>> Saturday, August 28, 2021

 

IKAN 



SINGGANG 



TIGA



 NEGERI

 

 



Setiap buah negeri pasti mempunyai masakan tradisional masing-masing yang populer di negeri mereka..




Masakan itu ada yang berbeza  bahan-bahan masakannya, dan ada sesetengahnya sama, cuma berbeza banyak sedikit kandungan bahan yang digunakan.



Di samping itu mungkin  pula mempunyai nama yang sama walaupun bahan yang digunakan mungkin agak berbeza.



Setakat ini  setahu saya ada tiga buah negeri yang mempunya nama masakan tradisional yang serupa, iaitu Ikan Singgang, ikan Singgang  Kelantan, Terenggan dan Ikan Singgaang Serani.




Cuba perhatikan bahan-bahan yang digunakan yang dipaparkan sekadarnya.

 



Singgang Kelantan



Bahan-bahan yang diperlukan;



3 ekor ikan aya atau tongkol yang sederana besar.



1 labu bawang putih



6 ulas bawang merah



4 keping asam gelugor atau asam keping.



1 inci lengkuas, dipotong atau dikerat 3 atau 4 kerat.



4 gelas air.



Garam secukup rasa.



Masukkan semuanya ke dalam periuk, dan jerang hingga masak.



Tambahan jika suka, masukkan:



½ sudu budu.



3 batang lada hijau atau lada putik.

 




Singgang Terengganu



3 ekor ikan aya atau tongkol yang sederhana besar



1 labu bawang putih



6 ulas bawang merah



4 keping asam gelugur atat asam keping



1 inci lengkuas dipotong -potong 3 atau 4 kerat.



Seruas jari kunyit,



 4 gelas air.



Masukan semuanya ke dalam periuk, dan jerang hingga ikan masak.



Hanya ada sedikit perbezaan masakan ikan singgang Terengganu dengan ikan singgang Kelantan, iaitu singgang Terengganu dimasukkan kunyit tapi Singgang Kelantan tidak berkunyit.

 




Singgang Serani.



Ini ikan singgang  dipanggil Singgang Serani, mungkin dari Melaka. Saya masih belum pasti lagi.



Bahan-bahan yang digunakan juga tidak jauh bezanya dengan bahan-bahan ikan sainggang di negeri lain.



Bahan-bahan yang digunakan ialah

-


4 keping ikan tenggiri



- 4 ulas bawang putih



- 5 ulas bawang merah-



- 1 batang serai diketuk atau dititip jangan sampai hancur lebur.



- Sedikit kunyit hidup ditumbuk halus.



-  5 gelas air



-  Sedikit asam jawa dan  ramas dalam sedikit air.



- Garam secukup rasa.



Masukkan semua bahan-bahan itu dalam periuk dan jerang atau rebus hingga  masak.



Bolehlah dimakan dengan nasi. Demikian ikan Singgang Serani.

 



Demikianlah adanya.

 




Dari Tumpat hendak ke Moghrat



Di Sri Tujuh mengutip batu;



Ikan di laut, asam di darat



Dalam periuk mereka bertenu.

 



Pondok RahMmat



Kota Bharu Kelqntan Darulnaim.



28 Ogos 2021/



19 Mahram 1443

 

 



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP