>> Monday, August 2, 2021
ORANG YANG BANGGA BERBUAT DOSA
Episod Satu
Seorang lelaki
dan suami. Masih muda, tampan bergaya, dan mempunyai pendapatan yang agak
lumayan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang masih kecil. Isterinya
suri rumah sepenuh masa.
Lelaki ini amat suka meluahkan kepada isterinya perbuatan-perbuatan maksiat yang telah dilakukannya semasa keluar bekerja, termauklah perbuatan-perbuatannya suka berzina.
Dari masa ke masa jika dia berjaya berzina dengan mana-mana perempuan, dia dengan bangga menceritakan kepada isterinya, terutama jika wanita yang berjaya ditidurinya itu seorang anak gadis yang masih perawan.
Diceritakan
dengan penuh kebanggaan kepada isterinya
yang tidak berani membuka mulut berkata apa-apa.
Episod Dua
Seorang lelaki suka mencuri-curi melakukan perkara-perkara maksiat daripada diketahui oleh keluarganya. Antaranya secara sembunyi-sembunyi dia tidak berpuasa di bulan Ramadzan dengan makan secara sembunyi-sembunyi, tapi menyamar sebagai berpuasa.
Jika perbuatannya itu diketahui mereka terus menegurnya. Walaupun dia tidak mampu menafi perbuatannya itu tapi jawapannya tidak menyenanngkan.
Antara lain lebih kurang dia akan menjawab, “Mu apa peduli. Mu nak beritahu siapa, beritahulah, aku tak takut.........”.
Oran-orang seperti ini adalah sebehagian daripada mereka yang suka melakukan maksiat atau dosa, tidak merasa gentar dimurkai Allah.
Malah mereka dengan bangga memberitahu orang bahawa mereka telah berjaya melakukan dosa-sosa itu tanpa merasa kekok-kekok atau segan silu.
Dia tidak segan-segan memberitahu bahawa dia telah berjaya menipu orang.
-Telah berjaya
membohongi orang.
-Telah berjaya mengkhianati
orang.
-Telah berjaya
memperdayakan isteri orang.
-Telah berjaya
menggoda anak-anak dara orang.
-Telah berjaya mengecek
harta orang.
-Telah berjaya
memfitnah orang.
Dia telah berjaya melakukan aneka maksiat dan dosa dengan bangga dan senang hati.
Dalam hatinya tidak tercetus sebarang takut dan bimbang kerana berbuat dosa-dosa itu malah sebaliknya merasa senang hati dan bangga.
Malah dia boleh ketawa ria, meta dan bangga selepas melakukan maksiat atau dosa, kerana dia tidak pernah berperasaan bahawa Tuhan sentiasa ada bersama dengannya di mana sahaja dia berada.
Hatinya telah menjadi lapang sasar tempat syaitan sentiasa berpesta. Dan akhirnya dia pun telah menjadi syaitan berupa manusia.
Dia telah hanyut di dalamnya dan lemas hingga sampai ke akhir hayatnya tanpa sempat kembali ke jalan yang benar- bertaubat.
Habislah riwayatnya dalam kehinaan dan kutukan Allah.
Sungguh malang nasibnya.
Pondok Rahmat,
Kota Bharu
Kelantan.
2 Ogos 2202/
23 Zulhajjah
1442
0 comments:
Post a Comment