>> Saturday, November 27, 2021
KATAK
DALAM
BUDAYA
KITA
KATAK adalah
sejenis haiwan yang boleh hidup dalam dua alam, iaitu di darat dan di air.
Binatang yang
boleh hidup dalam dua alam seperti ini, ilmu sains memanggilnya haiwan amfibia,
daripada bahasa Inggeris amphibian, iaitu binatang yang boleh hidup di atas
darat dan dalam air.
Katak adalah bahasa umum yang bermaksud kodok, walaupun dalam sesetengah keadaan katak dan kodok dikatakan berbeza.
Dalam bahasa orang
Kelantan ia disebut “Ka-tak” tidak “katak”, kerana perkataan
“katak” dalam bahasa orang Kelantan mempunyai arti yang jauh berlainan, iaitu berarti memukul sesuatu dengan benda yang keras seperti dengan kapak, tukul atau dengan menggunakan kayu.
Dalam budaya kita katak adalah dikaitkan dengan hujan, kerana bila hujan turun biasanya katak-katak akan kedengaran menguak, terutama bila hujan lebat dan airnya melimpah-ruah.
Bunyi katak
menguak dalam satu kawasan yang ramai mengandungi katak kerana berair seperti di
padang-padang dan paya terbiar bunyinya kuat bergema ak-ak silih berganti
berjam-jama lamanya tanpa mengira siang atau malam.
Menurut kajian
katak-katak lebih galak menguak di musim mereka mengawan.
Ada kanak-kanak yang merasa ketakutan mendengar kuakan katak yang kuat dan beramai-ramai itu dan menyebabkan mereka tidak dapat tidur seperti biasa.
Bagaimanakah dengan anda? Pernahkah anda terkejut jaga di tengah malam sunyi sepi, tiba-tiba anda mendengar seekor katak menguak berulang-ulang kali dalam kawasan rumah anda dengan iringan bunyi guruh sayup-sayup di angkasa? Adakah anda merasakan sesuatu?
Di samping itu ada satu kepercayaan di kalangan orang tua kita tentang gigitan katak. Kita tidak pernah mendengar dengan pasti kisah katak mengigit manusia kecuali menerusi cerita-cerita yang timbul di sana sini. Namun begitu ada kepercayaan katak pernah mengigit wanita.
Mengikut
kepercayaan tersebut katak dikatakan pernah mengigit kemaluan orang perempuan
ketika mereka mencangkung hendak kencing. Yang ioninya gigitan katak itu
dikatakan tidak akan dilepaskanya
sehingga kedengaran bunyi guruh meledak di langit.
Justeru itu sehingga
hari ini masih ada wanita-wanita berusia yang takutkan gigitan katak seperti
itu.
Makanan Katak
Dari segi warna
katak mempunyai beberapa warna, seperti merah, kelabu dan hijau yang biasa ditemui di bilik mandi.
Katak warna
hijau itu dikenali dengan nama katak pisang, ianya dapat melompat jauh dan laju.
Katak ini ditakuti kerana dikatakan dapat memancarkan air kencing yang laju
yang amat menyakitkkan mata bila terkena kencingnya.
Seekor katak
boleh hidup kira-kira selama 10 hingga 12 tahun, iaitu lengkaran usia seekor katak biasa pada umumnya
Katak hidup
dengan memakan serangga-serangga kecil seperti lalat labah-labah, semut,
anak-anak ikan kecil dan berbagai-bagai serangga lagi.
Sebaliknya ia juga menjadi mangsa atau makanan kepada binatang-binatang seperti ikan-ikan yang hidup di sungai, di paya dan sebagainya, terutama ikan haruan yang gemar makan katak, juga menjadi makanan ular dan dimakan oleh katak sesama sendiri.
Selain itu
sesetengah manusia juga gemar memakan katak, malah daging katak hijau ada dijual di sesetengah pasar di negara
kita. Katak-katak itu dicucuk pada lidi seperti satai.
Sebaliknya pula dalam hal ini katak pisang yang berwarna hijau biasanya dijadikan umpan untuk menangkap ikan. Seekor katak hidup biasanya katak pisang akan dicucuk di belakangnya pada mata kail atau mata pancing dan digantung di atas permukaan air untuk membolehkan ia melompat sejauh mata kail itu membenarkannya.
Andainya pada
masa itu ada ikan-ikan yang agak besar di sawah atau di sungai, seperti ikan haruan ia akan menyambar
katak itu untuk memakannyya dan terus menelannya, maka pada waktu itulah mata kail atau mata
pancing itu tersangkut di mulutnya.
Pepatah
Dalam bahasa Melayu
kita ada mempunyai kias ibarat yang kita panggil peribahasa untuk menggambarkan
sesuatu keadaan atau keadaan seseorang secara
ibarat atau tidak langsung menggunakan perkataan katak.
Perkataan Pak
Katak menggambarkan keadaan seseorang yang suka berpindah dari satu parti
politik ke satu parti yang lain, seperti parti A ke parti B, diberi gelaran Pak Katak, iaitu suka melompat seperti katak.
Ada sebuah pepatah yang berbunyi “Seperti katak di bawah tempurung” yang menggambarkan keadaan pengetahuan seseorang.
Orang ini menyangka dia mempunyai pengetahuan yang luas tapi sebenarnya amat
cetik sekali.
Ada sebuah lagu
kanak-kanak berhubung dengan katak yang berjodol Bangau Oh Bangau antaranya kira-kira
berbunyi:
Liriknya kira-kira begini
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam mana aku
tak sakit , makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
kenapa engkau mentah?
Macam mana aku
tak mentah kayu api basah.
Kayu oh kayu
kenapa engaku basah?
Macam mana aku
tak basah hujan timpa aku.
Hujan oh hujan
kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa kayu, katak panggil
aku.
Katak oh katak
kenapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku.
Ular oh ular kenapa
engkau nak makan katak?
Macam mana aku
tak makan, katak makanan aku.
Membunuh Katak
Dalam Kitab Suci al Quran Allah SWT ada menyebut tentang katak, iaitu dalam Surah Al-‘A’raaf [7] ayat 133 bermaksud:
“[Allah berfirman] Kami pun menghantar kepada mereka taufan, belalang dan katak, dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas,
nyata maka mereka juga tetap berlaku
sombong, takbur dan menjadi kaum yang mendurhaka”. Al-‘A’raaaf:133.
Seiring dengan itu, Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya baginda melarang membunuh katak. Berdasarkan larangan itulah jumhur ulama berpendapat membunuh kata adalah haram.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu,
Kelantan
Darulnaim.
27 November
2021/
22 Rabiulakhir 1443.
0 comments:
Post a Comment