariskan penjualan minyak angin untuk mengeluarkan angin yang tersumbat dalam usus
yang dipanggil kentut itu,
Justeru walaupun
kentut itu tidak bernilai tapi ia amat berharga.
Di sini saya
ingin menarik perhatian anda untuk mengikuti beberapa tangkai kisah mengenai buang angin
atau kentut itu.
1]
Kentut Tiup Atau Hembus
Ali dan Ahmad
dua orang kawan baik. Mereka tinggal di sebuah kampong pada suatu masa dahulu.
Pada suatu ketika
mereka sedang bergurau senda di suatu
tempat biasa di kampong itu.
Tiba-tiba ketika
asyik berbual-bual itu Ali mengangkat kain palekat di punggungnya, dan segera
meletak tanganya di situ sambi melepaskan letusan kentut yang kuat bunyinya.
Kemudian dia
mengeluarkan tangannya dari punggungnya dalam keadaan kemas berkepal. Kemudian
dia membuka kepalan tangannya itu dan meniup dengan kuat ke muka kawannya Ahamad sambil berkata,
“Nah ini kentut kepal”.
Ahmad segera
melarikan mukanya sambil menutup hidung dan menyumpah Ali dengan kata-kata”
Allah busuknya”.
Ali ketawa
terkekeh-kekeh melihat telatah kawannya itu sambil berkata senda, “Busuk tak-busuk tak?”
“Tak apa-tak
apa” kata Ahmad, “Nanti aku kenakan kau pula. Tunggulah”.
Kentut Suap
Beberapa hari
kemudian Ali dan Ahmad sedang berbual-bual di tempat yang sama dan disertai oleh
beberapa orang teman yang lain.
Sedang mereka
asyik berbual-bual itu, tiba-tiba Ahmad bangkit berdiri, memasukkan tangan ke
bawah punggungnya sambil melepaskan kentut yang tidak begitu kuat bunyinya,
hanya sekadar berdesis sahaja.
Kemudian dia mengeluarkan
tangannya yang berkepal kemas, sambil membukanya dan segera menyuap ke mulut kawannya Ali dengan kata-kata, “Nah ini bukan
kentut tiup, tapi kentut suap. Baunya cukup sedap. Rasakan”.
Namun dalam
kepalan tangannya itu bukan sahaja bau busuk kentut, tapi bercampur dengan tahi
cair Ahmad yang cerah perut. Habis nulut Ali berlumur dengan tahi cair.
Akibatnya Ali
terpaksa berlari ke sungai yang berhampiran untuk membasuh tahi di mulutnya
itu, dengan disertai oleh ketawa hilai kawan-kawannya yang memanjang.
“Padanlah dengan
mukanya itu”, kata kawan-kawan yang mengetahui tentang kentut tiup tempoh hari.
”Kentut suap-kentut
suap”, kata mereka sambil terus ketawa melihat Ali berlari-lari ke sungai.
Ahmad juga
berlari ke rumanya yang berhampiran letaknya untuk membasuh punggung dan tangannya yang berpalut tahi cerahnya
sendiri.
2]
Kentut Durian
Dalam kebun Pak Pin
itu ada sepohon pokok durian besar yang
berbuah dengan lebat. Letaknya tidak berapa jauh dari jalan kampong.
Pada akhir-akhir
ini beliau hari-hari terpaksa pergi ke kebunnya itu, dua atau tiga kali sehari
untuk mengambil buah-buah duriannya yang guggur atau luruh. Kalau lambat diambilnya,
maka buah-buah durian itu akan dikutip biasanya oleh anak-anak muda kampong itu
juga.
Walaunpun Pak Pin
tidak marah buah-buah duriannya diambil orang, tapi kadang-kadang beliau merasa
terkilan juga sebab sebijipun pada hari itu dia tidak mendapat buah durian yang
luruh dari pokoknya sendiri.
Pagi itu waktu
Pak Pin sampai di kebunnya dia melihat beberapa orang anak muda baru sampai
hendak mencari buah-buah duriannya yang gugur semalam.
Mula-mulanya pemuda-pemuda itu hendak lari bila tiba-tiba melihat Pak Pin sampai, tapi ditahan oleh Pak Pin dan mengajak mereka mencarinya bersama-sama.
Mereka pun masuk ke dalam semak di bawah pokok itu untuk mencari buah-buah yang guggur seperti biasa.
Tidak lama
bersama dengan mereka Pak Pin pun melepas beberapa biji kentut yang tidak
berbunyi, tapi berbau kuat sekali, iaitu bau durian.
Setelah melepaskan
kentut bau durian Pak Pin meminta diri
untuk balik ke rumah kerana katanya dia berjanji dengan isterinya untuk pergi
ke pasar membeli barang, dan dia menyuruh anak-anak muda itu terus mencari buah durian walapun dia tidak ada dan meminta mereka memakannya bila bertemu buah durian yang
luruh. Katanya baunya kuat mesti ada buah durian luruh di situ.
Anak-anak muda
itu terus mencari buah durian kerana bau kentut Pak Pin mereka sangka bau buah durian yang guggur.
Sebenarnya Pak Pin
telah datang lebih awal lagi, selepas Subuh dan memperolehi beberapa biji buah
durian yang guggur dan terus membawa pulang ke rumahnya. Dia hanya datang
sekadar untuk melihat siapakah yang mencari buah duriannya setiap hari.
Pak Pin
menceritakan kejadian itu pada isterinya yang menyambutnya dengan ketawa
terbahak-bahak dan terkentut-kentut.
3]
Kambing Makan
Kentut
Pak Din pada
akhir-akhir ini suka bertanam sayur di
halaman rumahnya yang luas itu. Dia telah
memagar kawasan rumahnya dengan pagar
buluh kepunyaan keluarganya. Tapi masih belum siap lagi.
Justeru tanaman-tanamannya
itu selalu terdedah kepada kambing-kambing ternakan yang dilepas bebas oleh
pemelihara-pemilaharanya. Kambing-kambing ini dibiarkan merayau ke sana ke
mari, meragut apa sahaja diperolehinya. Termasuklah tanaman-tanaman Pak Din yang
sentiasa terdedah kepada ancaman-kambing-kambing itu.
Pada suatu pagi
Pak Din terserempak dengan beberapa ekor kambing yang telah berjaya mencuri
masuk ke kawasan tanamannya yang disayangnya itu.
Dengan bantuan
abangnya dia berjaya menangkap tiga ekor kambing yang menceroboh tanamannya itu.
Apa yang hendak dibuatnya dengan kambing-kambing itu?
Dua ekor
daripada kambing itu digantungnya di leher setiap ekor kambing dengan timba buruk
yang bocor dan pada timba itu ditulisnya perkataan dengan dakwat merah iaitu perkataan
“AWAS”, kemudian dilepas dan di halau jauh-jauh dari situ.
Seekor lagi
pula, oleh sebab tidak apa yang dapat dilakukannya, kebetulan dia hendak
berkentut, maka kentut itu disuapkan kepada kambing itu.
Dengan bantuan
abangnya yang menolongnya membuka mulut kambing itu Pak Din pun berkentut dalam
tangannya dan mengepalnya kemas-kemas kemudian membuka dan menyuap kentut itu
ke mulut kambing dan seterusnya mnenutupnya kembali dan selepas itu melepas dan
menghalaunya pergi jatuh-jauh.
Pada hari itu
hebuh sekampung tentang tindakan Pak Din menggantung timba buruk pada dua ekor
kambing, kerana sebelum itu pernah dilakukan oleh sesiapa di kampong tersebut.
Dan keesokan
hari pula heboh dengan cerita seekor kambing lagi tiba-tiba ditemu mati tanpa
diketahui sebab-sebabnya.
Bagi Pak Din yang
mendengar cerita itu, yakin kambing itu mati kerana makan kentutnya. Kerana dia
pernah mendengar cerita-cerita tentang kambing-kambing pantang dikentut, kerana
boleh membunuhnya.
Entah benar,
entah tidak, kerana kentut tapi begitulah cerita yang disebar, iaitu kambing itu telah
mati.
Walau
bagaimanapun dalam hati Pak Din merasa kesal juga kerana membunuh seekor
kambing.
4]
Kentut Berbalas
Abdul Kadir
seorang pegawai sebuah syarikat antara bangsa, beliau menerima tugas jabatannya
untuk menemani seorang rakannya dari England semasa berada di Malaysia selama
beberapa hari. Justeru mereka pergi mesyuarat bersama.
Hari itu hari
kedua mereka bersama. Ketika pintu lif hampir terbuka kerana sampai ke tempat
yang dituju, lelaki orang putih itu melepaskan kentutunya sambil ketawa
terkekeh-kekeh dan berkata, “Ok-Ok” berulang-ulang kali sambil memerhati muka temannya
yang mengerutkan hidung kerana baunya yang busuk.
“Ok-Ok” kata Abdul
Kadir sambil menuntup hidungnya.
Besoknya mereka
berada dalam lif untuk pergi mesyuarat ke tempat yang sama. Waktu itu tidak ada
orang dalam lif itu.
Sejurus berada
dalam lif, Abdul Kadir pun bertindak melepaskan bom kentutnya yang mengejutkan
lelaki Inggeris itu. Kentut Abdul Kadir baunya cukup haibat kerana semalamnya dia
makan durian.
“Busuk-busuk”,
kata orang putih sambil menuntup hidung
dengan dua jarinya. “Bau apa ni?”.
Abdul Kadir
hanya tersenyum, dan berkata dalam hati kentut berbalas kentut.
Bila pintu lif terbuka
sahaja, orang Putih itu segera melompat keluar sambil terbatuk-batuk hendak
muntah, bahana kentut durian Abdul Kadir.
“Ok-Ok” kata Abdul
Kadir sambil ketawa. “Kentut berbalas kentut. Baru seri”.
Ketawanya terus
memanjang.
Pondok Rahmat,
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
14 November
2021/
0 comments:
Post a Comment