>> Monday, August 9, 2021

 

 

JANGAN 




LAPAR 




KEDARAH










Sebagai manusia yang hidup manusia mesti makan dan minum. Itulah keperluan jasmaninya sebagai makhluk yang tidak boleh diabaikan.



Dalam dunia ini Allah sediakan begitu banyak makanan untuk menjadi pilihan manusia yang beraneka ragam.



Kebanyakannya berupa tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan.



Kalau tumbuhan seperti padi, gandum dan buah-buahan, dan pokok  seperti buah mangga, durian, rambutan dan sebagainya.







Buah-buahan itu ada yang perlu diproses terlebih dulu, seperti padi dan gandum, demikian jua dengan sesetengah buah-buahan.



Walau bagaimanapun kepada umat Islam, makanannya itu terbahagi dua, iaitu yang halal atau boleh dimakan, dan ada yang haram, dilarang keras memakannya.



Antara yang halal dimakan, seperti ayam, itik, burung-burung dan sebagainya.



Sebaliknya ada pula yang haram dimakan, berdosa, seperti babi, dan arak.



Benda-benda seperti itu diharam memakannya kerana zat benda itu sendiri.



Tapi sebaliknya ada pula yang diharam itu kerana hakikatnya, dan bukan kerana zat atau kejadian benda itu sendiri,



Wang itu asalnya sama nilainya.h digunakan jika duit tulen, tapi ia menjadi haram jika diperolehi dengan cara yang haram di sisi Islam.



Umpamanya wang yang diperolehi secara jualan barang-barang haram, seperti daging babi, dan arak.



Demikian juga jika pada hakikatnya ia diperoleh secara haram, seperti hasil menipu, merompak,hasil rasuah, peras ugut dan lain-lain cara yang dilarang oleh undang-undang dan agama yang suci.



Benda-benda yang haram pada hakikatnya juga banyak.



Kalau kita perhatikan maka banyak sebabnya umat Islam diharam memakan barang-barang haram baik haram lahir atau haram batin.



Makanan-makanan seperti arak yang memabukkan dan dadah-dadah yang merbahaya, boleh merosak binasakan jasmani manusia yang mengambilnya.



Selain itu semua makanan yang kita makan, bukan sahaja mempengaruhi jasamani manusia, tapi juga mempengarui ruhani manusia. Justeru itu makanan-makanan yang tidak baik akan mersoakkan jiwa raga manusia.



Ia berlaku secara spontan, secara sedar atau tidak sedar. Itulah sebabnya ada ibu bapa yang brsungut-sungut tentang perangai anak-anak mereka yang tidak baik, sedangkan mereka mendapat cukup makan dan pakai; mereka terlupa mereka memberi makan dari hasil yang tidak halal kepada anak-anak mereka yang telah mempengarhi jiwa raga mereka,



Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”.



Justeru jangan jadi manusia “yang lapar kedarah”, yang pelahap makan, tanpa kira baik buruknya, atau halal haramnya. Asalkan ada di hadapan terus dilantaknya tanpa menoleh kanan kiri.



Sekali lagi jangan jadi manusia lapar kedarah.

 

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.



9 Ogos 2021



30 Zulhijah 1442



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP