>> Tuesday, November 9, 2021

 

 

JARI-JEMARI 



DAN 



RAHSIANYA





Allah  jadikan manusia dengan dua belah tangan. Sebelah tangan kanan dan sebelah tangan kiri.

 

Tiap-tiap belah tangan dilengkapkan dengan jari jemari.



Setiap belah tangan biasanya mempunyai lima jari, juteru itu setiap orang dikurniakan Allah 10 jari jemari.



Jari-jemari ini mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seorang, kerana itu bila disebut tangan ertinya termasuk jari-jemarinya bersama.



Untuk memudahkan pengurusan, setiap jari itu diberikan nama yang khusus:



Ibu jari, iaitu jari yang paling besar keadaannya, dan terletak di sebelah dalam tangan.



Jari telunjuk terletak di sebelah ibu jari.



Jari manis terletak di sebelah jari telunjuk.



Jari hantu terletak di sebelah jari manis.



Dan jari kelingking terletak di sebelahnya, iaitu di tepi tangan sekali, dalam rupa yang paling kecil.



Secara semulajadi juga jari-jemari itu ditentukan kegunaannya, biasanya berdasarkan kebiasan sesebuah masyarakat.



Secara semualajadinya peranan jari-jemari ini sejajar dengan bentuk, letak dan kedudukannya pada tangan seseorang.



Ibu jari sebelah kanan atau kiri  mempunyai peranan penting dalam melaksanakan perkara-perkara yang perlu kepada seseorang dengan bantuan jari-jari yang lain, seperti memegang batang pena untuk menulis dan memegang sesuatu untuk dilaksanakan, seperti memegang cangkul, dan untuk mengangkat barang-barang.



Sebagai tanda kejayaan atau kemenangan, tangan akan di angkat dengan ibu jari ditegakkan sementara 4 jari lagi dikepal kemas-kemas.



Di samping itu ibu jari sebelah kanan juga mempunyai peranan yang istimewa dalam segi pengenalan diri seseorang individu, kerana dikatakan tidak ada urat-urat ibu jari yang sama antara seorang dengan seorang, kerana itu cap atau bekas ibu jari seseorang itu dapat dipergunakan untuk mencari atau mengesan tuan yang empunya jari tersebut. 



Perkara inilah yang digunakan oleh pakar-pakar keselamatan unntuk mengesan penjenayah-penjenayah yang meninggalkan kesan-kesan bekas jamahan tangan mereka yang terdapat pada sesuatu benda, iaitu dengan mengesan cap ibu jarinya.



Jari telunjuk baik kanan atau kiri digunakan  untuk menujukkan sesuatu, biasanya diserta dengan kata-kata “nun” untuk benda yang jauh letaknya, dan kata-kata “ni” untuk sesuatu yang dekat letaknya.



Jari manis, khususnya jari sebelah kiri dalam masyarakat kita digunakan untuk memakai cincin untuk keindahan jari jemari seseorang, terutama kaum wanita.



Jari hantu sebelah kiri biasanya digunakan untuk memabasuh najis di punggung ketika membersihnya. Kerana peranannya itu ia diberi nama yang tidak manis atau menggerunka iaitu jari hantu.



Sementara jari yang paling kecil, iaitu jari kelingking baik sebelah kanan atau di sebelah kiri biasanya digunakan untuk menggorek telinga, terutama ketika lubang telinga  gatal. Penggunaan jari kelingking untuk menggorek telinga adalah selamat kerana ia tidak sampai menyentuh anggota bahagian dalam telinga seseorang.



Sekian, sekadar untuk renungan.

 



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



9 November 2021/



4 Rabiulakhir 1443




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP