>> Monday, November 1, 2021
KAKI MAKAN
DI AIR OBAT
TRADISONAL
KELANTAN
Kaki
Makan Di Air adalah sejenis penyakit kaki. Penyakit ini biasanya menyerang
celah-celah jari-jari kaki.
Pada
masa dahulu, orang-orang yang tinggal di kampung-kampung, bila tiba musim
hujan, kaki mereka mudah diserang penyakit kaki makan di air, terutama mereka
yang tinggal di kawasan-kawasan lembah atau di kawasan yang mudah ditakungi air.
Penyakit
ini menyebabkan celah-celah jari kaki akan menjadi basah, bengkak, berair, dan
gatal-gatal terutama pada waktu malam, Bila digaru ia akan mengeluarkan semacam air
lendir yang pekat dan menyebabkan gatal.
Ia
dilenali sebagai penyakit kaki atlet di kalangan orang-orang terpelajar.
Orang-orang
kampung biasanya mempunyai cara tersendiri untuk mengobati kaki dimakan air,
iaitu dengan menggunakan kapur barus, iaitu kapur makan dengan sireh dan
gambir.
Caranya
ialah dengan mengambil sedikit kapur barus dan sekeping atau dua keping gambir,
campurkan dengan sedikit air untuk mendapat adunan yang pekat.
Kaki hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dan dilap kering, kemudian sapukan adunan kapur dan gambir itu dicelah-celah kaki yang bermasalah.
Tapi
awas dan sabarlah kerana akan timbul rasa pedih pada tempat-tempat tersebut
sehingga ia kering.
Untuk
mempercepatkan ia kering dan sembuh jari-jari kaki yang berobat itu hendaklah dipanaskan
dengan api. Pada masa dulu mereka menggunakan pelita catak atau pelita minyak
tanah atau minyak gas untuk menyalai atau memanaskan jari-jari kaki tersebut.
Dengan
berbuat demikian Isyallah ia akan cepat sembuh, gatal-gatal akan hilang,
dan celah-celah kaki akan menjadi cepat kering dan tidak menyakitkan lagi. Malam
itu boleh tidur dengan enak dan pagi esoknya sudah boleh berjalan dan bermain
air seperti biasa.
Dan
andainya pada sebelah malamnya gatal semula kerana siang harinya basah dan
berair, maka ulang lagi perkara yang sama sehingga ia sembuh semula.
Sekian.
Pondok
Rahmat.
Kota
Bharu Kelantan Darulnaim.
1
November 2021/
25
Rabiulawal 1443
0 comments:
Post a Comment